Friday, November 16, 2012

Cuti Semalam - Maal Hijrah (pengat keledek+caca+sagu)


Assalamualaikum...
rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan salam Maal Hijrah kepada uols. semoga di tahun baru ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. biasa la bila tahun baru mesti ada azam baru, walaupun azam tahun lepas belum tercapai lagi. yang penting mesti ada perubahan utk diri sendiri untuk jadi muslimah, isteri solehah dan ibu yang terbaek. itu aku laaa...

ok cukup dulu mukadimah tu, ni semalam punya citer sempena cuti maal hijrah. memang agak penat aku rasa sebab zara masih lagi tak sihat, so kami laki bini terpaksa bergilir2 tak tido berjaga dodoikan dia tido. aku pun tak masak sgt sbb penat. pagi masak gulai ayam sampai ke malam makan lauk tu. cian somiku... dia cuma request aku masak pengat je. takdenya sukatan aku buat pengat ni, main agak2 je.


Pengat Keledek+caca+sagu

bahan:
31/2 cawan santan dari sebijik kepala kelapa
2 ketul keledek- dadu
segenggam caca- rebus sampai lembut
2 sudu besar sagu
sekeping manisan- agak2 ikut anak tekak kalu suka manis tambah lg
2 helai daun pandan- simpul

cara:
masukkan santan dlm periuk bersama keledek, caca yg telah direbus, sagu, manisan.
masak dengan api kecil smpai pengat mendidih terus tutup api, kacau selalu agar pengat tidak pecah minyak.

simple gile kan nak masak pengat ni. rayyan makan bertambah2.

7 comments:

MizzTina said...

dapnye... lama xmkn pengat..

GOLD FINGER said...

tes..apakah motif bunga di tepi mangkok itu? Soalan SPM dari goldfinger..hahahaha

ameris said...

MK; akak buat pengat tp sesudu pun x sempat rasa, balik nnt lah mkn, ada lg dlm peti ais. hihihi

ameris said...

tes... hahaha soalan ngko tak hingat.
bunga tu saje nak bagi cun skit. kira mcm prop laaa...

Hani Syahani said...

rajinnye kak! pehhh!! lame x mkn pengat!! sedapnye!!

zila norazila said...

sedapnya kak..mkn sejuk2:)

محمد رازيق said...

wah. sedapnya kak. pasni nak try buat lah. hehe. menarik pengat tu. salam kenal kak.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015