Wednesday, July 8, 2015

Resepi: daging dendeng paling sedap dan mudah

lagi seminggu lebih kurang kita akan berpuasa dan akan menyambut hari raya Aidilfitri. 
wahh semua excited dgn entry baju raya anak2 yang dah siap,
 ada jugak yg dh siap buat biskut beberapa jenis.
 semua tak sabar nak balik kampung berhari raya bersama keluarga dan saudara mara.

ada yg berhari raya ke kampung sendiri, yg berhari raya di kampung mertua jangan sedey... next year turn kita lak yer dok.. gilir2 gitu..

yang tak bagi balik kampung untuk berjimat tu kita abaikan laa yer..
raya bukan tiap2 bulan, time ni je laa nak jumpa keluarga.,
 nak menziarahi saudara mara kan...

okeh... balik pada resepi yg sedap dan mudah sgt2.
 bahan-bahan pun tak banyak digunakan. 
resepi ni saya dah aim utk masak masa raya nanti utk rumah MIL dan umah ma.
kalu buat open house kat KL [un nak buat daging dendeng ni jugak... 
wahhh bersemangat saya dengan resepi daging dendeng yg sedap ni.

saya dapat resepi ni dari bekas wartawan AWANI Beeha.
 kalu dulu slalu tgk dia kt tv tu. 
yg  buat saya teruja nak try bila Beeha kata ni resepi opah dia. 
siap gambar opah dia tengah buat daging dendeng ni. 
air tangan org tua2 ni mmg sedap ehh... 
campak laa apa pun dalam kuali mesti sedap kan...

next time buat Insyaallah saya akan berkongsi step by step....

 
 
Bahan-bahannya

1. Sekilogram daging (dipotong sederhana, jangan kecil jangan besar)
2. Bawang merah kecil 20 bijik
3. Serai 5 batang
4. Halia seinci
5. Kicap manis
6. Sos Tiram
7. Air rebusan daging
8. Garam dan Gula secukup rasa
9. Cili giling dalam dua genggam direbus dan diblender.
10.sedikit air asam jawa (saya tambah)

 jangan pandang serong rupa bentuk daging dendeng. nampak je legam, tapi sedap ooiiii....


Cara-caranya nak buat ;

Daging perap

1. Daging direbus sehingga lembut.
2. Air rebusan disimpan, Jangan buang ya.
3. Setelah rebus daging, toskan dan sejukkan.
4. Setelah sejuk, tumbuk daging. (jangan hancur sangat).
5. Asingkan daging tadi kedalam mangkuk dan campurkan dengan kicap manis.
6. Letak kicap sehingga nampak daging kehitaman.
7. Perapkan selama 20 minit

Setelah perapkan daging tadi dengan kicap, goreng dengan minyak, tos dan asingkan ke mangkuk lain.

 Tumis

1. Kesemua bahan-bahan seperti bawang merah, halia dan serai dipotong halus-halus. Tak digalakkan blender. Kalau tumbuk lagi sedap!
2.  Setelah naik bau, letak cili yang diblender tadi. Tumis dibahagian tengah kualiti (sila rujuk gambar bawah).
3. Dah pecah minyak cili tadi, gaulkan kesemua sehingga rata. Letak sedikit garam dan gula. Sedikit sos tiram dan kicap manis.
4. Apabila dah cukup garing dan rata, masukkan daging yang digoreng tadi. Gaul sehingga rata.
5. Dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging yang diasingkan sebelum ini. (ni saya tambah sedikit air asam jawa)
6. Goreng sehingga kering.
7. Boleh dihidangkan untuk santapan!


 
 ni pic dari blog beeha. saya copy kat sini bagi uols faham. tp saya angkat dulu bawang yg digoreng tu, masukkan cili kisar dulu pastu masukkan balik bawang bila cili dh pecah minyak.




6 comments:

Lynn Huraiza said...

boleh cuba nie nanti...

diary_ciknaa said...

alahai..telan elior berkali-kali..

anisz said...

aku buat tak letak air rebusan daging... bleh try wat resepi ni plak :)

NabilaHasyim said...

Aduh, terliur plak tgok...
Klu kering, nk jd mcm serunding lah ye..

Perkhidmatan Akaun said...

kalau ada seiapa yang malas nak buat daging dendeng ni..saya ada jual..boleh hubungi saya 0177437724..sesuai untuk yg ingin pergi melancong ..bila asyik lauk yg sama saje sesekali cubalah keenakan daging dendeng ini..
#travelfood

Unknown said...

saya dah cuba resepi dari blog awak memang sedaplah. dua hari berturut-turut saya masak dendeng daging buat keluarga saya..

Hari pertama buat saya bagi makcik saya dan jiran sebelah rumah, tak puas makan jadi kena buat lagi untuk menikmati dendeng daging ni.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015