Saturday, March 31, 2012

Entry basi- Cuti2 Cameron Highlands



punyalah lama aku peram gambar2 ni baru skrg nk buat entry pasal cuti2 ke Cameron. kami ke Cameron awal bulan 3 ari tu. dah lama plan nk ke Cameron sebenarnya tp asik tertangguh je, kami pegi sblm cuti skolah, sbb kalu pegi musim cuti skolah surenya hotel dan apartment penuh, pastu plak harga mesti berganda2 mahal, jalan pun jem. oleh sbb anak aku xskolah lagi, x payah tunggu cuti skolah kalu nak berjalan.

oohh... kami stay kat Desa Anthurium apartment. mmg selesa sgt2 apartment ni. siap semua fasiliti utk masak semua. tinggal bawa bahan basah je. 3 bilik, 2 bilik air dgn harga RM230. mmg puas ati. aku book by phone je, nama owner dia Pak Hamid, aku dapat info dan review dari SINI

tp masa aku pegi ujan laaa, jd x best skit nak jalan2. cuaca plak mmg sejuk laa. berlapis2 aku pakaikan rayyan baju dan stokin. pasar malam pun aku x pegi.

kali ni kami pegi dengan pengasuh rayyan skali. ramai2 best skit. kalu kami pegi 3 beranak je, x best la nk berBBQ & ber streamboat semua. lgpun tak larat aku nk layan karenah rayyan dlm perjalanan nnt. tau ajelah budak kecik tu x bleh dok dlm keta lama2, mula la buat aksi yg buat aku x larat nnt dh la dgn perot aku yg membesar nie.

sblm smpai sana, kami singgah dulu kat Tanjung Malim pekena pau yg femes ni YIK MUN. pau yik mun ni mmg power. masa belum ada rayyan dulu aku & incik hubby slalu gak la ke sini semata2 nk makan pau. tp skrg takde laaa camtu lg. mee kari dia pun best gak.


aku paling suka pau inti kaya. tp ari tu cmner tah bole lupa nk beli yg frozen bawa balik ke KL. huhuhu...
budak ni kan.. kalu ke kedai mmg x sah kalu x berjalan atas meja mkn... sib baik ramai yg melayan, kalu aku sorang mmg x larat laaaa..

rayyan aku pakaikan sweater dgn hood(betol ke eja ni?)


salah satu strawberry point. x singgah pun sini, rayyan tgh tido.

master bedroom. amat selesa.

bilik 2. bilik 3 pn camni. selesa pun selesa jugak.

ruang makan. cukup lengkap dgn peti ais, cerek letrik, periuk nasi. senduk,sudu,pisau, kuali,pinggan, mangkuk, cawan, jug air, korang dh xpayah bawa. bawa brg basah mcm aku atas meja tu. esoknya kami bfast nasi goreng.

dapur gas pun ada...

semua tgh lepak. nak kuar ujan... mlm tu kami semua berBBQ dan bersteamboat. apsal plak bole lupa nk snap gambar ekk..?? aku just beli pix & mix kt Giant dan buat sup tomyam. mmg best mkn tomyam panas dgn cuaca sejuk.

esoknya baru kami semua kuar berjalan. hajat aku nk masuk strawberry farm dan ladang tea x kesampaian laaa.. beli strawberry & tea kt kedai je laaa... cuci2 mata tgk bunga


singgah Raju Farm mkn eskrim yg boleh buat kencing manis. satu cup tu 6-7 inggit.

rayyan tido plak masa ni. dia pun antu eskrim jugak.

pemandangan apartment yg aku duduk.

on the way balik ada plak lori bawa besi berbalik atas jalan. nampak tak besi yg bergulung2 tu?? apa yg aku beli kt cameron??lupa gak nk snap. strawberry wajib, tea strawberry/lemon, keledek manis, jagung pearl. tu jek. nak pegi lagi... nak pegi laagi....

Friday, March 30, 2012

Bersyukur dengan apa yg ada....



