Thursday, June 11, 2015

resepi: kuzi ayam mak mertua

biasanya kalu menyambut aidilfitri mak mertua saya mesti masak kuzi.
 kira mcm kuzi tu adalah signature dish beliau. 
mmg tak sah kat rumah tu kalu pagi raya takde kuzi
kebanyakan saudara mara yang datang beraya pun sebab nak rasa keenakan kuzi mak mertua saya..

kuzi air tangan mak mertua saya mmg sedap giler... 
adoiii tgh menaip pun terasa2 keenakan kuzi tu. nasib raya tah tak lama...
 
3 minggu lepas saya terasa betul nak makan kuzi. 
memandangkan masih ada lagi rempah kuzi, 
saya cuba buat dengan menggunakan seekor ayam.
sebenarnya dah lama sangat rempah kuzi tu ada dlm peti ais tetapi nak membuatnya tu malas sungguh rasanya... 
sebab remeh sgt nak masaknya..

apa yg remeh sangat nak masak kuzi
1. untuk seekor ayam kena guna 1kg bawang yg digoreng (homemade)  diblender
 ULANGAN... 1 kg bawang yg digoreng okeh.
 ni mmg tak leh nak ngelat beli bawang goreng kt kedai tu sebabnya nnt 
kuah kuzi akan jadi tak sedap dan berlendir. 
bayangkan bila raya mak mertua buat 5 ekor ayam, 
maknanya 5 kg bawang goreng tau. 3-4 hari sebelum raya beliau dah siap2 goreng dan blender pastu simpan dalam peti ais.

lagi satu, ayam perlulah digoreng terlebih dahulu. 
baru masukkan dalam kuah. bukan main campak je dalam kuah mcm kari tau.

ok, jom kira tengok resepi kuzi ayam.

BAHAN:
1 ekor ayam dipotong 12
1 tin susu cair
1 kg bawang goreng yg diblender (saya guna 700gm je,
 tak tahan mata berderai2 masa potong)
1/2 cawan kismis yg digoreng
3/4 botol sos tomato jenama DELMONTE (yg ni paling sedap buat kuzi)
kayu manis, buah pelaga, bunga lawang utk tumis*
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1/2 halia*
bahan bertanda *ditumbuk
sepeket rempah kuzi
3 sudu minyak sapi
garam & perasa(jika guna)
segenggam kacang almond yg digoreng tanpa minyak

CARA:
1. ayam digaul garam kunyit halia dan digoreng. ketepikan.
2. panaskan minyak sapi dalam kuali. tumis bahan yg bertanda *
3. masukkan rempah kuzi, masukkan ayam yg digoreng td.
4. masukkan susu cair, bawang goreng yg diblender, tunggu hingga mendidih...
5. masukkan kismis yg digoreng dan kacang almond.
6. masukkan garam dan perasa dan sesuaikan rasanya.
7. jika kuah terlalu pekat boleh masukkan 1/2 cawan air

 
ni rempah kuzi. saya tak jumpa lg rempah ni kat KL kalu kat kelantan banyak...




dah siap hidang. sesuai dimakan bersama roti jala dan juga roti biasa...

4 comments:

safurara said...

bila lah nak merasa ni kak! sedapnyaaa!

Sanisah eeiyss said...

sedapnyaaaa

tengok ja pun dah rasa tingin nak makan (^____^)

Chekgu Azrine said...

Kuzi ni manis kan amy...kawan kelantan pnh bwk dtg sek..rasa dia macam manis2 sikit...kan

beeha3 said...

nakkkkkkkkkk... sedapnya kak! aduhhh

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015