Tuesday, December 30, 2014

#pray4pantaitimur


tak mampu nak menaip...
tak mampu berkata-kata...
hati sebak jiwa meronta nak balik kampung

semoga tabah menghadapi musibah yang melanda..
teruskan berdoa DIA mendengar rintihan kita...



Wednesday, December 24, 2014

bila umur dah meningkat.... ni je yg selesa...

semenjak 2 menjak ni aku mmg bermasalah nak beli kasut, sandle dan selipar...
kekadang beli yang mahal, bila bila pakai sakit tumit, 
cepat lenguh, dan rasa bisa2 kat kaki..
sudahnya ni je yang sesuai untuk aku..
jenama BATA Comfit... selesa, ringan dan murah...

akui aje laaa faktor umor pun iyer jugak puan amerda ooii...
ok ...aku admit. mmg faktor umor..
 
aku memang mementingkan keselesaan bila kuar dgn anak2 
sebab kadang2 aku kena berlari2
mengejar anak dalam mall.
ada masa aku kena berdokong anak..
kalu kat padang boleh pakai kasut sport.

kalu nak pakai yg bertumit tinggi tu tak laaarrr... 
zaman aku berhigh heel dah berlalu.
kalu dulu semua kasut 2inch ke atas... 
kemahen terkedek2 jalan ala2 cat walk.




#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

Tuesday, December 23, 2014

Yaya dan sembelit

yaya mmg ada masalah sembelit yang agak kritikal jugak aku rasa.
dalam sebulan tu ada laa 3-4 kali sembelit kritikal dia. 
kritikal tu sampai kuar darah setitik mcm tu.
sebagai parent aku dahbagi mcm2 kat dia.

setiap minggu stok vitagen mmg sentiasa ada..
pisang tak penah ketinggalan.
oren mmg dia tak makan, masam katanya..
takpe.. layan je apa yang dia suka apa2 yang boleh melawaskan berak dia.
kalu masak pulak aku selalu buat sup sayur sawi kat dia..
yaya makan sawi, karet.
penah jugak aku try beli susu khas utk sembelit tp dia lak tak nak minum.
start umo 2 tahun dia minum susu Dutch Lady 123 honey.
 
 yaya ni kalu nak berak seharian tu mmg dah tak senang duduk
berpusing2... menonggeng sana, menonggeng sini...
sian aku nengoknya.
biasanya mmg akan disudahi dengan cucuk ubat sembelit kt bontot dia.

aku mmg tak sanggup nak cucuk.
biasanya suami ataupun bagi ubat tu kat BS dia.
masa suami aku cucuk tu mmg sakan laa melalak.
dia tengok ubat tu pun dah melalak.. sbb tu aku tak sanggup.

gambar hasil google

bila dah lepas cucuk tu mmg tak sampai 5 minit keluar abis bahaan kumbahan dia.
memula tu mmg keras mcm batu. dah kuar kepala taik tu baru kuar abis yang lain2.
mmg nampak dia lega sangat lepas tu...

ubat ni mmg ada kena stand by je kat umah aku.
beli kat farmasi harga 60sen je.
kalu boleh mmg aku tak nak guna ubat2 ni selalu tapi takkan 
nak tunggu je dia berak yang tak kuar2 tu.
sampai gelisah seharian sebab tak boleh berak...
kang tak pepasal jadi penyakit lain pulak sebab toksin tu dok berkumpul dalam badan.

korang kalu ada apa2 tips share dengan aku yer....

Wednesday, December 17, 2014

Wordless Wednesday: skali lagi layan anak bujang...

kalu ikutkan aku dah malas nak layan kul 6.30 ptg suh aku wat kek.
 2-3 hari sblm tu mmg dia dah ada sebut, tp aku bagi alasan xde telo.
skali dia nampak telo sepapan kat dapo terus berzikir suh wat kek...
adoi... nak tak nak bancuh jugak laa. 

 mujur gak resepi aku main sukat pakai cawan jer.
aku suka resepi ni sbb main campak je,
 takde peraturan sangat.
bila turn dia nak buh dalam cup tu kemain suka siap gaduh2 dgn yaya.
 semua pakat nak buh dalam paper cup tu. 

