Tuesday, January 8, 2013

Resepi: Chilled Blueberry Yogurt Cheese Cake

 assalamualaikum uols...
tak sabar ari ni nak share dgn korang resepi  blueberry yogurt cheese cake yang super ohsemm nih...hari yang sama aku buat dua kali wehh.. giler ke haper ko... tp sedapnyo mcm rasa eskrim yogurt yg timbang tu. huihui...


ni la rupa paras kek bila dah dikeluarkan dari loose pan

 
sedap giler kek yang sejuk ni bila lalu kat tekak....

CHILED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE
  Sumber: Zack Zachoes

Base:
100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya(aku guna sepeket)
45g butter ~ dicairkan

Adunan yoghurt cheese:

125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat

Sediakan loyang loose pan  berukuran 5 inc- kalu tak tau loose pan tu cemana, sila google yer, aku siap beli loose pan sbb nak buat kek ni laa

Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus(dasar pemalas-aku tumbuk smpai hancur pakai lesung batu)
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata
Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar

Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin(kalu masih berketul, rendam cawan dalam air panas pastikan dia betul2 larut yer kengkawan)
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja
Biarkan ia suam

Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul mesra dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Keluarkan cheese cake. Hiaskan atasnya dengan blueberry filling
Hias kek ikut kreativiti masing-masing.
Sedia dihidangkan.Makan sejuk2 sedap sangat.


7 comments:

MizzTina said...

sy xsuke cheese cake..tp nk try la buat

Zuraidah Butang said...

wahhh sedapnyeee. rasa nak makan kek plak..hehe nak wat tak reti..

izfanora said...

waaaaa.. sedapnya kak.. kak, set time wat mkn2 kt umh akak.. ktorg serbu.. boleh? hahaha..

ameris said...

try la buat. nnt xyah gi tutti fruiti lg.

ameris said...

zuraidah, nampak je susah tp senang je. sbb takde tepung2 semua.

ameris said...

boleh...boleh... buat event geng blogger mkn2 rumah akak.
sukaaaa sgt.

GOLD FINGER said...

setuju sgt...buat tes..gua siap nk tapau lagi..miahahaha

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015