Kadang2 bila kita BW, atau jumpa kawan yg dh lama kita x jumpa berbelas taun yg teramat success cukup pakejnya dgn rupa yg cantik punya duit yg banyak, jawatan yg hebat, dapat bercuti ke obesi 3-4 kali lak setaun. Shopping yg mahal2 henbeg 2-3 ribu seketol. Rumah ada maid, balik keje semua dah beres. Balik keje layan suami & anak jer. Pastu mula si setan gondol dtg bisik kt telinga bestnya kalu bleh jd mcm dia, ko suruh la laki ko beli kan utk ko… ni contoh je laaa, aku xde la minat hendeg smpi nk beli yg beriban2. Pastu astaghfirullah…. Aku ni x bersyukur plak.
Padahal apa yg kita nampak kt orang tu luaran je, dalaman kita x tau dia bahagia ke tak. Ntah2 ada masalah keluarga, suami yg ada affair sana sini, ni aku bg contoh je. Sbb hari2 dlm tv ada je gejala2 yg x elok dlm rumahtangga. Korang pun tau kan..
Sedangkan aku punya family yg cukup bahagia wpun sederhana. Kalu kita asik pandang atas je mmg sentiasa nmpak kekurangan dlm diri kita, cer kita pandang bawah plak. Betapa ramainya org yg lebih susah dari kita. Oohhh.. bersyukur sgt2 punya suami yg penyayang, bertanggungjawab dan anak yg makin membesar, dengan keletah dan nakalnya buat kami suami isteri gelak setiap hari. Kalu dlm keta lps antr anak kt pengasuh, dialah yg menjadi topic perbincangan kami laki bini dlm keta ….
Wpun kami x semewah org lain punya rumah siap berswimming pool bagai, tp tetap bersyukur punya teratak sendri, ada keje tetap dgn bonus setiap taun, ada kenderaan sendri utk jln2 dan memudahkan pergerakan kami ,x payah tunggu dapat gaji kalu nk mkn best2… bole je shopping ikut bajet sendri wpun bukan ribu riban. Bole je bercuti dlm Malaysia dan sesekali ke luar negara kalu ada bajet lebih.xpayah tunggu raya nk beli baju baru.Pendek kata cukup segala2nya. Ok lah tu kannn??
Sbb tu aku kata xleh pandang ke atas sgt. Bila pandang bawah ada yg lebih susah dari kita, kerja x menentu, mkn pun kais pagi, nk beli beras pong xdop pitis wehh… rumah plak mcm x layak di panggil rumah. kalu tgk rancangan Bersamamu oohh betapa insafnya aku. Kdg2 x sanggup nk tgk. Huhuhu…
Huhh panjang giler celoteh aku pagi Jemaat nie. MOTIP: supaya kita semua bersyukur dengan apa yg ada…

Wednesday, March 28, 2012

Short Vacation sebelum Deliver


assalamualaikum... rasanya ni aktiviti jln2 terakhir sblm aku bersalin kot. tapi tak tau la kalu larat lg ada tempat lain plak aku pegi. kali ni kami sekeluarga ke Pengkalan Balak, Melaka. mcm dekat je tp dengan keadaan aku yg dh masuk 34 minggu dan karenah sikecik tu mmg memenatkan. tambahan plak cuaca pun agak panas pada hari sabtu lps.

sebenarnya, ni opis hubby punya aktiviti, dia punya unit je, nk geder2 kt sana. aku risau jugak nak ke sana sbb hari sblm nya Rayyan demam. kang tak pasal2 lg teruk keadaannya. tp nasib baik sabtu tu dah ok. so kami pn on kan planning tu.

kitorang bertolak dalam kul 11 gitu. selepas settle basuh baju, dan kemas umah skit2. oohh lupa nk bgtau aku sempat buat muffin blueberry dan muffin pandan lagi. ni utk kongsi2 mkn kt sana nnt. lupa plak nk snap gmbr, tp semua kata best muffin tu. wink wink.. kembang idung aku. hihihi...

sblm smpai sana kitorang sempat singgah mkn asam pedas melaka di restoran adik beradik. pusing2 cari kedai tu. lunch pn dh kul 3. lapar wooo... perjalanan jd lama sbb kami banyak singgah. solat, mandikan Rayyan, beli coconut shake klebang yg super duper marveless.

ni masa berenti beli coconut shake klebang. bole jem jalan wooo... cik hubby turun pi beli. si kecik plak amik tempat drebar laaa apa lg....

dh smpai bilik pn. agak luas dan selesa. cuma ekon je bunyi kuat skit. ganggu masa tido aku.kihkihkih...