abis menitik2 atas meja.
rayyan mmg suka sgt2 kek. 
skali hadap habis 5 cup kecik tu.
yaya lak makan main2 je, sepah xyah cakap laaa..
jenuh aku vakum lps tu. hmmm...


 kemain fokus lagi nak masukkan adunan tu dalam paper cup



 "yaya tgk abang buat ok"

































adunan dah siap masuk cup.
ada yg penuh, ada yg meleleh. ada yang almond sampai sesudu....

 bila dah siap. 5 biji abis skali makan.... mmg hantu kek betul..

 aku dah penah share resepi kat  SINI.

Tuesday, December 16, 2014

SUSUNATUR: cara simpan set cadar, comforter dan selimut

lama xde entry susunatur kan...
 kalu ikutkan mmg tak layak pun dengan tajuk susun atur. kemahen kann...
 tp gambar aku susun atur tak semenggah mana. hahahah...
 lantak lah jan ji aku senang nak mencari dan tak buang masa 
lelama dok telek gobok mana laa kau letak sarung bantal ni, mana geng cadar yang ni...

korang kalu kemas lagi elok dari aku. tp ni cara aku laaa...
cadar sarung bantal, bantal peluk lipat elok2 pastu masukkan dalam salah satu sarung bantal tu
senangg tak tak tercari2 pasangan dia lagi.
 takde laa cadar kaler lain sarung bantal kaler lain.
 cadar bunga2 sarung bantal belang2...

susunan aku dalam almari tu boleh diperbaiki lagi.
 susun elok2 bagi sama rata.
tapi tu laa ada cadar yg beropol, ada yang fitted.
 tu yang buat ukuran dia tak sama.
takpe janji aku senang nak mencarinya...
 atas skali aku letak cadar single .. 

tepi dia tu sarung bantal yg loose dan sarung kusyen kecik.
tengah tu cadar queen. tu lah aku kata cadar buga purple tu dah serong mcm tu.
 dia banyak pieces, siap dengan selimut skali tu yg nampak gambak mcm tu.
 tak senonoh pulak kan... 
balik nanti rasa nak kemaskan balik...

tingkat bawah cadar queen tadi tu set cadar bersama comforter.
 ni yg buat aku buntu, sbb benda ni amik space besar.
 satu space muat 3 je.
 tp kat tingkat atas tu ada lagi bersusun set comforter. 
ada yg belum penah aku guna, hadiah masa kawin dulu... comforter jenis satin.

bawah skali skali tu selimut dan alas quilt yg aku buat alas sofa kat umah...
eehh... korang plak kemas  cemana ekk?? jom share...

p/s: korang tukar cadar brapa kerap dalam sebulan?
 aku dulu tukar cadar seminggu sekali.
tp sekali dah 2 minggu skali pulak. seminggu tu cepat nau masa.
 nak basuh pakaian harian pun ngam2 je dgn cuti weekend...

 
 
 
#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad .
  nak oder wassap/sms: 017-3213039 .  
collect area Sri Gombak.
lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

Monday, December 15, 2014

kisah quichi dan resepi... eehh korang mcm aku jugak ke ekk??

weekend semalam aku buat quiche... bukan kuaci okeh..
kisahnya lepas faris kuar wad ritu setiap ari kitorang bfast
 sesama lepas dia antar aku kat opis. 
sempat jugak la 3 hari bfast sesama selama dia mc tu kan
hari 1st tu bfast omputih di Irish cafe O' Briens NU Sentral. 
dah lama jugak aku usha cafe ni tapi x berani nak masuk takot harga mahal.

aku order quiche mushroom+salad. 
fuhh mmg sedap giler aahh quiche dia.
teringat2 sampai balik umah. 

esoknya kat opis doh laa menggoggle resepi quiche nih.
tp kebanyakannya blog omputih.
goggle2 jumpa gak laa group masakan. 
search quiche baru dapat. pastu compare yg omputih punya...

eeh korang ada tebiat mcm aku gak ke,
 kalu makan sesuatu tu sedap mesti google resepi..
tp ni laa habit aku, asal khamis, jumaat je
 mesti dok google nak masak apa utk weekend nnt...

berbalik citer quichi tadi, rupanya xde laa susah mana pon...
bahan tu terpulang kat kita jer...
cuma base dia ada yg guna roti, ada yang guna pastry.
ada jugak yg letak bayam... 
aku buat ikut apa yang ada kat umah...

ni yg faris oder apa ke nama ntah...

ni la quiche mushroom yg aku order tu... sedap giloss...


laki yg baru kuar hospital kemain berselera makan


 ni sundried hot cabriata... sedap jugak rege rm17++

quiche dgn salad td rege rm10.80. mahal kot ehh..


