Thursday, December 29, 2011

3 orang blogger yg aku teringin nak jumpa... (part 1)

ada 3 orang blogger yang aku mengidam sgt nk jumpa beliau ialah:-


Our Secret Garden

Chapter 3 - dudu's little family ;)







MaMaGee's Blog~



tak tau knp... tp diorg ni special sgt. tp bukan la bermakna blog lain x special. cuma dlm masa terdekat ni nak sgt jumpa diorg nie.....

Wednesday, December 28, 2011

Majlis Pertunangan Salahudin

minggu lepas kan aku busy buat kotak hantaran untuk majlis pertunangan adik ipar aku.
sedey sbb tak dapat memeriahkan majlis tu. cehhh... mcm penting sgt aku dlm majils tu, mengalahkan tuan empunya diri plak. tp bab makan2 je la yg buat aku sedey. hihihi... cikgu shuhada(sepupu hubby) kata makan best wehh.. ada ayam percik, daging kerutuk, ikan bilis grg campor kacang... ada lagi lauk yg dia sms tp lupa plak. sms tu pn dh delete. alahaiiii.... terlior smpai skrg.

yang paling best ma(mak mertuaku) siap kirim nasi dagang, bubur asyura versi kelantan, pulut inti lagi. aku siap bawa gi opis buat breakfast. mmg sedap sungguhhh rasa, wpun sejuk gedik dari peti ais(dah panaskan microwave 1 minit). thanks to ma.

oohh... semua picture ni dari cikgu Shuhada laaa... yer laa takkan aku yg dok KL bleh amik gmbar kt majlis tu plak... thanks to cikgu.




inilah cikgu Shuhada yg bawa bekas cincin. so sweet with pinky baju kurung.


ma tgh sarungkan cincin kt bakal menantu. fatihah nama dia. eehh betul ke eja nama tunang salahudin camni.

mesti tgh berdebar gile masa nie. aku pun penah rasa time nie. malu wehhh....


ini lah hasil dari keras tangan aku & incik suami ari tu.

Thursday, December 22, 2011

Tetiba jadi bidan terjun...




Sepanjang minggu ni kami laki bini agak bz skit, takde la bz apa pun cuma adik ipar aku akan bertunang pada krismas nie, jadi kami telah dilantik ceewahhhh... dilantik plak... untuk menggubah kotak hantaran untuk majlis tunang dia. tema yg diorang bagi biru terqoise +putih. jadi, suka ati kitorang la nak buat mcmana pun janji kuar warna biru terqoise+putih.

memandangkan aku bz dgn si kecit tu, aku hanya siapkan satu kotak jek. selebihnya encik suami yg settlekan. kitorang buat 3 kotak utk kain, satu bakul buah dan satu bekas cincin. Harap2 adik ipar aku berpuas ati dgn hasil yg x seberapa ini, eehh... sampai melecur tangan aku tau sbb kena gam pistol tu. panass weh!!


gigih betul encit suami. balik je masjid terus buat benda ni. aku tgk tv Tentang Dhia sambil gam2 je.

taraaa..... inilah hasilnya.


terkejut bila aku bangun esoknya semua dh siap landing elokk je atas meja. sampai kul 1.30 pagi suami aku mengerjakan benda ni.

Jalan2 Zoo Negara




sabtu lepas kitorang pegi Zoo Negara. dh agak lama x melawat hewan2 kt sana. tiket punya la mahal RM20 sorang. tp iyer la kan... mana nk beli makanan hewan, pekerja lg. tp ishhh.. mahal jugak la aku rasa. pegi 3 org dah RM60. tapi rayyan x kena bayar la. kalu kena bayar mmg melampau laa, aku bawa ainun adik aku.

gambar hewan aku snap skit jek, x kuasa nk snap semua jenis hewan kt sini. korang pun tau kan cmner binatang2 tu.

kitorang masuk pintu B kt belakang jadi xleh la amik gambar depan zoo tu. trademark zoo negara. musim cuti sekolah punya la ramai orang weeiiii....

