Friday, February 14, 2014

Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)

masa aku kena duty kat KPDN di Putrajaya 3 hari lepas, aku ada singgah kat kedai 1 Malaysia kat bawah bangunan tu beli berger ayam 1 Malaysia ni.. Tujuan sebenar nak tukar duit je. bila ingat si rayyan tu suka berger tu yang aku beli. konon nak support barangan Malaysia kekdahnyaa...

malam tu jugak aku goreng 2 keping. laki aku sekeping, utk si rayyan sekeping.
rasa???? wooiiii frust yg hamat ko. rasa masin ya rabbi macam tumpah garam selori kot..
2 keping aku goreng, sekeping pun tak leh habis. Rayyan yg umo 3 tahun tu pun tau rasa sedap ke tak.
dia kata tak sedap, umi tak pandai masak... lorrr aku pulak..

bila up kat fb group gojes kesayangan, ramai rupanya yang banned produk 1 Malaysia nih.
bagi aku harga pun takde la murah, lebih kurang je dengan barang berjenama lain. Ramly Burger yg dah tentu berjenama pun RM5.50. yang kedai 1 Malaysia ni RM4.90 okeh!! beza berapa sen je pun. kalu harga RM2.50 aku takde la demand sgt kalu rasa dia xsedap.

ada pulak yang kata mmg barang dia takde quality langsung.
aku tak tau apa motip tapi serius ni mcm memalukan negara je. konon produk bagus tapi hampeh.
baik la beli kat Giant, Tesco, Econsave.

Mcm Giant, Tesco pun ada jual jugak produk diorg sendiri yg aku rasa harga lagi murah...



3 comments:

mrs kayrul said...

Rasanya kilang lori tumpah kot kat tepi kilang burger tue yg masin...hahhaa

Umi Qi said...

Sis amy,
Sgt2 menghampakan...jikalau org x mampu nak beli barang mahal2...pasti akan ke KRIM...tp brg tidak berkualiti langsung...mcm nk report je kt pihak berwajib...mulakan siasatan...bukan hanya mengedar barangan saje tp x lepas star rating kepuasan pelanggan...jaga2 la...

Nurul Aziz said...

pernah pergi kedai 1malaysia ni sekali je, sbb time tu tengok dari luar kedai ada jual susu baby, so tengok la.. bajet murah la sbb kedai 1malaysia kan.. tapi tak pun harga lebih kurang kedai luar je.. barang2 lain belum pernah beli lagi.. tapi kalau macam ni caranya? macam takpela bayar mahal sikit.. dari semuanya terbuang dalam tong sampah.. kan..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015