1 adunan dapat 6 ketol quiche versi aku, wpun tak mcm yg aku 
mkn kt o'brien cafe tu tp ok laaa...

dah siap masak

letak dalam paper cup bg nmpak cantik sket..

sedia utk hidang utk tetamu. hahaha utk mkn sedrik jer ponn...
aku rasa mak mertua pon kagum kot, mesti tak caye korang leh buat persis makanan hotel


ni resepi aku olah balik dari blog omputih[lupa dah sbb byk sgt refer]
lepas 1st buat aku rasa mcm kena kurangkan telur dan tambah skit lagi fresh milk.
lagi satu aku rasa kalu letak ayam mesti lagi sedap. aku buh chiken slice je....

Bahan:
3 biji telor*
puff pastry kawan [potong 4]
2 biji cendawan butang - hiris*
sebatang hotdog -  hiris*
2 keping chicken slice -guting* [kalo letak isi ayam yg di koyak2 mcm soto tu lagi sedap]
1 biji tomato - dadu*
1/2 batang batang celery -  cincang.*
1 cawan fresh milk.*
garam, mixed herbs, black pepper - adjust ikut rasa*
keju utk tabur.

Cara:
canai skit puff pastry 'kawan' , potong 4 kemudian letak dlm muffin tray.
campur semua bahan bertanda * dalam bekas yg sesuai
sendukkan bancuhan tadi dalam tray muffin yg dah letak puff pastry td.
taburkan keju di atas.
letak 3/4 je sebab quichi ni akan mengembang masa bakar, nanti melimpah ruah.
bakar dalam oven 160'c selama 20-25 minit ikut oven masing2.
makan panas2 dengan sos cili. sedappp...
sesuai utk bfast dan minum petang.

#satu adunan dapat 6 biji quichi mcm kat atas. next week nak buat lagi letak ayam pulak.

Friday, December 12, 2014

cirit birit: jangan pandang enteng [PART 2]

sambung citer dari entry SINI.

lepas warded tu siap kena buat ct scan sbb jatuh terhantuk kat toilet.
aku takde plak masa doktor buat ct scan tu sbb kuar gi solat dan beli makanan. 
masa tu dah kul 3.30ptg.
kalu tak boleh amik gambar. berjoget2 dah cacing dalam perut aku kelaparan.
 kang silap2 aku lak yang kena warded sbb sakit perut x makan. ok tak lawak...

hari ke2 warded cirit masih lagi non stop walaupun
 doktor dah masuk segala ubat, sample najis dah ambil. 
sample darah pun dah ambil. 
report lab masih tidak dapat mengenalpasti virus yang menyerang.

12 botol air dah masuk, tp badan faris masih lemah2. 



ALLAH.... tak mampu aku nak mengungkap dengan kata2

hari ke3 baru mula nampak nam makan. 
makan bubur dan yang lembut2 je.

aku???  2-3 hari tu berulang hospital-rumah. 
aku tak tido hospital sbb anak2 nnt xde orang jaga. 
aku cuma temankan asben siang hari je lps hantar anak2 ke BS.

petang aku amik diorang mcm biasa dan balik umah.
sebelum tu aku dah siap2 beli makanan utk malam dan
beli jugak KINDER JOY supaya diorang behave masa aku tengah drive.
mmg fav budak2 tu la kinder joy.. ada menan dan coklat dalam tu.

 malam kedua aku beli nasi lemak je. so 3 beranak makan ni je. 2 beradik tu nasi lemak tanpa sambal. kosong je. tapi yaya mkn banyak betul tengok tu bersepah abis..

