Wednesday, March 30, 2016

Wordless Wednesday: testimoni customer


biar gambar berbicara...

 
testi dari blogger Azlina. regular customer saya

testi dari blogger gojes Cikna, pun regular customer saya


Tuesday, March 29, 2016

TEASER: pasang lampu baru

minggu lepas kan saya ada citer shopping lampu. 
so minggu ni baru dapat pasang lampu2 dan kipas tersebut.
 keseluruhan saya dan asben beli 10 lampu untuk tukar di ke semua bilik tido termasuk masterbedroom, bilik utiliti, kedua-dua dapo basah dan kering,
 ruang solat & menonton dalam masterbedroom dan kipas yg 
cantik skit di masterbedroom.

banyak jugak kerja2 wiring, buang lampu lama,
 pasang yang baru, tambah soket power point. 
bila tukar kedudukan lampu asal ke tempat baru kerja2
 bertambah bila kontraktor wiring kena panjat bumbung untuk buat wiring baru.
tetapi, kerja2 wiring, tukar dan pasang lampu2 untuk kesemua ruang tersebut hanya mengambil masa sehari setengah!!

 kontraktor sangat  cekap bagi saya dan kerja pun sangat teliti.
 di samping itu beliau jugak memberi pendapat dan 
consult tentang kedudukan lampu yg sesuai.

sebelum ini semua bilik hanya menggunakan lampu kalimantang biasa yg panjang tu.
 bila ada rezeki lebih baru laa dapat tukar kesemua lampu.

setelah di tukar suasana bilik tersangat lain. 
ternyata pencahayaan memainkan peranan penting.
 sebab tu laa kat hotel banyak lampu2 chandelier dan lampu2 yg cosy digunakan...

saya teaser dulu gambar. bila dah siap keseluruhan makeover nanti saya share ok.

korang yang nak menggunakan khidmat kontraktor ni 
boleh contact beliau nombor ni :013-2555278
 serius mmg puas hati dengan servis dia.

 baru lepas pasang lampu siling & lampu dinding.

jangan konpius pulak yg mana satu kontraktor wiring. yg baju pink tu laki makk taww... over hepi dia.



Sunday, March 27, 2016

saya membebel..

dah agak lama saya tak membebel kat blog ni kan...
rasa mcm skrg semakin sibuk, masa tu cepat jer berlalu, 
tup2 tgk anak dah besar.
tahun depan 2-2 anak dah skolah.

2 hari cuti weekend mcm tak cukup je..
 kalu lah menteri wanita ni leh tambah sehari lagi cuti untuk ibu2,
 alahai heaven nya rasa, pastu masa kerja dipendekkan, boleh balik kul 3. 
macam kat sesetengah negara cthnya di jerman kalu tak silap saya. 
mmg masa bekerja utk ibu dipendekkan sebab nak bagi quality time bersama family.

bayangkan sekarang cuti hari minggu 2 hari. 
masa tu laa nak kemas umah, masak, melawat org tu sakit,
 sedara ni meninggal, 
masa yg betul2 boleh rehat bersama keluarga mmg terhad. 
bila dah buat semua keje rumah badan pun dah penat.
 dapat baca buku dgn anak2 pun sekejap je tu pun kalu sempat...

pastu sambung lagi gosok baju utk kerja minggu depan dan lipat baju yg dah basuh siang tadi, lipat baju ni paling penting sebab sekali ko termiss lipat,
 sebakul boleh jadi sebukit segunung. 
mujur lah suami saya rajin jugak melipat bila tgk kain tu dah setinggi gunung.

kalu laa boleh balik seawal kul 3 dapat laa amik anak, masak, 
spend masa dgn diorang.
sekarang ni sampai umah pun dah nak pukul 8.
laju2 mandi solat, masak, prepare for dinner, kemas lagi kat dapo,
 kalu ada oder lasagna buat jugak. skrg ni mmg tak amik oder banyak. 
paling banyak 2 je.
bila siap urusan semua tu badan pun dah penat, nak layan anak pun dah tak larat. 
saya rasa rata2 mak2 bekerja mengalami apa yg saya alami.

bukanlah bersungut apa yg kita buat. saya sekadar meluahkan scenario dan tuntutan kehidupan hari ni yg semakin mencabar. sekarang wanita perlu multitasking dan bekerja dengan laju dan pantas.