jom kita tengok hewan kt sini yg dah hidup segan mati x mau....


beruang nie lemah je... tp punya la besau. mungkin dh tua kot.


aku & family. rayyan kan sepanjang kt zoo nie dia ngantuk je..

cer tengok mata dia yg dh hampir layu di hujung mekar.... tp mmg time dia tido pun masa kt zoo nie.
masa tgk show pun dia buat dekkk jek. anjing laut kt depan tu terlompat2 main bola...

show sedang berlangsung. abaikan jurugambar amatur nie amik gambar. kdg2 jadi... kdg2 fail.

nampak tak singa yg terdampar tu. entah idup entah mati.

haaaa... ni cantik skit gambar aku snap. amatur la katakan....

tak beli apa2 pn kt kedai sovinir nie.... tp mmg byk la benda2 gejet tema hewan. rega pn bleh tahannnn...
kan dah kata... sepanjang kt zoo dia tido jer....
lgpun hewan tu jauh sgt dia nk tgk. rayyan lebih teruja pegi kedai pet je tgk kucing, burung, arnab. lgpun sangkar dia kan dekat dgn dia, so dia bleh pegang2 badan hewan kt kedai pet.

sekian saja citer gi ZOO NEGARA.

Wednesday, December 21, 2011

wordless Wednesday-budak baru dapat kaki


budak ni baru je dapat kaki. masa kt restoran saba' kt dataran jelatek. dia berjalan je atas meja makan sambil bawa buku menu. suka bebenor dia.

Dating Express ke Melaka

salam...
N3 tertangguh lagi... ni citer ari jumaat lepas 16/12 ari tu. kami berdua dating secara ekspres ke Melaka. pagi tu kuar mcm biasa mcm nak gi keje, kendian antar Rayyan kt umah Achik. lps tu kami pun zassss masuk highway. dah lama sgt tak kuar berdua. sebenarnya bulan lps lagi nk dating tp byk hal yg buat aktiviti dating ni tertangguh. ada gak yg kata aku ni kejam sbb x bawa anak, tp kalu dh bawa anak bukan lagi nama dating. kesian kalu bawa dia sbnrnya sbb cuaca kan panas, lagi pun aku gi 1/2 hari je. petangnya balik laaa. kalu overnite baru bleh bawa dia.

next time ummi bawa rayyan ok. ni untuk ummi dgn ayah je.

acara bermula dengan bfast di mekdi di highway sg besi. ada 3 set burger untuk 2 orang makan. hmmm.... agaknya sapa yg perut dinosaur nie??


sampai di melaka aku roger2 cc ssm melaka tanya dia tempat2 menarik utk meriang riakan perut lunch nnt. dia ada bgtau beberapa tempat menarik tp memandangkan kitorang ni kurang familiar dgn tempat tu, jadi kitorang redah je tempat yg agak ramai orang dgn anggapan sedap kot mkn kat sini. jadi kami pun terjah ke restoran sblh pahlawan walk apebenda ntah. alahaii... masa menaip ni lah plak lupa nama tempat tu.. mmg fullhouse restoran tu. wpun dh hampir kul 3ptg masa tu. motif aku lupa nama restoran nie???


restoran ni jugak ada dapat plaque jln2 cari mkn dan singgah sahur dari tv3. patut laa ramai. so makanannya cmner plak??


inilah yg encik suami oder.asam pedas pari, daging salai masak lemak, asam pedas daging tetel dan ayam goreng. taste??? bagi kami laki bini biasa2 jer.... sbb kitorang penah mkn asam pedas yg lg power dari yg ni. tp heran gak orang punya la ramai mcm tempat ni je ada asam pedas.

bila duduk jek terus otak2 sampai wpun kami x oder benda alah ni. ingatkan xde la bayar tp rupanya bila kt konter kena bayar isshhh... tak sesuai gitu!!! sbb kata budak waiter tu mmg disediakan untuk setiap meja. rasa otak2?? hmmm... x sesedap otak2 johor.