3 hari 2 malam faris di wad. rumah mmg huru hara. start dari sabtu lagi masa asben aku mula tak sihat.
selasa kul 9.30malam baru boleh discaj lepas doktor tengok semua dah ok.
tapi badan asben masih lagi lemah dan pening mamai.

 menu terakhir sebelum discaj. nasi goreng, sup kosong. agar2. nasi grg dia sedapp

aku start keje hari rabu lepas 2 hari EL.  
lepas subuh masak awal2 untuk faris. 
xnak dia makan kat luar masa aku keje.
perut baru mula nak ok. 
kalu ikut dia nak gi makan kedai mamak je. gerammm tau..
aku masak sup sayur, nasi, ikan tenggiri buh siap2 garam kunyit nnt dia goreng tghari.

hari kedua, [hari ni] aku dah siap2 masak sup ayam dengan nasi.
tghari nnt dia goreng telur dadar je.
tu je menu. aku dah bgtau dia awal-awal, 
3 minggu pertama ni biar aku siapkan bekal dia ke opis.
tak nak kejadian tu berulang lagi. perut masih sensitif. 
bila masak sendiri kita tau apa kita letak, 
ayam pun mmg kita cuci betul bukan cincai2 macam kat kedai.

korang.... amik iktibar dari kisah aku.
sebenarnya faris pun tak tau apa yg dia makan
 sampai cirit mcm tu sebab apa yg dia makan kami
 anak beranak pun makan. mungkin kat opis, tp kawan2 dia xde pulak yg cirit.

jika cirit masih berlarutan walaupun dah amik ubat bagai, 
cepat2 gi hospital. dehaidrate yg berterusan
 boleh membawa maut. aku rasa kalu pagi tu aku
 tak terus bawa ke hospital tak tau lah apa yg jadi.....

TERIMA KASIH tak terhingga kepada semua yg bagi kata2 semangat kat aku.
kat FB, kat watsapp, sms... tak putus2 doa dari korang.
siap ada yg bagi ayat suh aku baca ..
terharu sangat. sahabat2 maya aku sangat supportive.
tak sempat aku nak reply satu2... 
 kata2 korang menguatkan aku yg melalui semua tu...

notakaki:cuma yg buat aku terkilan takde sorang pon opismate aku yg bg sokongan kat aku
bukan aku minta diorang datang melawat, bawa bunga bawa buah, antar emel seluruh jabatan nak bagtau suami aku masuk spital. cukup sekadar kata2 semangat buat aku. yaaa aku memalui saat getir sorang diri. struggle sorang2... mungkin ada yg kata alaaa cirit birit je pon, nk kecoh ke.... aku baca satu2 komen kt fb, wassap,sms. itu semua yg buat semangat aku kuat untuk melalui detik2 tersebut.sobssss...sobss...
now aku rasa seolah hubungan yg konon erat, baik tu hanya lakonan semata.thanks to abg nuar, dia sorang je yg respon. kalu aku dah masuk opis baru nak tanya tak payah laaa... suami aku pun dah kuar wad.




Thursday, December 11, 2014

cirit birit: jangan pandang enteng

aku nak citer tentang gambar Wordless Wednesday semalam entry SINI.

menurut faris (suami aku) dia mula sakit perut (cirit) start
 dari lepas solat jumaat lagi (5/12/2014).
berulang2 ke toilet dah tak tau brapa kali.
masa amik bdk2 ptg tu pun dia dah tak naik umah BS.
aku sorang naik bawa turun bdk2 tu.

sampai umah dia terus baring atas katil berselimut.
 aku cek badan dia mcm dah demam.
aku suruh dia mandi dulu, tp katanya dia nak baring jap, pening.

aku uruskan bdk2. masak bubur ayam utk dia dan anak2.
aku pun makan bubur skali.
lepas tu aku ambilkan ubat "pil chi kit teck on" [betul ke gini eja?] 

biasanya lepas amik pil tu tahan skit cirit.
 esoknya [sabtu] cirit faris masih berlarutan.