Friday, March 25, 2016

IDEA SOHO: serching place for my small place

dah lama jugak saya nak buat tempat kecil untuk saya buat keje2, udate blog..
 di samping tempat untuk simpan file2, buku2 serta majalah kesayangan saya...

planning nk buat pada hujung tahun lepas tp byak pulak ujian 
buat kami sekeluarga masa tu sampai laa skrg baru ada 
kelapangan dan masa untuk touch balik teratak kami tu.
dalam planning nak makeover laundry room, masterbedroom, 
dan buat satu tempat saya ni.

bila tengok SOHO aty dalam blog beliau 
 AKU BUKAN BIDADARI alahai omei sungguh dan sangat organised.

dah siap SOHO saya  nanti saya share ye. 







 







Tuesday, March 22, 2016

JJCM: Review Go'Bang Maju Patin Tempoyak

balik dari TANJUNG JARA ari tu, kitorang singgah di Temerloh sebab nak makan ikan patin ori Temerloh. sebelum ni penah makan yg kat KL di Sri Rampai jer...
kali ni betul2 makan kat Temerloh.
siap call cikna tanya kedai bukak ke tak kalu smpai sana kul 4 ptg.
 mana tau kedai tutup ke..
sampai je Temerloh mmg tak mengecewakan sungguh.
 terus je jumpa kedai Go'Bang Maju ni. Rezeki kami laa kan...

yang bestnya semua lauk dan kuah dah siap letak semangkuk2.
 jadi oder ikan patin tempoyak pastu amik je lauk tambahan lain.
 saya suka masak air cendawan +daun manis tu. 
selain masak gulai tempoyak tu ada gak patin bakar tempoyak. 
ulam2an mmg wajib laa kan dalam masakan melayu ni.

Patin tempoyak ni betul2 kaw... pekat, likat,
 sampai KL masih lagi bau tempoyak tangan saya hahahaha...

Kedai pernah masuk dalam Majalah 3 dan antara yg teruk musnah masa banjir besar melanda pada Disember 2014 yang lalu.






 amik je yang mana berkenan..

 elok tersusun lauk pauk beratur...

 masak air cendawan tu sedap sgt... 

besar jugak sepotong ikan patin tu..

Monday, March 21, 2016

Dekorasi: Shopping lampu untuk bilik tido, dapor dan bilik solat.

Ahad semalam, suamiajak beli lampu.
 sebenarnya dah lama nak buat pengubahsuaian lampu2 kat rumah kitorang. 
 lepas tukar lampu kat area dining, klik utk baca LINK. 
tapi punya laa amik masa masa nak pasang.
 bayangkan beli sebelum GST, pasang selepas raya. kihkihkih
 fasa ke2 ni pulak baru beli lampu lagi,
 harapnya tak amik masa yg lama untuk pasang lampu2 ni.
kali ni kitorang beli agak banyak lampu. senang pasang skali harung. 
mungkin gak amik masa 2 hari kot.[andaian saya]

yg saya suka kedai ni ada mcm2 jenis ikut tema rumah kita, arabic, modern, english...
mcm2 ada wpun kedai dia kecik mcm tu je...

saya dan suami sama2 decide untuk tukar semua lampu dalam masterbedroom,
 bilik rayyan, bilik tetamu, bilik utility , 
lampu wet dan dry kitchen termasuk jugak lampu tempat solat. ppffttt...
semua skali 7 lampu. sejak dari beli rumah tu memang tak pernah lagi tukar lampu. 
semua area guna lampu kalimantang panjang macam kat kantin sekolah.
[kecuali kat living hall] hahahaha...
alhamdulillah ada rezeki tukar semua lampu yg cantik skit[pada pada saya laaa..]
dengan harga mampu milik. 

lenguh jugak laa leher terteleng2 pandang atas nak memilih tu.

kali ni pun beli di tempat sama. saya suka kedai ni sbb boleh tawar giler2.
 pastu tokey dia teragak2 terus bagi harga yg saya minta. 
3 jam jugak laa kat kedai ni sampai anak2 dah bosan, 
siap beli coklat dan air utk diorang. mana tak lamanya...
 memilih dah satu hal. pastu dah pilih nampak lampu lain tukar pulak.
 bayangkan untuk 7 ruang tersebut.
pastu tawar menawar pulak....
tapi siyes puas hati...
kos untuk semua lampu2 tersebut dalam RM900++ .
semua murah sgt. setiap lampu tu dlm RM100++ je, 
yg paling saya tak sabar nak tengok lampu kt bilik masterbedroom 
& lampu kat bilik tetamu.
lampu tu boleh bertukar warna. boleh pilik nak cahaya kaler biru, kuning or putih...

dah siap pasang nanti saya share yer..

 










korang yang planning nak naik rumah baru boleh laa singgah kedai ni beli lampu.
kedai yang saya pegi tu di cawangan gombak. sebelah Bank Rakyat.


alamat kat bawah ni kot laa nak cuci2 mata tengok..


