Monday, March 21, 2016

Dekorasi: Shopping lampu untuk bilik tido, dapor dan bilik solat.

Ahad semalam, suamiajak beli lampu.
 sebenarnya dah lama nak buat pengubahsuaian lampu2 kat rumah kitorang. 
 lepas tukar lampu kat area dining, klik utk baca LINK. 
tapi punya laa amik masa masa nak pasang.
 bayangkan beli sebelum GST, pasang selepas raya. kihkihkih
 fasa ke2 ni pulak baru beli lampu lagi,
 harapnya tak amik masa yg lama untuk pasang lampu2 ni.
kali ni kitorang beli agak banyak lampu. senang pasang skali harung. 
mungkin gak amik masa 2 hari kot.[andaian saya]

yg saya suka kedai ni ada mcm2 jenis ikut tema rumah kita, arabic, modern, english...
mcm2 ada wpun kedai dia kecik mcm tu je...

saya dan suami sama2 decide untuk tukar semua lampu dalam masterbedroom,
 bilik rayyan, bilik tetamu, bilik utility , 
lampu wet dan dry kitchen termasuk jugak lampu tempat solat. ppffttt...
semua skali 7 lampu. sejak dari beli rumah tu memang tak pernah lagi tukar lampu. 
semua area guna lampu kalimantang panjang macam kat kantin sekolah.
[kecuali kat living hall] hahahaha...
alhamdulillah ada rezeki tukar semua lampu yg cantik skit[pada pada saya laaa..]
dengan harga mampu milik. 

lenguh jugak laa leher terteleng2 pandang atas nak memilih tu.

kali ni pun beli di tempat sama. saya suka kedai ni sbb boleh tawar giler2.
 pastu tokey dia teragak2 terus bagi harga yg saya minta. 
3 jam jugak laa kat kedai ni sampai anak2 dah bosan, 
siap beli coklat dan air utk diorang. mana tak lamanya...
 memilih dah satu hal. pastu dah pilih nampak lampu lain tukar pulak.
 bayangkan untuk 7 ruang tersebut.
pastu tawar menawar pulak....
tapi siyes puas hati...
kos untuk semua lampu2 tersebut dalam RM900++ .
semua murah sgt. setiap lampu tu dlm RM100++ je, 
yg paling saya tak sabar nak tengok lampu kt bilik masterbedroom 
& lampu kat bilik tetamu.
lampu tu boleh bertukar warna. boleh pilik nak cahaya kaler biru, kuning or putih...

dah siap pasang nanti saya share yer..

 










korang yang planning nak naik rumah baru boleh laa singgah kedai ni beli lampu.
kedai yang saya pegi tu di cawangan gombak. sebelah Bank Rakyat.


alamat kat bawah ni kot laa nak cuci2 mata tengok..


Setapak Branch   Address :
1, Jalan Pahang, Setapak, 53000 Kuala Lumpur.
Tel : +603- 4021 3809 Hp: +012-928 8705 / +012-228 9230 / +012-9188 955
 Fax : +603- 4021 3819 Operating Hours : 10.30am - 8.30pm (Daily)    

 Gombak Branch   Address :
3, Jalan 2/50, Diamond Square, 53000 Kuala Lumpur Tel : +603- 4023 5788
Hp: +012-928 8701 / +012-228 9230 / +012-9188 955 Fax : +603- 4021 3819
Operating Hours : 10.30am - 8.30pm (Daily












3 comments:

Mimie_Zatun said...

wahhh.. tahniah dah masuk umah baru.. hehehe
mimie dulu beli lampu masuk rumah baru kat house of lighting kat puchong..

Fai Nardir said...

Memang suka ke kedai lampu ni.. Macam2 patern ada, jadi rambang mata nak pilih. Hihi..

Aty Fared said...

saya pon nak kene beli lampu tido tuk bilik utama.. dah jahanam 2-2 nya... aaiihh..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015