Friday, August 30, 2013

Kidzoona @ Aeon AU Keramat (J.J)

kidzoona Aeon ni tempat faveret aku bawa anak2 aku. kenapa faveret??? sebabnya bawah satu bumbung ni mcm2 aktiviti boleh buat. bayaran pun tak mahal RM10/pax. maknanya 2 orang aku cuma bayar RM20. duduk la main dalam tu sampai lebam. yg bestnya boleh kuar masuk. lepas main penat2 ko boleh kuar gi food court ke atau restoran2 kat dalam tu. pastu boleh bawa anak2 masuk balik main.  restoren pun byk sgt, kfc ada chicken rice ada kenny rogers,eeiii macam2 laa aku nak list kat sini tak ingat...dan aku pulak boleh membeli belah kat JJ tu., cik suami boleh monitor budak2 tu. yeayyyy... boleh shopping tanpa gangguan...

bagi aku mmg selesa aarr JJ AU keramat tu sbb ada bilik nursery baby. boleh tukar pampers diorang dengan selesa ok. surau dia pun sangat2 luas dan selesa. sebab tu aku kata ni tempat feveret aku bawa anak2 main.
tak yah ko risau hujan ke hape sebab dah tentu tempat ni berbumbung. cuma kena la monitor jugak kan..


 seronok yaya main masak2 kat dapur ni.. yg tertampal kat blkg yaya tu tag masuk kidzoona.

 tak tau apa benda dia tgh nak hidang  kat rayyan tu..

 laaa tetiba tumpah pulakkk..

 tengok rayyan tengah siang ikan..nak jadi chef kot budak ni.

 yaya baca buku sampai naik atas meja. 

 buku yg banyak tu pun diorang bole nak berebut...

 main mende ni pun naik atas meja jugak...

 3 jam main aku buatkan yaya susu. 

 lepas penat main melantak nasik ayam kat chicken rice.. huru hara kat restoren ni. 

kebetulan ada mini konsert masa aku gi ritu. hos linda onn & halim othman. sempat la tgk Najwa latip nyanyi..

Thursday, August 29, 2013

geng gojes beraya ~ kali ni Ary Fareed jadi tuan rumah

dah nak dekat seminggu baraan ke rumah Aty baru la aku terhegeh2 nak update citer. sebenonya n3 ni ada dlm draft tunggu gojes2 lain update dulu sbb nak pinjam gambar yang ramai2 tu. selain tu semua gambar dari hp i je... yg ramai2 mmg kenangan mengusik jiwa okeh... 

lepas balik dari rumah kat azie kat shah alam  ritu, dlm kul 2 terus gerak ke rawang rumah aty siap singgah solat zohor di RnR kt hiway. hubby tanya; eehh kita sampai awal takpe ke?? boleh je takkan aty nak halau pulak.

skali hambek ko sampai umah aty kul 4.15pm. 2 jam lebih dlm keta tempuh jem. yaya pulak dah merajuk dalam keta. adoi... kalu dia dah merajuk mmg xleh buat apa aaarrr... ko pujuk lah dia cemana pun dia mmg x layan. dia duduk kat lantai keta, tepis2 tangan aku bila aku nak riba dia. aku siap nyanyi, buat mcm2 nak pujuk tp nan hado... anak ooiii...

last skali nangis sampai tido atas riba aku.bila dah reda naik sendiri dok atas riba.
pastu pusing2 dalam taman cari rumah aty. bila nampak group gojes terus benti betul2 depan umah aty. parking keta macam nak masuk depan rumah sendiri. haaa koo..

masuk je maakkk aaiiihhh.. kemahen ramai gojes2 semua. ada tu tak sempat aku nak salam2 berkenalaa. masing2 busy dengan suap dan layan karenah anak2. sangat2 hapenning. aku tengok aty tak menang tangan ke hulu ke hilir cek makanan, tambah apa2 yang kurang. nasib baik la Qhaliff tido.


tengok...betapa saratnya rumah aty masa ni. ada yang suap anak, ada yg bergossip ada yg bergambo...


lepas merajuk budak yaya ni bantai tido sampai terlopong. nasib baik la rayyan tido jugak...