aku pulak sblm tu dah amik oder ATY  entry :

http://vanillapink3113.blogspot.com/2014/12/biler-tekak-teringin-pulak-nak-makan.html

di rawang. dah janji nak antar kat dia sambil aku ada hal skit di rawang. 
 tak boleh nak cancel sbb aku dah siap masak. 
so aku terpaksa delay kan penghantaran aty memandangkan
 faris masih berulang alik toilet.

aku watsapp aty lambat skit sebab nak gi klinik dulu.
 kul 11 pagi gi klinik.
kul 11.45 baru gerak gi rawang dengan faris berselimut dalam keta, aku drive.
sepanjang jalan aku berzikir sbb tak biasa lalu hiway PLUS,
 lori bas banyak,jalan pulak tgh renovate.

lepas hantar oder aty berdesup aku drive balik.
sampai umah kul 2.30.
faris mmg lemah tak bermaya. lps makan umat dia rehat.
 dan masih lagi berulang ke toilet.

malam tu dia tido bilik lain takut bdk2 terjaga sbb dia berulang ke toilet.

subuh ahad, dalam kul 6.30 pagi aku dengar dentuman yang sangattt kuat.
aku ingat ada orang pecah masuk rumah. 
rupanya faris dah terbongkang dalam toilet pengsan!!!!
mata ke atas macam kena sawan.
dengan panik dan terkejut aku cuba kejutkan dia. 
tepuk2 pipi dan basahkan muka dia.
masih tak sedar.. rayyan dan yaya pun bangun sbb terkejut jugak.

aku tak pasti brapa lama tp mungkin dlm 5-10 minit kot dia pengsan.. 
bila dia sedar dia suruh aku solat dulu. sementara faris cuba bersihkan diri dia.

keadaan dia masa tu bibir dah cracked, lidah dah berwarna kuning.
 sangat2 teruk. separa kritikal.

keadaan aku pulak tak tau nak citer.. dengan panik, blurr...
semua terlalu pantas terjadi.....

selepas siapkan anak dan bfast ala kadar.
 aku terus decide nak hantar dia ke hospital.
hantar bdk2 ke rumah BS terus aku pecut ke
 Emergency Colombia Hospital Setapak.

lepas cek bagai, terus masuk air, ambil darah dan admit.


bersambung....[opis aku buat fire drill pulak...]

Wednesday, December 10, 2014

WORDLESS WEDNESDAY: bila orang kuat terlantar sakit, aku lah supermakkk...

cerita selanjutnya nnt aku citer next entry... sangat sadis. 
Allah bagi dugaan penutup tahun. terjadi minggu lepas..

 



Tuesday, December 9, 2014

Resepi: Sambal Ketuk@gesek

ada yang panggil sambal ketuk, ada gak yang panggil sambal gesek. 
apa2 pun bendanya adalah sama.
ko jangan pandang rendah wehh samal ketuk ni.
 ni pemecah selera selain dari budu, sambal hitam dan lain2 korang pun tau....

aku pun baru je berjinak2 dengan sambal ketuk ni.
makan camtu je dengan nasi panas2 korang
 bertambah nasi silap2 ko tak pelawa pun mak mertua..

ni resepi sempoi giler...
budak sekolah rendah pun boleh.. 
bahan2 boleh adjust ikut kepedasan korang 
resepi bergambar aku takyah tulis laa ekk...
yang penting step by step bagi mudah paham....

ko jangan pandang kuali antik aku sebelah mata. 
tu antara punca masak sedap!!!
siyess... cer ko tengok kuali charkuaytiaw sedap kat kedai.
 lagi hitam kuali lagi sedap charkotiaw okeh!!

