Friday, December 5, 2014

konsep baru~ win-win situation dalam meniaga

boleh dikatakan hampir setahun lebih jugak aku start meniaga
maksud aku meniaga lasagna, baked pasta cheese, muffin, shepperd pie..
aku meniaga kecik2 je atas permintaan. oder pun dari kawan2 rapat, opismate suami,
kecik2 pun dah sampai ke Melaka, N9, penang, Gua Musang aku deliver.

wpun aku ni meniaga kecik2 je tapi dah mcm2 peel customer aku dah jumpa.
bila aku sebut macam2 tu maksudnya yang negatif, yang menganiaya peniaga kecik2 mcm aku, yang main2 dan tak serius. yang baik pun ramai, repeat order setiap minggu, siap buat entry dalam blog. hugs korang ketat2 sbb tolong promote bis aku.

aku ni meniaga makanan. bila ada oder aku cuba sediakan yang terbaik untuk customer aku. apun aku hadkan 2 bekas untuk weekday dan 5 bekas untuk weekend. 
jangan laa ingat aku tak penat. aku keje opis hour. 
balik keje bertungkus lumus siapkan oder.

kadang2 aku buat jugak kalu ada oder last minit. 
wpun aku dah mention kena oder 3-4 hari awal.
 tp kalu ko dah cakap mengandung, ada majlis potluck, majlis tu, majlis ni... 
aku cuba jugak. tak sampai ati bila orang teringin nak makan....


disebabkan aku dah terkena beberapa kali. orang order pastu tak datang2 amik.
 order dari aku tapi bila time nak antar, takleh datang... ada hal... 
ko ingat aku ni hape??? aku buat order untuk ko je ke...
pernah jugak berkejar2 aku balik lepas keje sebab kata nak amik lepas maghrib kan..
 tapi nanhado
takpe...takpe... aku sabar.. meniaga mmg kena sabar. 
tu semua asam garam dalam berniaga.

jadi untuk semua customer2 tersayang, untuk setiap order aku minta korang bank in kat aku terlebih dahulu, then baru aku proceed order korang. yang aku cakap ni untuk customer2 baru. yang baru pertama kali nak oder dengan aku. aku dah jual beratus bekas. takdenya aku nak tipu duit korang.

mcm ni baru nampak serius kot. dan orang takde laa nak main2kan aku.
 kalu tetiba aku takleh buat contoh macam anak aku
 sakit masuk hospital aku akan bgtau korang dan pulangkan duit korang balik.

so atas dasar win-win situation ko bayar baru aku proceed order.
kalu tak, mmg aku tak buat. sebab ni makanan, 
bila aku dah buat mana leh simpan lagi, takkan semua aku nak sumbat perut aku. 
kalu bukan makanan mungkin boleh simpan dan jualkan pada orang lain. 
kalu ko rasa tak pecayakan aku sebagai peniaga, ok tak payah oder. 
ko boleh order dengan mana2 peniaga lain yang jual seumpama yang aku buat dan jual.

eehh... ni bukan aku marahkan customer aku... takkkk...
ni entry untuk sama2 paham konsep baru yang aku laksanakan...
untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. supaya sama2 puas ati dan takde tipu2...

 
#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad .
  nak oder wassap/sms: 017-3213039 .  
collect area Sri Gombak.
lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

5 comments:

Chekgu Azrine said...

Itu cara betul amy.xsemua org ni kita blh samakan depa punya perangai.mcm2 perl kan.so better byr dulu la.

yoorin melacolea said...

betul tu kak.. mana2 bisnes pon suruh bayar laa dulu kannn.. memg kena macam tuuu.. dpt plak customer rumit + cerewet..adehh.. ting tong jugak tuu...

Lynda Che Lah said...

akak..sy pun meniaga lasagna n macaroni sbb tgk akaklah (area Klang, Shah Alam je)
mmg kdg hangin 1 badan dah siap bakar bagai..dah tunggu kat tempat yang dijanjikan tak dtg..abis..sape nak byr duit minyak..duit letrik bakar lasagna dia tu..sapa pula nak makan tengah-tengah malam..stress!!
nmpk mcm xde apa..boleh je simpan..klu frozen bolehlah simpan kan..erm..mcm kena ikut akak lah strategi baru..hehe..wlupun order takdelah byk mana pun..balik keje kelam kabut buat..kdg smpi pukul 2 3 pagi..tp org x appreciate..
eh...ter`post' status merempan pula..hehe..btw nak share post akak kat Blog :)
Semoga org faham..kesukaran kita yang mmg lembut hati dan cair dgn rayuan..

Cik Imans Syamsi said...

sedih pulak baca entri ni..yelah, kesusahan org lain kena fikir, jgn pentingkan diri kan ..congrats sebab buat bisnes ni..semoga terus maju dlm bisnes..slm kenal dari saya, done follow sini..:) kalau nak letak iklan dalam blog saya boleh juga :) http://cikmatahariku.blogspot.com

MisZ FyZa said...

Sy pon pernah alami bende gni kak..tp naseb bkn mknn..susu kambing fresh..beria order soh hntr keesokkan harinye..bl kt da g umah die hntr..die x buka buka pintu..kata xde uma..ada hal..keesokkan harinye just wassap kate x jd..mcm2 ragam manusia ni kn..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015