Thursday, July 9, 2015

Resepi: ayam butter cheese yg sedap

penghujung2 puasa ni saya bersemangat betul masak. 
lagi buat bersemangat bila tengok anak2 dan suami makan bertambah.

alhamduillah setakat hari ni masih belum jejak lagi bazar ramadhan...
 minggu lepas buat ayam butter cheese. saya pernah kongsi ayam butter ni kt SINI.
tapi kali saya buat ubahsuai skit tambah cili flake bagi pedas2 skit. 
tp xde laa pedas sgt sbb budak2 tu masih lagi berselera makan.
saya  beli 2 keping dada ayam untuk buat ayam butter ni.

ayam butter ni cicah dengan roti pun sedap..kuah dia sampai menjilat2 jari tau

 

Ayam Masak Butter & Cheese

Sumber: Azie Kitchen
olahan: AmerisLovely

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
Beberapa keping cheese[saya letak 1 keping]
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai[saya letak 1/2 tin]
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - optional
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. 
Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi.
 Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

3 comments:

Julia Johari said...

Yummmmmmm menyelerakan...anak2 pun suka kan makan...kak ameris lama menyepi why sis?
Hope sis sihat2 selalu amin

CikNaa said...

bestnya..

eelleenana said...

Sedapnya

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015