Setapak Branch   Address :
1, Jalan Pahang, Setapak, 53000 Kuala Lumpur.
Tel : +603- 4021 3809 Hp: +012-928 8705 / +012-228 9230 / +012-9188 955
 Fax : +603- 4021 3819 Operating Hours : 10.30am - 8.30pm (Daily)    

 Gombak Branch   Address :
3, Jalan 2/50, Diamond Square, 53000 Kuala Lumpur Tel : +603- 4023 5788
Hp: +012-928 8701 / +012-228 9230 / +012-9188 955 Fax : +603- 4021 3819
Operating Hours : 10.30am - 8.30pm (Daily












Tuesday, March 15, 2016

UNPLANNED: shortvaccay di TANJUNG JARA RESORT yg super awesome!!! [PART 1]

eleh berpart2 pulak... ntah update ke idok part 2 tu- 
Insyaallah saya akan update sebab Tanjung Jara Resort ni tersangat ohsem...
sebenarnya ni unplanned vacation. 
selepas selesai segala urusan baca entry SINI, suami decide nak berehat seketika..
 bebas dari segala hiruk piruk kota relaxkan minda selepas melalui saat2 duka.

 so suami pilih Tanjung Jara Resort [TJR] sambil jalan2 melalui jalan pantai di Terengganu. 
TJR terletak di Dungun. mmg cun sangat laa pilihan tu kan...

lokasi TJR ni terletak agak ke dalam dan very privasi. 
guard tu akan cek dulu no keta ada dalam senarai guess ke idok. haaa ko.. kemahen kan.

sampai je terus bagi welcome drink siap kuih cara manis yg sedappp skali di tekak. 
campor dgn rasa lapar... huhuhu..

suasana TJR stersangat laa damai, sejuk, dan rasa nak buat rumah kat situ. 
hahaha suasana yg very kampung. yess saya suka.

siap suami cakap kena jadikan acara tahunan datang TJR ni. ohh maiiii...

staff pulak tersangat friendly belum saya tanya dia dah offer.
 kebetulan saya dah beli kopok di Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu. 
bila nk simpan dalam peti hotel diorang kata
 boleh simpan dlm peti kitchen sbb kopok saya agak banyak. 
pastu saya kata kalu ikutkan kopok ni xcukup sbb ramai yg mengirim,
 skali lg diorang offer nak tlg belikan sbb TJR selalu pick up guest kt airport KT. alahaiiii...

satu lg servis TJR yg bagus siap ada baby sitter kalu
 kita plan nak buat aktiviti luar mcm water sport, hiking dan sebagainya.. 
ehh ke hotel/resort lain ada jugak servis cenggini?

yg paling best bila dapat portable wifi YES yg boleh bawa ke mana2 kecuali bawa balik umah.hihihi...
so jimat laa data saya bila anak asyik tgk youtube je manjang... 
pastu laju mcm tgk tv. saya suka...saya sukaa...

pegi pantai, pegi pasar malam dungun, pegi mkn mlm pun bawa YES ni.

kalu pasangan baru yg nak suasana romantika de amour 
boleh request mkn atas batu peti pantai, 
atau dalam pondok yg dah disediakan di tepi2 pantai ala omputih gitew..
 sambil mengucapkan kata2 cinta,
 pipi dihembus bayu angin sepoi2 reti bahasa. hahahaa.. tetiba pulok.

yg best jugak... amboi byk yg best nih!!
kt kafe breakfast, suasana kampung amat terserlah, 
siap waiter pakai songkok mcm dalam citer bukit kepong saya rasa.. 
dengan lagu2 klasik melayu berkumandang..... adussss..

sayangnya saya tak bawa DSLR, sebab cuti pun tak plan kan. 
hanya pakai henpon samsung cap ayam jer. 
kalu pakai DSLR sure gambar lg cantik & sharp pemandangan laut...

 


 


 Yess i like YES

 welkam drink





 toileteris yg tersangat wangi. yaya kata mcm nak makan 
je sbb bau limau tu mcm limau betul2

 cermin kat toilet sebesar bilik ko..

 main laa sepuas2  nak ooi... KL takde pantai. pantai dalam ada laa..

 syok giler bg mkn ikan, lps bfast tapau roti 3-4 bagi mkn ikan. 
enjoy budak2 tu termasuk apaknya..



bergambar sebelum check out..