kemahen berselera tengok Mimy makan... dia datang berdua dgn anak je. kalau aku dgn yaya asik nak panjat dok atas riba la time aku drive. haisshhh...

budak yaya yg nangis dlm keta otw gi umah aty. mata dah bengkak.

 ni anak sapa ekk?? pakai peplum ko..

haaa... ni la gambar yang ramai2 aku cilok dari fb Umi Qi. tq Julia... tp gambar freestyle aku takde, dah balik masa tu. singgah masjid mandikan budak2 dulu.

tima kasih aty jemput weols. nasi ayam sedap rayyan bertambah makan. riuh rendah rumah aty buat mcm rumah sendiri. cian aty mesti penat sakit pinggang nak mengemas. yang penting semua happy.

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday~ gelagat yaya

budak kecik ni laa kan slalu buat aku kecut perut tau. pantang baby gate terbuka laju2 dia panjat tangga pastu dok kat tengah2 tu kaurkan kepala. kalu la jatuh...takmo pikir..takmo pikir...
entah apa yg dia tenung ntah....

abang dia la si rayyan tu tukang buka gate tu. aku kat bawah laju2 amik gambar dia.


Tuesday, August 27, 2013

Dekorasi: bilik/playroom rayyan

bosan kan asyik dengan entry open house je aku ni...
ok uols ni aku share playroom/bilik rayyan (kononnya, rayyan tak tido bilik ni pon) yang aku janji dengan korang dulu tu. macam la ada org pedulik janji aku dgn korang hukhukhuk...

bilik rayyan ni pun jadi bilik tetamu jugak kadang2... aku rasa tetamu tu pun tak kisah tido dalam bilik rayyan ni..





benornya stiker2 tu aku beli dah lamaaaa sgt2. kalu tak silap masa aku pregnen yaya lagi. ke sblm tu eekkk tengok... betapa lama aku peram stiker deko2 tuh. pfffttt....
aku pasang stiker tu dalam 3 bulan lepas kot masa aku MC demam kalu tak silap.
kalu nak ikut mmg takde masa pun aku nak buat2 semua tu. kecuali kena amik cuti aarrr...
weekend pulak mmg bz dgn oder macaroni cheese/lasagna/pie.
tu pun aku dah amik masa yang sepatutnya weekend masa bersama family.

kalu nak ikotkan ada lagi beberapa deko yang aku tak sempat buat. peram je dulu bahan deko dalam almari. projek lain pulak aku nak cat bilik rayyan tu kasi kaler biru. tau tak feature wall bilik dia kaler PINK!!

kenkonon dulu bajet dapat anak 1st baby girl, sbb tu aku cat feature wall kaler PINK.
curtain corak awan tu aku beli kat jakel, Jln Masjid India. cadar & comforter tu pulak aku beli kat Guangzhou, China dulu. mmg cun aar cadar quilt tu. (tetiba rasa nak pegi Guangzhou lagi)

 kabinet buku yg boleh beli kat mana2 pun. aku baringkan dia letak toys, cd & buku2 rayyan...
menan2 kayu tu aku beli dari ATY.


 chart ABC. rayyan & yaya suka tgk sbb gambar dia kalerful. 

 wall stiker. hooiii.. susah giler nam tempek benda ni. silap2 boleh koyak.



 signage RAYYAN'S ROOM

 dressing table ni aku dah tanggalkan. tak sesuai dok blm bilik rayyan. lagi pun lg nampak sempit.


next projek:
  1. nak dapatkan satu tibi kecik utk bilik ni
  2. cat bilik ni kaler BIRU
  3. buang menan otromen rayyan yang dah OKU.(banyak sgt dalm box)

Monday, August 26, 2013

Open House sana sini... Order Lasagna dari Kak Azie

hoii korang selagi tak abis syawal selagi tu la open house mkn2 tak abis. aku yang turun 2 kg masa pose ritu mungkin dah berdouble tribal naik berat ni. pape pun aku suka je segala aktiviti makan2 ni. jauh pun redah jugak hangkut skali anak2, suka bila diorang makan pun bertambah bila kena dgn selera.