selepas acara mengisi perot, kitorang jln2 kt bandar melaka, tp x pegi plak tempat bersejarah melaka tu. A farmosa, bangunan merah tu... kitorang ukur shopping kompleks kt Dataran Pahlawan je. kt dalam tu pun penat mak buyung ni nak meronda. penat wehhh..

encik hubby, kalu gi mana2 mesti nak beli t-shirt. yg dia pegang tu lah yg dia rembat. dan jugak sepasang untuk rayyan..


aku?? x minat t-shirt2 ni. apa yg aku beli? tudung saji daaaa.... sbb tudung saji kt umah tu dh huduss. aku beli gak fridge magnet dan mkn2 tempatan. tp xde la beli belacan dan cencaluk.


ooohh... ni paling best kt melaka. Klebang Original Coconut Shake!!!! keta kt tepi jln beratur nak beli coconut shake ni, serius ni!!! mmg terbaek coconut shake ni. kt luar untuk tapau. kalu nk minum masuk dlm, lorong yg ada keta kuar tu.

bukti coconut shake ni sedap bila encik hubby terus srruuppppp!!! huhh segar je terasa kt kerongkong. alamak... cam terasa plak coconut shake ni. aku beli 3 cup. satu cup lg sampai kt KL pn masih lagi terasa manis, lemak, kelapa coconut shake nie. satu cup rm2.20 jek. mmg murah sgt kan... kalu kt KL ada sedap mcm ni haruss tiap2 ari aku beli.


uuiittt... aksi mak buyung berfotogedik mes ti ada ok. oohh... topi tu pun aku beli gak rm10. sbbnya panas wehh nk jln2.

amik gambar berdua sblm bertolak pulang KL. panas wehh masa nie...
lepas kuar sorang lg dari perut ni rasa mcm dh susah skit nk dating berdua. kena dating berempat lah plak nampaknya....


Thursday, December 15, 2011

Dilema Wanita

gambar google

assalamualaikum...
cehh, saspen je tajuk aku pepagi nie. sebenarnya ni bukan dilema aku tp dilema kaum wanita. eehh aku pun wanita jugak. apa yg aku nak cerita ni berkaitan dengan org2 sekeliling aku, sahabat handai. aku bukan nak nk menceritakan sesuatu yg buruk. jgn salah paham plak. betapa besarnya harapan dan tanggungjawab kaum hawa nie. iyer la lelaki pn byk tanggungjawab jugak, tp biasanya masyarakat lebih menuding jari pada pompuan kalu ada masalah.

kalu lambat kawin, pempuan disoalsiasat dulu. apsal x kawin2 lagi minah tu? memilih sgt... nak tunggu apa lagi, duit dh ada, keje dh stabil. walhal dh kita ni x jumpa jodoh yg sesuai nk buat mcmana? ingat cari suami ni mcm beli baju ke? kalu nk cari jantan lain laaa... berlambak kt luar.
kdg2 tu bila dh jumpa yg sesuai, kuarga plak x berkenan. katanya keje x stended la, pakai wira jer...

ada pulak tu bila sama2 dh suka, sang lelaki plak delay2, x sedia lg laaa... hape laaa... padahal umo dh 35, keje dh stabil. duit dh ada...

bila dh kawin pulak, sibok laa org keliling dok tanya pasal anak. ishhh...pompuan jugak yg disebut dulu, apsal si minah tu x ngandung lg, kawin dh masuk setaun, mandul ke? diorg x tau ke semua tu keje ALLAH. semua org kawin nak anak woiii... entah2 pasangan tu mmg plan dulu ke...nk stabilkan ekonomi dulu.hanimun dulu ke... tp tu lah org keliling ni bz bodi je manjanggg..

kalu yg dh lama kawin tu mungkin belum rezeki lg. tak payah lah dok ulang2 tanya tiap2 kali jumpa. sentap tau jiwa halus pompuan kalu dok tanya soklan ni slalu. mungkin pasangan tu ada buat rawatan ke apa ke... takkan la nk citer semua kt org.

yg peliknya kaum lelaki ni tak pulak kena tembak dgn soklan2 ni. asal kesuburan je pompuan yg jd mangsa. ingat lelaki takde masalah kesuburan ke?? eehhh... takkan la lelaki nk cite masalah dia, jatuh maruah/ego beb.

uisshhhh.. mcm hangin je entry aku kali ni. tp kedua2 dilema diatas aku penah mengalaminya. alhamdulillah dan syukur sgt aku bahagia, punya suami yg sangat memahami, sgt menyayangi aku, anak aku, very supportive apa2 minat aku.

