Tuesday, June 30, 2015

Iftar bersama rakan blogger ~ 10 Ramadhan

maap laa semenjak puasa ni entry asyik pasal makanan jer... hikhikhik..
ni pulak kisah pada 10 Ramadhan yang lalu. hari sabtu.
besarnya hati bila ada rakan blogger CIKNA dan KYRUL sudi berbuka puasa di rumah saya..

walaupun 2 famlily jer tp rasa meriah sangat. diorang sampai dalam kul 7 gitu..
rayyan yg tengah mandi sambil nangis boleh lak ketawa  besar bila dengar  suara Haikal anak kyrul.
cepat2 nak kuar bilik air. anak cikna pun boleh tahan gak, main dengan abang2 kemain lagi..

kul 3.30 aku masuk dapor menyediakan apa yg aku dah plan. sebenarnya mula2 ramai nak datang, so konsepnya adalah potluck, saya hanya menyediakan main dish, nasi, sup tulang dan air bandung je.
 tp last minit hanya 2 family je yg dapat datang so saya sediakan semua. menu pun bertukar ke nasi ala arab, daging masak hitam, ayam goreng rempah, pajeri nenas dan sambal tomato. desert saya buat puding roti marble.

tapi cikna dan kyrul tetap jugak bawa makanan ayam masak merah, bubur kacang dan peratha telur..
sebab tu nampak makanan banyak...

gamble je masak tanpa test rasa. risau gak kang terlebih masin ke hape... tp alhamdulilah semua secukup rasa... kurang skit2 tu boleh dimaafkan laaa...takde laa terlampau masin atau tawar...

lepas je berbuka, apak2 solat berjemaah kt hall rumah. mak2 pulak solat kt bilik rayyan...

anak2 lak sambung main sampai tak nak balik, siap tengok movie upin ipin kt bilik rayyan. sian afiq tak sempat abiskan movie tu dah mama nak balik cepat.

sebelum balik diorang sempat tapau nasi dan lauk untuk sahur nanti. mmg saya sengaja masak lebih utk diorang bawa balik. alhamdulillah licin...

semoga bersahabatan kami berkekalan selamanya..

Insya Allah lepas raya nnt gathering lagi open house raya lak..




 
tengok gambar ni sambil menaip boleh pulak terliur

 
 puding roti marble

 dah 2 family jer semua boleh duduk kat meja, selesa lah skit...
 yg kosong tu kosi saya snap gambar dulu


 semoga persahabatan kami berkekalan... sayang diorang

 oleh kerana ramai lelaki, rania pun main otomen gak.. apadehal... janji bahagia

aduh makanan lagi....

kredit pic utk cikna & kyrul...
mak tak sempat pegang henpon amik gambar 


7 comments:

Chekgu Azrine said...

tula nak join dah sebenarnya tapi terpksa dulukan suami yg berhajat nk berbuka dengan anak2 besar dia...

CikNaa said...

best tau berbuka ramai camni kan kak.. tq sudi jemput kitorang anak beranak.. next, resepi pajeri nenas pelisss..sedap giler..

mshazadoes said...

sesekali dapat berkumpul macam nih seronok rasanya kan kak?

yoorin melacolea said...

seronok nya dapat berkumpul... =)

yoorin melacolea said...

seronok nya dapat berkumpul... =)

SweetLikeWhat said...

jeles nye tak dapat join..sobsss

anisz said...

wahh best nyer.. ada geng blogger

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015