ahad lepas aku ke rumah sepupu di sek. 7 shah alam. 2nd time pegi dah ingat2 lupa rumah dia.
bapak banyak makanan. tak penah lagi aku gi open house raya ada stall utk fish & chips. meriah giler. sronok. tq kat tuan rumah Kak Azie sebab order 3 bekas lasagna dari aku. nak oder lagi calling2 ok.

suka giler rayyan dan zara bila ada eskerim. rayyan sampai 2 cone. beranai lak tu dia gi minta sendri dgn pakcik eskrim tu. sampai comot2 sampai ke siku ke dagu.... 2 kali 5 jugak dgn yaya... makan eskrim tak hingat benda lain...

bila ramai yang tegur dan terkejut bila kata yaya baru 1thn 4 bulan baru aku realize yang yaya mmg besar compare dgn budak2 lain yg tua 4-6 bulan dari yaya. alahai nak buat cemana yaya mmg berselera makan. dlm masa sama dia boleh makan nasi, soto nasi impit, dan bihun. haa ko!!! sbb tu bila beli dress utk yaya aku amik saiz utk 3 tahun!!
lepas ni kena diet skit suami kata...

 bergambar dgn tuan rumah. eehh sedondon pulak kami warna biru

 abc & cendol. rugi sapa tak rasa...

 mcm2 ada... makan la sampai tak larat nak angkat vontot..

 yaya dengan eskrim. aku letak dlm stroller sbb masa mula2 sampai dia tido.

 ada kambing golek, nasi beriani, fish& chips kat siku suami aku. otak2 pun ada jugak.  mmg melantak abis laaa. charkotiaw tak sempai nak try la kak azie.

ni lasagna kak azie order dari aku.kak azie kata sedap dan laris.

 tengok la rayyan mkn eskrim comot abis. dia makan eskrim je cone dia tak makan...

yaya pun comot jugak, siap letak tisu jadi bib.

Friday, August 23, 2013

gelagat anak-anak bila kat kampung

 ni kisah masa balik kampung di kota bharu raya ritu. anak2 aku kan orang KL kononnya pffttt... iyer laaa, dok KL balik kg pun 3-4 kali je setahun. yg 2 kali tu mmg wajib raya pose dan raye haji. kalu dah dok KL binatang apa sgt lah yg boleh tengok kecuali gi zoo atau kedai pet.

masa balik kb kat rumah ma aku, mmg ada kambing sekor abah aku bela. lepas solat raya tu abah heret kambing makan rumput, bila dia nampak kambing tu boleh pulak dia kata dog huhh..huhhh..huhh... tergelak laa aku. hoi si anak tu kambing laaa bukan dog. kalu tengok lembu taktau apa reaksi budak2 ni.

si rayyan dengan yaya mmg pencinta hewan. lebih2 lagi kucing. bila balik kampung adehh laaa... sesak napas aku tgk diorang ni. dok mengadap kucing sampai bertemu hidung. pastu bole pulak kucing2 tu folo je anak2 aku. eeeiii geram okeh. sebab anak2 ada asma. bila dah camtu skali dgn kucing2 balik KL sure akan selsema dan asma. pastu pulak semua benda yang dia makan nak bagi kat kucing...

 terhegeh2 abah heret kambing.



gelagat yaya bila jumpa kucing.

Thursday, August 22, 2013

1 Syawal kami...

tunggang langgang n3 aku, ni entry ttg 1 syawal ritu. berpinky kami 4 beranak pakai baju dari koleksi BAK.
baju aku simple je takde berlayer2 , bling2 bagai. mudah utk aku handle anak yg kadang2 cengeng nak berdukung.

pagi raye tu kat umah ma aku, petang kat umah MIL pulak. iyer dekat kan. pagi petang ulang alik gitu je. aku malas nak beraya jauh2, jemm ko. tempat yg nak pegi 1/2 jam tetiba musim raye jadi 2 jam ko sanggup?? idak laa aku dgn anak kecik wehh sangkut dalam jem berjam2. aku raya kat umah sedara mara yg dekat2 je. 