Monday, March 14, 2016

Al-Fatihah untuk bonda mertua

assalamualaikum...

seminggu lebih saya menyepi, langsung tak buka blog, apatah lagi melawat blog kawan2.
tepat jam 4.45 petang, 5/3/2016 ma menyambut panggilan Ilahi.
ma meninggal dirumahnya setelah hampir 3 bulan sakit diabetis.
sakit beliau mula ketara pada penghujung Disember lepas sehingga terpaksa dipotong kaki hingga ke tumit.
selepas itu tahap kesihatan makin merosot hinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada 5/3 yg lalu.

malam jumaat lepas suami mendapat panggilan yg ma sudah tidak sedarkan diri.
 kul 12.30  pagi kami balik sekeluarga bersama keluarga adik ipar di Seremban.
 sampai di KB kul 8.30 pagi dan sempat bersama beliau sebelum meninggal.

 alhamdulillah semua urusan dipermudahkan olehNya. 

Terima kasih atas ucapan dari rakan2 blogger, saudara mara yg datang melawat dan membantu segala urusan.
 Semoga arwah ma dimasukkan dalam golongan orang yg dirahmati dan diredhai Allah SWT.

Thursday, March 3, 2016

Tahniah atas keputusan cemerlang SPM

entry khas hari ni sempena kejayaan adik saya dalam peperiksaan SPM tahun lepas.
alhamdulillah... 8A's wpun bukan straight As.
 tapi tu dah cukup buat ma & abah hepi.
 tapi saya boleh tahu kekecewaan dia bila tetiba Bahasa Inggeris dapat B+...

takpe... perjalanan baru saja nak bermula. 
lepas ni InsyaAllah boleh score untuk exam di U pulak..
sebenarnya result dia dah dalam jangkaan saya sebab
 dia selalu dapat cemerlang sejak dari UPSR lagi...
dan yang pasti ma & abah akan tersenyum gembira bila jiran,
 saudara mara bertanyakan keputusan SPM dia...

tahniah AINUN...
semoga impian untuk menjadi seorang doktor pakar sakit puan berjaya!!!



AINUN NADHIRAH

 
8A's 1 B+

 screenshoot dari abang Ainun... yezz u always beat each others...

Jalan-jalan SOGO bersama Rayyan & Yaya

ni cerita bulan lepas punya..
suami kan slalu balik kg sebab mil saya tak sihat. 
bila tinggal bertiga tu mula la pikir mana lg nak bawa bdk2 tu jalan.
yaya pulak dok zikir kat telinga saya nak naik tren... nak naik tren...
zassss... terus terlintas nak bawa diorang gi sogo naik tren.

sebelum tu mmg panjang lebar tazkirah saya bagi. 
gi sogo weekend scary jugak sbb orang kan ramai, takut lak diorang n lari2 dalam sogo, kang hilang dalam tu mampos nak menjawab ohoiii...

alhamdulillah semua ok, selamat naik tren, jelajah sogo, 
shopping skit2 siap gi pasar malam jalan TAR lg..
now saya dah konfident skit nak bawa diorang sbb diorang 
dah paham dan dengar apa saya cakap.[ boleh jalan lagi nih]
 
 
dalam tren kemain berselfie
bila kat area toys.. mata tah kemana tp tangan peace lg bila kata nak amik gambar..
 ok layankan je


selfie lagi...

jumpa costume ni kat pasar malam jalan TAR, menggeletis rayyan nak yg bumble bee..

Wednesday, March 2, 2016

luang masa tghari Jumaat di MPH NU Sentral

setiap hari Jumaat kalu tidak bertugas waktu tengahari saya suka lepak di MPH NU sentral. 
dulu sebelum ada NU sentral ni giler kutk kt kl sentral takde tempat shopping/lepak.
bila dah siap NU Sentral ni syoknya alahai...
[selain menghabiskan masa di Jalan TAR]
dulu laaa... sekarang dah malas ...[yer ke]
iyer laa kalu takde plan nak beli/cari apa2 mmg saya lebih selesa di sini.
boleh rasa ketenagan bila berada di kedai buku. ]
kedai buku kan orang tak ramai mcm SOGO... ehh tetiba kuar sogo kannn...

setiap bulan saya mmg spend RM50 kat sini cari buku2 untuk anak atau untuk saya sendri.
kadang tu saya cari idea untuk buat aktiviti dengan anak2 bila weekend. 
kebanyakan buku2 dari luar negara banyak buku2 aktiviti mcm ni.
 iyer laa nak beli mahal kan.. so kita cedok laa idea kat situ. hihihihi...

Jumaat lepas saya berhabis rm65. dapat voucher rm5. yeayyy... 
sronok dah rasa wpun rm5 je.
valid dalam 2 minggu je. kali ni lebih pada buku2 untuk saya...






buku2 yang saya rembat dan dapat voucher rm5. 

 mph NU Sentral.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015