Tuesday, December 13, 2011

Sardine Puff yang Rangup

Sardin Puff

assalamualaikum... pejam celik pejam celik lagi 2 minggu kita dh nak masuk tahun 2012. cepat je rasa masa berlalu. kalu tahun lps waktu2 gini aku dh mmg sarat mengandung. tp bulan sy sama thn ni aku mengandung tp takde la sarat lagi. boleh buat mcm2 & mcm2 benda lagi yg aku nak buat sblm due date nnt. harap semuanya berjalan lancar. cuma kebelakangan ni emosi agak kurang stabil & terkilan dgn sikap beberapa org di sekeliling. aahhh... malas dah nak pikir emo2 lagi.

dh lari topik plak nie. ok, minggu lps aku berkesempatan jugak nk buat sardin puff setelah pastry puff tu terperuk 2-3 minggu dlm peti ais. eehhh... apsal plak blog aku nie dh jd blog masak2 plak. dh takde citer ke ttg si kecik kepop tu. nak citer gak lahhh...si kepop tu dh mula bertatih beberapa tapak dah. 4-5 tapak pastu duduk, pastu jalan lagi 4-5 tapak pastu duduk. next time nnt amik gambar dia bertatih.

ooppsss... balik semula citer sardin puff td. resepi ni aku dapat dari sapa lg kalu bukan dari ANA SUZANA yg comei tu. kalu si ana ni masak apa2 aku mesti nk try jugak.sbbnya ana memudahkan resepi untuk ibu2 yg sentiasa sibuk ni. tp kalu masuk blog masak2 takde plak aku teruja nk masak. tq yer ana, akak panjangkan resepi ana kt sini plak.

uols bleh try sbb nak buat puff ni super duper senang. setaraf plak dgn puff yg kita beli kt bakery tuh dengan harga RM2.70 seketul. inti pun kita bleh pelbagaikan. kali ni aku buat inti sardin, next time nk cuba buat inti ayam plak.

bahan2nya ialah:

puff pastry square jenama kawan-beli kt giant harga rm4.40 ada 10keping.
sardin- masak ikut citarasa selera anak tekak sendiri. jgn letak kuah sardin tu nnt berair susah nak buat puff nnt.
kuning telor-untuk sapu kt atas

amik sekeping puff tu. gelek2 kan dgn penggelek bagi lebar& besar skit.kena hati2 takut kulit puff tu terkoyak. kalu melekat tabur gandum skit.

pastu potong kulif puff kepada 2 mengikut kreativiti korang ok. nak buat tiga segi ke... panjang ke... lonjong ke....

pastu letak inti sardin atas salah satu kulit puff tu, yg sebelah lagi kelar2 skit mcm gambar kt bawah aku buat nie. amik yg dikelar tu tekap atas kulit yg ada inti tu. eehhh korang paham tak cara aku terangkan ni???

kemudian, tekan ujung segitiga tu dgn garpu untuk lekatkan puff tu. pastu sapu la kuning telur kt atas puff sardin yg dh siap tu. huduss sgt puff aku kt gambar ni, mmg xde seni tangan aku ni. tp yg penting sodapppp!!!

bila dh siap mcm gambar kt atas ni korang rehatkan dia dlm oven. dlm 10 minit gitu.suhu 180. terpulang jugak pada jenis oven korang. sambil2 tunggu puff tu masak, korang kemas la meja yg bersepah tu.

ini lah hasilnya sardin puff aku. mcm2 bentuk aku buat 4 segi, 3 segi. huduss plak tu. tp habisss semua dibalun. dh jadi bahan kumbahan pun. hahahaha.....

