Friday, February 6, 2015

DECO: organize bilik Yaya @ bilik tetamu

lamanya tak buat entry deco2 ni.
ni antara projek yang aku buat masa cuti lepas balik kg ari tu entry sini LINK.
jangan pelik buat teaser utk bilik lain skali deco bilik lain yg kuar dulu...
ni kononnya bila anak dara si yaya tu.
tapi sebab dia masih lagi tido dengan kami so bilik ni jadi bilik tetamu.

takde laa perubahan besar mana cuma aku cat balik 
dressing table ke warna putih dan minta cik asben drill
 utk pasag curtain rod putih tu.
 sebenarnya dressing table tu xde cacat cela pun
 cuma aku jeyg sakit mata tengok beliau tak match kaler dengan katil. 
actually set katil dressing table tu adalah set pertama kitorang beli lepas kawin.

 beli pun kat kedai perabot cina biasa. 
murah je harga pun tak sampai 1k pun. 
tapi katil tu dah roboh, gara2 anak2 aku dok lompat2 atas tu.
 lama jugak katil roboh tu dok situ, sampai aku sakit mata tengok, 
aku beli katil baru kaler putih yang simple.

harga katil tu dalam RM550 tak silap aku. katil je tilam mmg dah sedia ada.
nak beli dressing table baru rasa cam membazir lak, 
sebab dressing table tu tak bersalah pun.
tu yang aku bedakkan kan dia kasi putih sedondon dengan katil.

kalu ikutkan, ada lagi beberapa benda yg aku nak buat kat bilik ni tp nanti dulu laa..
tak tau bila nk laksanakan.

#antaranya aku nak pasang para kat atas kepala katil tu. 
#nak drill dinding utk frame bear dan frame lain...

Insyaallah tu nnt next projek. dah siap yang ni pun dah syukur alhamdulillah...
bila dah siap cat, pasang langsir, cadar. wahhh mcm kena lak cadar dgn langsir dan feature wall kuning tu. aku nyaris nak pasang wallpaper gak sbb xnak kaler kuning tu.
oohh... cadar yang cun tu aku beli dari CIKNA. dia mmg jual cadar quilt ni.
mcm2 corak ada. korang pilih je ikut tema bilik korang.
 yg bestnya cadar tetap tegang, xpayah nak betul2kan dah pepagi.
 korang lipat selimut je. hihihihi..
anak2 nak lompat pun dipersilakan.... miahahaha...

aku kalu nak buat projek2 mmg kena amik cuti, anak2 lak hantar kt BS mcm biasa.
kalu weekend mmg xde laa nak buat benda alah nie.. tak sempat bebb..
weekend setakat buat weekend rutin yg basic dengan siapkan oder lasagna je.

sebelum
 bilik asal nampak bosan jer..

 dressing table yg aku bedakkan dia dia.. masih elok lg. kita guna selagi tak roboh...

 

selepas

 tara.... baru nampak lebih sedondon, kemas. 
ehh cadar dgn langsir pun nampak mcm satu set jer..

aku tak letak byk deco atau perabot sbb tak nak nampak bilik lagi semak.
lagi pun bilik tu takde luas sangat. kalu dah byk deco dan perabot akan nampak serabut tak xde space utk solat. next nnt aku post pic dari sudut lain...









#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.



7 comments:

Chekgu Azrine said...

cantik sangat tau!!!!

MizzTina said...

kak, comel giler deco..cadar tu siyes cute..

CikNaa said...

terima kasih kak.. memang tak nafi cantik sangat hasil deco bilik ni..sedondon habis..

Najib Ariyan said...

cantik... saya pernah decokan bilik dari perabut second hand dari court mamooth... sebab perabut tu masih kuat cuma diorang rampas balik sebab takleh bayar... jual murah2... jadinya okay juga... perabut harga ribu riban dapat beli ratus ratus jer...

Mila Ahmad said...

cantiknya kak selepas dimakeover, style english...

Fizah said...

pehhh terbaikkkkk :)

Me, Myself and I said...

kita terus order cadar mcm tu kat fb utk mak kat kmpg.. hehehe.. thanks for the ispirations..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015