bilik kami 207.


ni la tempat kami menginap... D'Nelayan Beach Resort.


sampai je ni la aktiviti si Rayyan...


mandi kolam. anak kawan cik hubby suka layan Rayyan dlm kolam ni. mandi sampai menggigil dan biru jari kesejukan.

ada peristiwa skit masa ni. tetiba pelampung Rayyan tertelangkup ke bawah. sib baik kejap je. tercungap2 dia... sib baik xde pape... ngeri ummi tengok. x sempat snap gambar sbb dh panik... korang bole bayangkan tak? kepala dia dlm air, kaki ke atas...

cik hubby layan si kecik je..

view dari kolam.

sunset


budak kecik ni la paling aktif masa diner BBQ mlm tu. dia dok buat iklan oreo yg budak dlm iklan tu sengetkan kepala. terpaksa la cik hubby kontrol dia dari naik pentas tu. adooiii anak ooii....x sempat nk snap makanan mlm tu. ada lamb grill, nasi goreng cina,ikan bakar, coleslaw,kerang bakar, steamboat, tomyam... apa lg ekkk?? lupa dahh..

view dari bilik, kolam tempat si rayyan lemas 5 saat.

Monday, March 26, 2012

Sudah 34 minggu


gambar google

diam2 dah 34 minggu rupanya. aku rasa sekejap je aku pregnen yang ni.
masa Rayyan dulu huhh.. lama betul nk tunggu seminggu seminggu tu. yg ni mcm sekejap je.
aku kalu bleh nak lambat2 skit bersalin.

tp minggu lps aku dh mc 2 hari sbb sakit sgt kt pinggang dan belakang ni. rasa mcm dah x lama je nk bersalin, firasat aku mungkin bersalin awal kot. semua aku serahkan kepada Allah. asalkan semuanya selamat dan berjalan lancar.

Jumaat lps aku check-up kt Klinik Seri Indah dgn Dr Zulailah lagi. Alhamdulillah baby ok, air ketuban pun dah kurang. masa Doktor Zu scan baby tersangat la x dok diam. aktif mcm abg dia jugak kot. kdg2 baby bole buat aku tersentak kalu tetiba menendang atau buat aksi akrobat kat dalam perot ni.mcuma aku kena byk berehat. sbb kaki ni mudah cramp kalu byk berjalan.
sakit wooo kaki cramp nie. kena plak time tido. mmg bole trjerit.

Minggu depan aku dah bole refer kt Dr Wan Ratna kt Putra Medical Centre. semoga semua berjalan lancar... suka doktor wan ratna. very soft spoken...



nota kaki: masa tgh taip entry ni baby asyik menendang jek dlm perot.

Wednesday, March 21, 2012

wordless Wednesday @ 21/3/2012


Ni laa aktiviti utama budak kecik ni bila terlepas ke dapur. abis periuk belanga dia kuarkan buat main.....


siap berjalan dalam pan

Monday, March 19, 2012

Hidangan Nasi Tomato & Desert Puding Cocktail di Hujung Minggu

nasi tomato, gulai ayam,acar mentah, sambal


Ahad semalam aku buat nasi tomato dan desert pudding cocktail untuk santapan kami sekeluarga. bila aku buat nasi yang berperisa mcm ni, sampai ke malam la kami mkn nasi ni, hari ni siap bawa bekal ke opis lg. hohoho...

nasi tomato versi aku ni tersangat la simple, takdenya letak susu cair tu semua sbb suami kata nnt cepat muak. lauk pula dia request gulai ayam jek. jadi teramat la memudahkan tugas aku di dapur utk masak.

wpun nmpak mudah bg aku yg pregnen 34wks ni agak semput jugak nk menyiapkan semua seorang diri. jap2 ke luar jenguk si kecik tu, pastu sambung masak balik. lepas makan baru perasan kaki ni dh sembab. huhuhu...


dalam sembab tu sempat jugak aku buat desert puding cocktail ni. fruits cocktail ni dh lama sangat aku beli tapi tak terbuat. takut kang bila bersalin nnt mmg x buat la nampaknya. yang paling best bila si suami dan anak makan bertambah2. takde la aku simpan berhari2 dalam peti ais. mmg bertambah2 lemak kami sekeluarga semalam.



