Wednesday, February 25, 2015

orang Kelantan: Mentaliti tentang kebersihan....

dah lama nak tulis pasal ni tp takde gambar, 
sebetulnya tak sempat aku nak snap2 gambar.
nak citer tentang sikap, tentang habit, 
tentang...tentang... perangai manusia nie..

aku kan tiap kali balik kg di Kota Bharu mesti sentap skit pasal ni.
asal singgah surau/masjid je mesti pempes bersepah sana sini..
Sepanjang jalan menuju ke Kota Bharu mmg kami akan singgah
 di surau/masjid di tepi2 jalan.

KL-KB takde highway okeh.. 
jadi tempat2 tu adalah port kami yg ada anak2 kecik untuk 
berhenti tukar pempes, buat susu, dan bersolat.

tapi malangnya... keadaan kebersihan surau/masjid sangat2 memalukan.
tak tahu lah orang jenis camni kat rumah diorang buang pempes mcm jugak ke ehh... 
aku confirm diorang tak buat mcm ni kat rumah.
 kalu tak mmg dah kena sound tepat dengan suami kot..
dan aku pasti sangat ni keje mak2 orang.
 abis takkan suami pulak yg tukarkan pempes kat toilet pempuan kan..

sangat memalukan sikap mcm ni. dah laa kat rumah Allah, nampak sangat laa tak menghormati apatah lagi nak menjaga tempat ibadah dah rumah Allah. 
cer pikir guna otak skit, takkan laa korang harapkan
 AJK surau/masjid tu nak kutip pempes anak korang.
ke ingat mcm RNR yang ada cleaner tolong cuci dan bersihkan tempat tu.
dah laa main tinggal mcm tu, pastu ada yg ternganga siap bertaik. 
adoiii... jenis manusia apa ni wehh..

wahai suami tolong laa ingatkan para isteri korang boleh tak..
aku kalu travel siap bawa plastik utk isi pempes anak2 aku yg kotor, 
sbb tak tergamak nak buang bodo2 dalam tong sampah camtu je.
 kalu takde tong sampah kitorang bawa plastik pempes tu sampai ke hentian seterusnya...

aku paham korang ada anak anak kecik, nak mandikan nak tukar pempes,
 tapi takkan sampai lepas tangan camtu...
pastu kalu hulur dalam tabung masjid tu ok lah jugak, 
boleh laa masjid tu upah cleaner nak cuci bahan tinggalan ko tuh. 
ni harammm xde.dah laa abis family dok mandi manda kat masjid, 
siap makan berkelah kat situ. pastu tinggak bekas polistrin gitu jer...
mcm ni perangai apa ehh... ???

patutnya AJK surau/masjid kutip je RM10 untuk sebijik keta yg masuk dalam masjid tu.
boleh gak buat kebajikan, upah cleaner nak bersihkan masjid.

ni pakai kemain cantik, lawa.. tp bila bab kebersihan  0 bebb..
boleh dikatakan semua masjid/surau mcm tu.
mentaliti manusia tahap ape ni ooii...

aku syak kebanyakan orang kelantan mcm ni laa kot.
 tp bukan aku okeh..
sebab sepanjang perjalanan tu kebanyakannya orang kelantan je yang singgah..

sesungguhnya aku sebagai orang Kelantan teramat malu dengan keadaan ini..



ni masjid yg aku singgah masa otw balik KB-KL ari tu... dalam kawasan masjid tu ada tabika, dewan orang ramai. tak malu ke diorang ni ehh...??

sentap jiwa aku tengok keadaan cam ni okeh... 
main letak jer mana2 ko suka pempes anak ko.

padahal tong sampah belakang dinding sinki tu jer... berat sangat ke ehh??

hahh ni siap berkelah bagai. aku harap dia boleh kemaskan balik tempat makan tuh... 

#maaf kalu ada orang kelantan yg sentap dengan entry ni.
#rakyat negeri lain pun sama jugak kalu mentaliti pengotor macam ni.

































#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Alahai...kita doakan org2 camni dpt hidayah nk jaga rumah Allah...amin

Najib Ariyan said...

diorang ni cuba kalau orang lain buat macam tu kat rumah diorang, kemain lagi nak bergocoh... tumpang toilet lepas tu letak pampers sebarang... ni rumah Allah... hmmmm kalau tak sedor tu alamat nak tunggu balasan Allah lah tu

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015