Friday, June 19, 2015

2 Ramadan: berbuka dengan penuh kesederhanaan



alhamdulillah hari ni dah hari ke2 berpuasa. 
puasa semalam pun tak terasa penat, tak rasa pening, tak rasa sebu perut.... syukur..
cerita pasal menu berbuka semalam. mmg sangat2 sederhana.
 lagi pun saya dah niat tahun ni tak nak membazir, 
tak nak terlalu tertumpu apa yg nak makan masa berbuka. 
apa yg ada tu laa yg kami makan.

semalam nasi dan lauk BS budak2 tu yang bagi. alhamdulillah rezeki...
ingat balik kje smlm nak masak telur sambal dan sup sayur je..
tp BS rayyan & yaya dah bagi siap skali dgn nasi....
ikan jaket, kangkung masak air+suhun dan ayam sambal...
lebih dari cukup dah utk kami berbuka...

sempat sampai rumah 15 minit sebelum azan... laju2 hidang
air pula laici yeos dalam kotak tu....



gara2 terliur tgk org jual pding karamel semalam kt bazar di Jalan Masjid India gigih jugak saya buat semalam untuk berbuka ptg nanti... sejuk2 lalu kat tekak lahai sedapnya....
saya guna 8 biji telur, 1/2 cawan susu pekat, 1 cawan air, sedikit esen vanila. blend je semua  pastu tuang dalam loyang yg dah dibuat gula hangus. kemudian kukus...
 ini lah hasilnya....

lepas terawih saya goreng samosa 4 ketul buat kudap2. samosa kentang tu saya beli yg frozen je . cicah dgn sos cili thai.. sedap jugak, rayyan abis seketul




3 comments:

CikNaa said...

kak amy, mana beli samosa tu?

nadiah hanum said...

Setuju sgt dgn cara kak amy...bersederhana masa berbuka.

cik hani said...

bersederhana tak membazir duit dan tak dapat dosa.

sedapnya samosaaaa..
favourite saya dan suami tau.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015