Wednesday, March 14, 2012

Makcik jual pen/minta sedekah



ni aku nk citer pasal sorang makcik yg jual pen/minta sedekah kt traffic light Greenwood. tindakan makcik nie sebenarnya amat membahayakan diri dia. dia akan pegi ke satu2 keta. kalu nasib baik ada la org bg sedekah. sebenarnya yg beli pen tu pun niat sedekah je.iyer laa... tgh2 panas buta, kesian jugak tgk makcik tu kann...

dah lama sebenarnya aku peratikan makcik ni cari rezeki camni. tp seriau je kalu tetiba motor ke hape ke kan.. kdg2 trafic light dh ijau makcik tu masih lg dok ketuk2 cermin keta. adoiii...

rasanya makcik ni bukan org Msia berdasarkan warna kulit dia. mungkin Kemboja kot. aku rasa laaa..

makcik ni berjalan ke satu satu keta nk offer pen. ada ke org yg nak beli??
bagi sedekah je laa..


aku snap gambar dari jauh makcik ni minta sedekah. nampak tak makcik tudung kuning tu??



nota kaki: ada sesapa lalu jln ni penah tgk makcik ni tak?

wordless Wednesday- budak setahun 2 bulan. makin bijak & noty


Tuesday, March 13, 2012

Muffin Blueberry lagi

Ahad lepas aku buat lagi muffin blueberry, sebabnya nak abiskan filling blueberry yg buat ari tu. kali ni cantik skit aku snap pic. kot2 la ada yg nk try, resepi ada kat SINI yer kengkawan.. mmg sedap, siap ada member opis yg nk tempah. suami plak 2 ari bawa bekal gi opis.





Wednesday, March 7, 2012

Detail Scan dgn Doktor Baskaran

ni bukan gambar perut aku aku yer... ni dari google



Selepas aku buat detail scan dgn Doktor Baskaran minggu lepas rupanya bahaya jugak bila kita mengalami masalah terlebih air ketuban ni. ohh Dr Baskaran sgt baik orgnya, aku yg dok terbaring masa scan tu byk betui nk tanya Doktor..

ni apa.. tu apa... jantung baby kt mana...
tp doktor cakap

kejap je i tgh kejar2 dgn baby u ni... so aktif ur baby.....

mmg aku dapat rasakan yg baby kali ni teramat la aktif mcm rayyan dulu gak. hampir sejam jugak aku terbaring sambil perut aku digodek2 oleh alat scan doktor. dah namanya detail scan mcm2 graf yg kuar. doktor siap bagi dengar degup jantung bby lg. stuktur baby pn scan jugak sbb nak tau saiz tulang belakang, saiz tulang, saiz perut, otak, tengkorak semua.

Lps scan ada la setengah jam jugak Doktor Baskaran tu dok explain kat aku & hubby. nasib baik hubby ada skali, kalu tak jenuh jugak aku nak paham...

kos consultation Doktor Baskaran RM450. mahal jugak kan...
kesimpulan dari terlebih air ketuban seperti doktor Baskaran explain kt bawah ni, tp ni hasil google aku spt di bawah yea, tak reti plak aku nak karang balik apa yg doktor tu bgtau.
kang nnt korang plak tak paham. kikiki...

Polihidramnios
Masalah akan timbul sekiranya air ketuban terlalu banyak. Ini termasuklah :
1. Kedudukan bayi tidak stabil. Bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.
2. Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di tri-mester akhir kehamilan.
3. Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
4. Disebabkan kedudukan bayi yang tidak tetap, risiko melahirkan bayi secara caesarean adalah tinggi.
5. Kandungan air ketuban yang banyak sering dikaitkan dengan bayi berkemungkinan mempunyai kecacatan. Hal ini boleh dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.
6. Kadang-kala masalah ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, berjalan dan lain-lain.


nota kaki:
1. nasib baik si Rayyan aku tinggalkan kt umah acik.sbb setel semua hampir kul 11 mlm.
masa gi amik dia dh nk tido. cian Rayyan ummie amik lmbat...
2. oohh... smlm Klinik Sri Indah call aku mintak maap pasal result gula yg aku buat tu. katanya ramai staff baru kt klinik. jd diorg x tau sgt. lain kali train dulu staff yea.. sbb semua patient yg gi rawatan tu bayar ok, wpun ada gak yg company byr. jd mesti la nk yg terbaik. mcm aku lak byr sendiri sbb bukan klinik panel lg.
tp kena gak bgtau doktor Zulailah pasal ni.(ehh diorang baca blog aku ke??)