\
 bahan2 seperti diatas

 goreng ikan bilis jgmn sampai garing

 angkat ikan bilis, masuk bawang, cili. goreng sampai layu je. layu yee bukan kuyu...

 selepas digoreng.

 tumbuk tapi jgn sampai hancur

 masuk bawang dan cili.

perah sedikit limau sebelum dihidang. makan dengan nasi panas

Monday, December 8, 2014

ativiti bersama anak: buat muffin coklat mudah dan resepi

since rayyan dah nak masuk 4 tahun apa je yang aku buat dia mesti nak buat jugak. tambah2 bila sesuatu yang kita buat tu dia rasa dia pun boleh buat.
 alahai anak oooiii...
tapi aku tahu ni jugak salah satu cara pembelajaran dia. 
secara tak langsung melatih otot2 dan motor tangan, jari dan otak dia.
 rayyan ni jenis mudah jugak mengikut arahan. 
so aku biarkan je dia buat. 
sesuatu yang tak merbahaya aku bagi je dia buat.
 biar comot, sepah aku boleh kemaskan.

so dari situ kita dah boleh tengok cara dia nak selesaikan masalah bila adunan muffin tu tumpah, cara dia fikir cemana nak bagi sama banyak sukatan setiap cup tu. 

aktiviti ni masa aku & dia demam minggu lepas. 
dah lama tak buat muffin coklat. 
ari tu dia minta aku belikan kek, tapi aku malas giler nak kuar.
 oleh kerana bahan2 semua ada. 
maka aku siapkan adunan tu dan bagu dia sudukan dalam cup muffin.

hasilnya ada yg penuh cup, ada yg melimpah ruah, 
ada yg setengah cup je, ada yang meleleh2 tepi cup.
aku tak kisah sbb kami je pun yang nak makan. 
bangga betul bila dia dapat siapkan 16 cup tu. 
tak abis2 citer abang buat kek...abang buat kek...

eehh korang jugak boleh praktikkan dgn anak korang jugak.





Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1 sudu teh nescafe
  • sedikit garam
B
  •   1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick
C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.
  6. utk hiasan boleh letak coklat cip, coklat rice, badam atau apa2 yang bersesuaian.

Friday, December 5, 2014

konsep baru~ win-win situation dalam meniaga

boleh dikatakan hampir setahun lebih jugak aku start meniaga
maksud aku meniaga lasagna, baked pasta cheese, muffin, shepperd pie..
aku meniaga kecik2 je atas permintaan. oder pun dari kawan2 rapat, opismate suami,
kecik2 pun dah sampai ke Melaka, N9, penang, Gua Musang aku deliver.

wpun aku ni meniaga kecik2 je tapi dah mcm2 peel customer aku dah jumpa.
bila aku sebut macam2 tu maksudnya yang negatif, yang menganiaya peniaga kecik2 mcm aku, yang main2 dan tak serius. yang baik pun ramai, repeat order setiap minggu, siap buat entry dalam blog. hugs korang ketat2 sbb tolong promote bis aku.

aku ni meniaga makanan. bila ada oder aku cuba sediakan yang terbaik untuk customer aku. apun aku hadkan 2 bekas untuk weekday dan 5 bekas untuk weekend. 
jangan laa ingat aku tak penat. aku keje opis hour. 
balik keje bertungkus lumus siapkan oder.

kadang2 aku buat jugak kalu ada oder last minit. 
wpun aku dah mention kena oder 3-4 hari awal.
 tp kalu ko dah cakap mengandung, ada majlis potluck, majlis tu, majlis ni... 
aku cuba jugak. tak sampai ati bila orang teringin nak makan....


disebabkan aku dah terkena beberapa kali. orang order pastu tak datang2 amik.
 order dari aku tapi bila time nak antar, takleh datang... ada hal... 
ko ingat aku ni hape??? aku buat order untuk ko je ke...
pernah jugak berkejar2 aku balik lepas keje sebab kata nak amik lepas maghrib kan..
 tapi nanhado
takpe...takpe... aku sabar.. meniaga mmg kena sabar. 
tu semua asam garam dalam berniaga.

jadi untuk semua customer2 tersayang, untuk setiap order aku minta korang bank in kat aku terlebih dahulu, then baru aku proceed order korang. yang aku cakap ni untuk customer2 baru. yang baru pertama kali nak oder dengan aku. aku dah jual beratus bekas. takdenya aku nak tipu duit korang.

mcm ni baru nampak serius kot. dan orang takde laa nak main2kan aku.
 kalu tetiba aku takleh buat contoh macam anak aku
 sakit masuk hospital aku akan bgtau korang dan pulangkan duit korang balik.

