Tuesday, December 6, 2011

Tiramisu Simple Dimple


wahh...wahh... aku asyik masak je ekkk semenjak dua menjak nie. lupa jap nk citer ttg sang anak yg dah nak masuk setahun bulan depan. ok, skrg nie aku nk share satu masakan yg mudah tp amat mahal skali bila kita oder kat secret resepi atau mana2 kedai. resepi ni dari ANA. ana mmg seorang yg x kedekut ilmu. segala resepi dia akan permudahkan untuk kita semua mencuba. dan skrg aku perturunkan pulak resepi ana untuk rujukan kengkawan dan aku sendri nnt. semoga pahala berterusan utk ana.

teruja sgt nk buat tiramisu ni sbb ramai dh mencuba dan kata sedap.


ni lah bahan2 yg diperlukan tuntuk buat tiramisu ni.
dari kiri: indocafe, atau apa2 jenis yg seumpama dengannya- 1 sudu kecik
air secawan utk bancuh indocafe
cream, aku guna yg 250ml je sbb. kalu nk buat byk kali bole beli yg besar. tips: cream ni expired 3 ari lps dibuka.
cheese cream philadelphia- sebuku
serbuk koko, apa2 brand yg seumpama dgnnya cth:van houten.
gula castor setgh cawan.
vanilla 1 sudu kecik,
kek(bole jugak guna biskut tiramisu).tp aku rembat je kt giant, kalu rajin bole buat sendri kek tu. aku nak senang jek. tak kuasa nak mengadun sukat kek plak. boleh guna apa2 flavour-pandan, oren, vanilla.

cara2: satukan cream, cream cheese, gula castor & vanilla. pukul smpai adunan tu jd pekat. pekat tu mcm bila kita terbalikkan adunan tu dia tak tumpah.

bancuh indocafe dgn air. jgn buh gula plak. ni untuk tekap kek td dgn air neskepi tu. aku ikut cara ana, letak air nescafe atas pinggan, dengan pantas tekap kek depan blkg kt air neskepi td. jgn lama plak nnt kek tu jd lembik.

susun kek atas bekas yg kita nk buat. aku buat 2 bekas mcm kt atas. 1 bawa gi opis, 1 lg nk bg kt pengasuh rayyan. kemudian cedok cheese yg diputar td, ratakan atas kek tu. lupa plak nk gmbar.selebihnya letak dlm gelas, senang nk makan, xpayah nk potong2 lg, terus ngap depan tv. hehehe...

mcm gambar kt atas ni, tapiskan serbuk koko atas cream cheese td. sila guna penapis untuk elak koko tu berketul2 dan tak rata masa ayak.
ulang balik step td smpai abis atau penuh bekas/ gelas yg kita guna tu. lps tu sejukkan dlm peti ais. mkn sejuk2 best woooo....

taraaaa... hihihi tp gambar ni cilok dari ana. tak sempat plak nk snap bila dh siap. tau2 dh masuk dlm perut jek.aku makan dengan rayyan sesudu dia sesudu aku sampai abis segelas. rasa dia mmg sedap wehhhh... setanding secret resepi wa cakap luuu... ni kawan aku ckp bila aku bwa gi opis.

10 comments:

Ana Suzana said...

seronok ana tgk bila roh rajin memasak ni berterusan pd kawan2 ana.. walaupun hanya di alam maya.. hehehe

GOLD FINGER said...

nakkkkkkk...nakkkkkk..confirm anak ko perempuan tes...

ameris said...

semangat dtg sbb tgk ana jugak masak sedap2.

ameris said...

tess.... apsal ko confident anak aku pompuan??

Mama Gee said...

amy..kalo nak jumpa kena bawak tiramisu ni...heheheeh..jom pi tgk ombak rindu...g belanja amy..amy belanja g... :)

ameris said...

G; nk dgt tgk OR tu.tp bila nyaaa???
ada plan nk buat tiramisu lg,minggu ni parents nk datang umah. nnt kita roger2 G bila nk gi Putrajaya yea..

CeqGu said...

jalan2 singgah sini...sekali tengok gambar..macam pernah kulihat la...tapi di mana ya...rupa2nya cousin ad shuhada...(tgk gambar akak kat fb ad shuhada:))

ameris said...

ceqgu;
hehehe.. what a small world.

Mummyaza said...

saya dh try .. tgok resepi dr Ana jugak hehehe .. mmg sedap :)

ameris said...

aza;
weekend ni rasa nk buat lg laa..
berganda2 pahala ana kan, bila dia pjgkan resepi nk.tak kedekut ilmu cik ana nie.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015