Thursday, June 18, 2015

sahur day#1 dan kuliah Ramadhan

saya ingin kongsikan kuliah yang saya ambil dari blog Kak Azie berkenaan persiapan mental untuk menghadapi bulan Ramadhan. Matlamat utama berpuasa di bulan Ramadhan adalah untuk mendapat taqwa. Taqwa adalah satu perasaan yang terhasil oleh seseorang bila rasa diperhati oleh Allah. Dalam solat rasa diperhati oleh Allah umpama kita rasa diperhati dalam CCTV. Kalau kita tiada berwudhu pun tiada siapa yang tahu. Tapi Allah tahu, Allah lihat, Allah dengar. Taqwa ialah mengikut apa yang diperintah dan tinggal yang dilarang kerana Allah. Membenteng dari neraka adalah juga taqwa. Rasulullah meminta kita berbenteng dari api neraka walaupun dengan satu cebisan kurma. Bersedekahlah walau sekecil mana sekali pun. Jangan dipandang kecil benda yang halus kecil. Gunung yang besar adalah berasal  dari batu batu yang kecil. Matlamat ibadah adalah untuk membina taqwa untuk rasa diperhati Allah. Kita disuruh untuk mencari taqwa. Bila solat, rasa diperhati. Kita akan rasa malu pada Allah bila dalam solat kita berfikir yang bukan bukan sedang Allah tahu yang kita tidak kusyuk.

Matlamat puasa di bulan Ramadhan yang kedua ialah untuk penyucian dosa. Nabi mengaminkan doa Jibril bahawa celakalah barang siapa yang masuk dalam bulan Ramadhan tapi dosa tidak diampunkan. Ramadhan  adalah bulan pengampunan dosa. Ramadhan ke Ramadhan menghapus dosa antara keduanya kecuali dosa besar. Dosa kecil akan dibersih oleh solat, puasa dsb. Matlamat puasa di bulan Ramadhan adalah untuk mendapatkan taqwa dan membersihkan dosa. Syurga adalah tempat untuk orang yang tak ada dosa. Jadi kita perlukan penghapusan dosa kerana azab di neraka adalah azab dasyat yang meningkat bukan seperti azab di dunia. Kena tanamkan azam untuk mendapat pengampunan dan syurga. Jangan sekali kali mengatakan bahawa tak apalah orang Muslim nanti dapat juga masuk syurga selepas dibalas dalam neraka. Neraka itu sangat besar, sangat luas dan sangat dalam. Siksaan penghuni neraka yang paling ringan yan dijanjikan Allah untuk bapa saudara Nabi Muhammad ialah memakai kasut dari neraka yang panasnya sehingga mendidih otaknya. Sanggupkah kita untuk membayangkannya? Apakah kepanasan di dunia yang menyebabkan otak mendidih? Jom share dan ambil manafaat pada mana mana yang boleh membantu kita sementara kita masih hidup di dunia ini....

 

ni sahur saya pag tadi. ayam goreng, masak lemak ayam cili padi BS rayyan & yaya bg semalam. secoet dalam pinggan nasi tu sambal hitam cikna. gara2 sambal tu mkn bertambah saya pagi tadi. asben lak makan roti & kurma je. nasi2 ni dia tak jalan .... nak sambal hitam penambah selera sila klik SINI


1 comment:

CikNaa said...

mekasih banyak kak amy..tak jemu-jemu review sambal saya tu..semoga ibadah kita kali ni dipermudahkan yer kak..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015