Thursday, December 8, 2011

Kursus Bahasa Inggeris



3 ari sepanjang minggu ni (senin, slasa, rabu) aku ada kursus bahasa inggeris kt opis. sonok jugak bila skali skali attend kursus camni.hilang jugak boring bila dok ngadap pc kt opis je buat keje yg tak akan abiss nie. nampak mcm kacang je tp nk ingat balik masa kita bljr masa kt skola & U dulu hmmmm.... cara guna grammer yg betul, past tense, present tense, peribahasa semua. atleast bleh improved skit dan refesh balik apa yg bljr dulu. trainer yg hapenning, tak terasa dok dlm kelas tgh bljr pn. sempoi jer cara dia mengajar. terbaekkk lahhh.... thanks to our trainer Ms Mimi Masood from INFOBASE CREATION SB

sblm ni bila cakap bhs inggeris pun xde la peduli semua grammer tu. asal org paham apa yg kita nk bgtau dh ok lah kan, alaaa... mat salleh pun bukan cakap grammer yg betul gak pun. kita jek malu2 nk cakap takut salah, takut org gelak bila salah ckp,malu laaa.

tp part paling best bila ada kusus ni time makan!! minum pagi, lunch, minum ptg. adoiii...mmg kenyang laaahh.


peserta kusus. sempoi je bleh plak free style mcm nie

nie group aku. sblh aku berbaju kurung tu la Ms Mimi trainer kami. best ahh... dh nampak gemuk kan aku. uhuk..uhuk..


yeayyyy... dapat sijil.

Tuesday, December 6, 2011

Tiramisu Simple Dimple


wahh...wahh... aku asyik masak je ekkk semenjak dua menjak nie. lupa jap nk citer ttg sang anak yg dah nak masuk setahun bulan depan. ok, skrg nie aku nk share satu masakan yg mudah tp amat mahal skali bila kita oder kat secret resepi atau mana2 kedai. resepi ni dari ANA. ana mmg seorang yg x kedekut ilmu. segala resepi dia akan permudahkan untuk kita semua mencuba. dan skrg aku perturunkan pulak resepi ana untuk rujukan kengkawan dan aku sendri nnt. semoga pahala berterusan utk ana.

teruja sgt nk buat tiramisu ni sbb ramai dh mencuba dan kata sedap.


ni lah bahan2 yg diperlukan tuntuk buat tiramisu ni.
dari kiri: indocafe, atau apa2 jenis yg seumpama dengannya- 1 sudu kecik
air secawan utk bancuh indocafe
cream, aku guna yg 250ml je sbb. kalu nk buat byk kali bole beli yg besar. tips: cream ni expired 3 ari lps dibuka.
cheese cream philadelphia- sebuku
serbuk koko, apa2 brand yg seumpama dgnnya cth:van houten.
gula castor setgh cawan.
vanilla 1 sudu kecik,
kek(bole jugak guna biskut tiramisu).tp aku rembat je kt giant, kalu rajin bole buat sendri kek tu. aku nak senang jek. tak kuasa nak mengadun sukat kek plak. boleh guna apa2 flavour-pandan, oren, vanilla.

cara2: satukan cream, cream cheese, gula castor & vanilla. pukul smpai adunan tu jd pekat. pekat tu mcm bila kita terbalikkan adunan tu dia tak tumpah.

bancuh indocafe dgn air. jgn buh gula plak. ni untuk tekap kek td dgn air neskepi tu. aku ikut cara ana, letak air nescafe atas pinggan, dengan pantas tekap kek depan blkg kt air neskepi td. jgn lama plak nnt kek tu jd lembik.

susun kek atas bekas yg kita nk buat. aku buat 2 bekas mcm kt atas. 1 bawa gi opis, 1 lg nk bg kt pengasuh rayyan. kemudian cedok cheese yg diputar td, ratakan atas kek tu. lupa plak nk gmbar.selebihnya letak dlm gelas, senang nk makan, xpayah nk potong2 lg, terus ngap depan tv. hehehe...