INSYAALLAH tunggu budak2 tu besar skit laa. lagi pun anak2 aku tido bertaim. kalo pagi kul 11 pagi tu time derang tido. petang kul 3 pulak. sedangkan taim tu la nak berjalan raye kan. tak kose kalu tetiba buat cranky kat umah orang. letih makkk..

tak banyak mana pun gambar raye aku, jadi la buat kenangan kan..,nak buaat cemana rayyan meroyan tgk aku pegang kamera. dan2 tu jugak dia akan rebut dari aku dan snap sana sini jd camera man.  kalu dah guna camera gedang tak sanggup aku nak berebut dgn dia.

nak amik gambar budak 2 org ni kemain susah... asik nak bergajet jer..


me & hubby

tgk laa... tak fokus pada kamera pun haiiisshh..

rambut yaya mmg mcm ni. bila aku ikat  atau pakai hair band tahan 5 minit je pastu dia tarik...

dengan ma & abah aku.

dengan adik2 aku..

gelagat 2 beradik. tablet tu tak leh berenggang.

ampun maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki yer sayang...


Tuesday, August 20, 2013

Mommies Gojes Gathering~ open house mengejut

Al kisah open house mengejut khusus untuk momies gojes pada ahad lepas. sebenarnya mmg takde perancangan khusus pun untuk buat open house, sesapa nak datang beraya di alu2kan je... dah nama bulan syawal kan. memang bulan menziarahi lah. 

ahad tu mmg aku plan nak buat buat nasi kerabu untuk laki binik 2 ketul perut nak makan. tp memandangkan nak menyediakan bahan2 dan segala aksesori nasi kerabu tu. iyer la takkan nak goreng kelapa 2 sudu jer... rebus ikan 2 eko je.. biasanya kalu aku buat pun mau 3-4 hari makn sampai bawa ke opis. 

dah alang2 nak buat aku up status kat group momies gojes sapa yg berdekatan rumah area sri gombak boleh la datang rumah... sekali ramai yang bagi respon nak makan walaupun dok jauh2. ngeeee... aku mengalu2kan jer...

sepantas kilat terus roger2 cik suami kata kawan nak datang mkn nasi kerabu. laju2 jugak congak kira nak bajet masak beli ikan, kelapa, ulam bagai...

aku plan nak masak 2 lagi dish puding triffle dan sheperd pie tp mmg tak cukup masa dengan karenah rayyan yang tersangat cengeng. cian tengok mommies dok suap anak nasi kerabu. sheperd pie yang aku cadang nak buat tu  mmg khusus untuk babies dan kanak2. takpe Insyaallah gathering kat rumah ATY nnt aku buat.

majlis tersebut mmg happening giler.. riuh rendah mak2 berborak sakan...anak pulak dok main moto rayyan dan tolo car yaya...meriah sangat!!! aku pulak lupa nak kuarkan menan rayyan.

 menu hari berkenaan: nasi kerabu kuning dgn segala aksesori, macaroni cheese dan kek coklat super sedap(tiada dlm gambar) aku oder dari NADIA SYAFIQ. orang lain punya open menu gempak2 rendang nasi impit sate bagai... aku buat nasi kerabu jer...






 bila reramai camni, tetiba rasa umah aku sempit dan kecik.

 sebelum diorang berangkat balik kena bergambar dulu. kemain nak susun mak2 semua...

 abaikan banner aqiqah & bday tu. nak buang asyik tak  menyempat jer...

 mak2 yang sgt sporting semua. suami tukang amik gambar mak2 gojes...


 bersurai semua...

yang kanan aku tu Ros ke nama ekk.. lupa laa. kiri aku Aty. perut aku mmg xleh cover. ada satu ari aku pakai baju ni gi opis, bila naik tren ada org nak bg seat kat aku sbb ingt aku pregnen. sentap okeh!!

 
 tetamu aku yg terakhir merangkap jiran setaman  INAACHIK

terima kasih semua sbb sudi datang, terlebih terkurang mintak halal.ikatan ukhwah di alam maya berlanjutan di alam real. dalam ramai2 tu kan yang betul2 aku kenal Aty dan Mimy je. yang lain mmg tak kenal dan masih lagi mengodek2 fb korang nak cam balik muka dan nama.... sorry la korang ye...
terima kasih jugak kat encik suami yang sudi membantu sepanjang majlis tersebut sampai la abis mengemas...


Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015