setelah menyepi beberapa hari, baru ari ni aku melabuhkan punggung mengadap blog. merata2 orang dok hapdet tentang percutian sepanjang 4 ari cuti raya cine. lama tuh wehh...amik cuti 3 ari dapat terus sampai seminggu. lepas ni takde dah cuti panjang cenggini kecuali amik cuti sendiri laaa hikhikhik...
kenduri kendara pun banyak gak time cuti2 camni kann.. ada gak yang amik peluang balik kampung. aku lak ke mana??? hahahaha... dalam sejarah rasanya cuti panjang camni aku takde gi mana2 maksud aku pergi somewhere smpai bermalam. kkikiki tapi ada jugak laa kuar. heaven sungguh bila cuti panjang jalan kat KL lengang sampai bole baring kat tengah jalan. tu perumpamaan je laa takde la sampai baring betul2. aku datang keje pagi pun syiokkk jer. tak jem langsung!! 4 sebab sebab kenapa aku tak gi bercuti kali ni sebab tak nak jem berjam2 kat jln raya. hotel, chalet sure confirm penuh dengan harga berganda2, baru je gi Penang last week. kampung pun dah balik masa Thaipusam+Maulidurrasul ari tu.
meh nak citer apa aktiviti aku sepanjang 4 ari cuti. hari sabtu kitorang buat bbq kecik2, ajak pun kuarga acik pengasuh rayyan & yaya je. plan nak ajak beberapa family tp semuanya bercuti. sronok rayyan sbb boleh main2 kat luar, kipas2 bara... bakat hotdog, sotong, kerang ayam, kambing, jagung....aku buat nasi goreng cine. mmg lupa langsung nak snap gambar laaa...
ahad plak, cik somi ajak gi jln2 tp tak tau nak gi mana ikut stereng katanya. tapi siap bawa baju anak 2 pasang sorang. jln ikut jalan lama tengk pemandangan kampung sampai la ke Seremban. singgah rumah adik cik somi mandikan budak2 suap mkn pastu balik KL semula.
huhhh kaki kemain lagi si rayyan.
yaya pun cool je, takde merengek pun. tu sebab cik somi asyik nak kuar jenjalan jek.
bergambar je laaa.. nak masuk tak dapek.
singgah lepak sini, minum bubble shake..
rayyan dah excited giler sampai pizza hut, last kena pindah meja. hangin wehh!!!
Senin, bila somi tanya nak gi mana, aku pn tak tau, beno nya malas. rasa nak bermalas malasan kat rumah je. bila dia ajak kuar ikot jugak, gi aquaria KLCC katanya. tapiiii... maaakkkkk aaaiiiihhhh!!! punya la ramai nak Q beli tiket, terus CANCEL!! tak sanggup nak bersesak2 kat dalam tu nak tengok ikan dengan bebudak kecik nih. kang bukan nampak ikan... nak pak kepala orang jer.. sedahnya lepak minum2 sblm kuar dari KLCC. kat taman KLCC pulak penuh dengan makhluk asing warga bangla, indon ntah apa bangsa lagi aku pun tak tau. macam bukan berada di Malaysia pun ada... oohh negaraku. huhuhu
singgah nak lunch pizza hut di klcc tp hampeh+keciwa. kami disuruh beralih sampai 3 meja, cik somi dah hangin terus ajak kuar jek. ada ke patut kitorang dah siap duduk, rayyan pun dah dok dlm baby seat, diorang suh pindah ke meja lain...pastu pindah lagi meja lain. mau tak hangin... grrrrrr
Selasa, kami lepak2 kat rumah je. kemas2 rumah pastu anak2 sepah2kan balik menan diorg. tghari masak kari ikan tenggiri. eehh tangan ada bau kari lagi laaa. tak tipu ni. ptg lak bawa diorg gi taman. maka berakhirlah cuti2 kami selama 4 hari. sekian.
7 comments:
ingatkan lu balik kelate..kalau tahu ajak melepak genting sesama berjamaah..
tak balik laa tes. tak nak jem. sepupu aku balik kena 13 jam.huhu
syok nye berjalan......... ida keseorangan.. huhu
weeeknd sy demam :(
An impressive share! I've just forwarded this onto a co-worker who was conducting a little homework on this. And he actually ordered me lunch simply because I discovered it for him... lol. So allow me to reword this.... Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending the time to talk about this matter here on your web site.
Also visit my blog post payday loan lenders direct
klu blik pun, jem kak..
kak amyyyy,
derma kita dah tutup. terima kasih kak banyak tolong.
kak, join tak 24hb ni? akak belum bayar duit penyertaan lagiii kannnn T___T kakk, tolonggg. duit tu nadia nak pass pade catering esok dahhh.
Post a Comment