Friday, March 2, 2012

staff Klinik Seri Indah yg Buat aku Bengang

ni citer aku gi buat check up kt klinik seri indah (KSI) minggu lps. alaaaa... klinik yg aku slalu gi check up tuuuu...

lps doktor Zulailah scan aku, katanya air ketuban aku dh terlebih2 banyaknya dimana ianya agak membahayakan jugak kondisi aku dan baby. biasanya air ketuban 18 je tp aku punya 27!!! dan mmg amatttt terlebih!!! so doktor zulailah amik darah aku untuk cek kandungan gula, kot2 ada diabetis plak kann... sblm mkn dia amik darah, minum air gula(air rebina pekat, sedap ok), puasa 2 jam pastu balik ke klinik semula amik darah lagi. jadi ada la beberapa suggestion dia bagi yang mana semuanya terpulang kepada aku mengikut bajet poket. iyer laa, bila dh keadaan mcm ni bajet utk bersalin nnt mmg tinggi kalu bersalin di private. aku plak ingat nk bersalin kt tempat aku bersalinkan si Rayyan dulu. Putra Medical Centre dgn Doktor Wan Ratna.(doktor yg sangat lemah lembut, dan cantik jahitan czer dia). bila aku bgtau doktor gitu dia kata better pegi kt hospital yg cukup peralatan, bekalan darah, ada NICU utk baby nnt. sbb kemungkinan2 tu kita xleh jangka. seram jugak aku dengar, mcm kritikal je keadaan aku nie. huhuhu

ok balik ke tajuk citer aku ni, doktor dh pesan kt staff dia tu,

" ni kes urgent, antar segera sample darah ke lab utk dapat result segera"

doktor pn continue sembang2 dgn aku ttg pregnancy aku ni, dia suggest aku pegi kt satu klinik pakar utk buat full detail scanning dgn doktor Baskaran kt Sg Buloh.

isnin pagi aku call KRI untuk dapatkan result gula aku tu,

"akak call petang yer, sbb lab hantar result petang kul 4."

ok fine, ptg kul 4.30 aku call lagi,

"oohh... tak dapat lagi la result, akak call besok bole??"

bole tak dia jawab cenggitu??? mahu x hangin.

memandangkan aku ni mengandung so sabarrrrr je....
selasa ptg tanpa berputus asa, aku call lagi, apa staff dia jawab,

"saya baru masuk shif akak call lagi 10 min boleh?"

hangin weeeiiiii... sbb doktor dah bgtau kes aku nie urgent, aku pn nk settle cpt2 gi jmpa doktor baskaran tu.

rabu lak aku call Dr Baskaran tu tanya pasal appointment, bila doktr available.
Dr Baskaran only available isnin & khamis 6.30-10 mlm jek.

hari rabu merajuk dgn KSI
( cehh.. mcm la klinik nk pujuk aku balik) tak nak call tanya result gula tu.

Khamis ptg,(dlm keta on the way balik keje) discuss dgn hubby pasal ni lg.try call KSI sbb ingat bole jmpa Dr Baskaran lps balik keje nnt.

lepas bagi nama & ic aku 2-3 kali dia suh aku tunggu lagi 10 min, aku dgn hanginnya pun menjawab:

"saya dah call dari hari isnin, cuma nak tau result tu je, smpai ari ni xleh bagi lagi ke?? u call saya balik lah bgtau result tu. sehari 2-3 kali saya call tanya.

"sori kakka, telefon kita xleh call luar...."

dengan hanginnya aku terus letak fon. penipu betol, takkan la fon klinik xleh call luar kalu ada urgent!!! huhhh... next appointment aku mesti bgtau Dr Zulailah ttg staff dia yg mengong nie. gerammmmm....

ari ni, aku suh kawan aku call KSI tanya result tu,
kang kalu call kang gaduh lagi. dan result aku adalah NORMAL, xde diabetis. balik keje nnt terus nk gi jumpa Doktor Baskaran.





Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015