so atas dasar win-win situation ko bayar baru aku proceed order.
kalu tak, mmg aku tak buat. sebab ni makanan, 
bila aku dah buat mana leh simpan lagi, takkan semua aku nak sumbat perut aku. 
kalu bukan makanan mungkin boleh simpan dan jualkan pada orang lain. 
kalu ko rasa tak pecayakan aku sebagai peniaga, ok tak payah oder. 
ko boleh order dengan mana2 peniaga lain yang jual seumpama yang aku buat dan jual.

eehh... ni bukan aku marahkan customer aku... takkkk...
ni entry untuk sama2 paham konsep baru yang aku laksanakan...
untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. supaya sama2 puas ati dan takde tipu2...

 
#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad .
  nak oder wassap/sms: 017-3213039 .  
collect area Sri Gombak.
lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

Thursday, December 4, 2014

Riadah petang: berkebun dengan anak

ko tajuk tak hingat... berkebun la kononnn...
 walhal tanah seinci pun takde. bahahaha...
ada beberapa pasu pun aku tenggekkan kat sempadan pagar rumah jiran, sempadan gitu.
masa dok umah sewa dulu aku rajin jugak bercucuk tanam. mcm2 pokok ada.
 kalo weekend mesti gi nursery dgn asben. beli pasu, pokok, beli tanah, beli baja. 
sronok bertanam2 ni. 
tapi tangan aku takde laa sejuk mana... 
org2 tua kata tangan panas. tanam apa2 mcm susah nak idup gitu...

skrg bila dok umah sendiri seinci tanah pun takde, so tanam laa dalam pasu.
 tp aku dah xde tanam pokok bunga lagi dah. aku tanam pokok yg bermanafaat je utk aku masak2.
 alaaa 2-3 pasu je pun.
daun pandan, pokok kari, daun kunyit dan pokok limau purut.

aktiviti berkebun ni citer minggu lepas.
aku nak tanam semula pokok pandan aku yg dah buruk batang utama dia.
so aku potong pokok yg pucuk ujung (anak pokok) untuk ditanam semua. 
ada laa dalam 5 pokok gitu. aku tanam 2 je, 
lagi 3 aku bawa ke opis bagi kawan2 yang nak anak pokok pandan tu.

budak2 tu kemain seronok main tanah, main pasir. fefeeling dok kat pantai kot.
aku biarkan je diorang explore semua tu. 
tak semestinya kena bawa gi tempat mahal2 nak beraktiviti dengan anak.
depan rumah pun boleh buat aktiviti sendiri
sampai maghrib jugak laa bercucuk tanam.
yaya pulak dah lepas mandi baru aku perasan 5-6 das kena dek nyamuk
gara2 berkebun. iyer laaa dah petang kan, nyamuk pun byk laaa..

aku berangan kalu laa ada rumah bertanah nak buat edible garden. 
mcm rumah2 omputih gitu ada taman2 kecik kat blkg rumah. 
berangan je laa... eehh mana tau ada rezeki boleh buat umah kat kampung kann...

 aku bancuh tanah dalam kotak je sbb taknak bagi kotor simen.
yaya kemain sronok sampai berebut gak senduk tu dgn abang dia...


 rayyan dapat garpu. dok main cucuk dalam pokok pandan yg aku baru tanam.
dengan tak berbajunya si rayyan ni...

 ada laaa dalam 4-5 pasu pokok aku. tu pun dah mcm hape dah.. segan2 je nak idop.

 ni laa pokok pandan aku yg dah nak mati tu. batang utama dah buruk pun.
 tu yg aku potong yg ujung untuk tanam semuala...

 pokok limau purut yg ujung skali tu tinggal batang je. 
sbb dah banyak kulat putih2 tu aku cantas abis.
semalam dah nampak kuar tunas baru. sayang kalu mati terus pokok ni. 
nampaknya aku kena lagi rajin pasni menguruskan pokok2 tu. kikikiki...  
bajet mcm banyak je nak uruskan pokok...
ni laa 2 pokok pandan yang aku tanam semula tu. harap lepas ni hidup subur. 
pokok pandan ni kena rajin siram je. kalu kat kampung tanam tepi2 parit subur laa dia...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015