mcm gambar kt atas ni, tapiskan serbuk koko atas cream cheese td. sila guna penapis untuk elak koko tu berketul2 dan tak rata masa ayak.
ulang balik step td smpai abis atau penuh bekas/ gelas yg kita guna tu. lps tu sejukkan dlm peti ais. mkn sejuk2 best woooo....

taraaaa... hihihi tp gambar ni cilok dari ana. tak sempat plak nk snap bila dh siap. tau2 dh masuk dlm perut jek.aku makan dengan rayyan sesudu dia sesudu aku sampai abis segelas. rasa dia mmg sedap wehhhh... setanding secret resepi wa cakap luuu... ni kawan aku ckp bila aku bwa gi opis.

Puding Roti Jagung

semenjak dua menjak nie aku rajin bebenor masak. roh rajin tengah merasuk jiwa aku kot. salah satu sbbnya ialah bila beli kt kedai oohh sangatlah tak puas ati, dh la rega mahal, rasa plak hampeh.. kengkadang aku lebih rela masak sendri nasi goreng dari beli kt kedai/warung. bila beli nampak nampak mcm sedap gila, tapi hampeh je. tasteless okk. ke aku yg ngada2 sejak berbadan 2 nie. hehehe...

puding roti nie aku masak ahad lps. mmg sedap la wehhh... tambah2 bila dh masuk dlm peti ais. mau tak sedap bila anak aku boleh abis 2 potong. nota:potongan utk org dewasa makan. kira banyak lh kan... resepi ni dari ANA . mmg rajin betul ana ni masak utk family dia tau.energy dia mmg power lah dgn anak2 kecik sempat lg dia masak hidangan maveles utk family dia.



edisi sblm bakar...
lps bakar.. atas tu keras skit sbb aku terlama skit masa bakar. tp tetap maveles rasanya.
ANA akak share resepi kt sini yer. tp kan aku dh edit2 skit resepi ana ni mengikut kesesuaian anak tekak. sori yer ana...
.

bahan2:
roti yg dh dicarik2/koyak2
susu cair 1 tin
jagung tin 1/2 tin
gula 1/2 cawan
butter
telor 2 bijik
kismis utk tabur sbg hiasan
vanilla 1 sudu

cara2:
sapu butter kt loyang
roti yg dh dikoyak susun dlm loyang
pukul, telor,susu cair,jagung gula
tuang atas roti dlm loyang td.
biarkan sekejap smpai bahan yg dipukul td meresap dlm roti.
letak skit butter atas adunan tu dan tabur la kismis.
then bakar smpai kuning2 skit atas tu.
pastu bleh la ngappp... tp masuk dlm peti ais lg sedap tauuu....

Nasi Arab Restoran Saba Cyberjaya

cerita yg dah basi. sabtu lps kami anak beranak kengkonon nak ke alamanda jln2 cari makan. cik suami tetiba nak makan nasi arab lah pulak. so dia pun roger2 kengkawan ada restoran saba kt cyberjaya. sblm smpai alamanda jenuh la mencari restoran saba tu kt cyberjaya.

alaaa... tapi kan x sempat nak snap pic nasi arab tu alkisahnya mencari restoran tu sampai kul 3 ptg. perut plak dh berkeroncong, berdendang rock n roll. si kecik tu pun lapar jugak, meja ditepuk2nya. sampai je hidangan terus ngapppp tanpa membuang masa walau sedetik. ceewahhh.. tp betul wehh.. sambil suap si kecik tu dia pun nampaknya suka bebenor nasi arab ayam hanith.

lps mkn, si anak terus kekenyangan sampai terttido terus cancel gi alamanda, bali umah jekk..


pic nie cilok dari INA kebetulan dia pun gi restoran saba jugak pada hari yg sama tp kt branch setiawangsa. tp nie haniths lamb. kali lak mkn chicken hanith & mandy chicken. mmg sedappp wehhh.. nnt kita terjah lg ok. pinjam gambar yea ina

si kecik yg dh kelaparan dok tepuk menu tu jek.


sengih smpai ke telinga lah si anak nie.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015