salam jumaat yang barokah uols...
ari ni aku nak resepi muffin yang selalu aku dok buat dan jugak yang selalu customer order.
aku takde la pandai sgt nak buat kek bagai... buat hanya untuk anak aku jek sbb rayyan suka nau makan kek, bagi dia baulu pun kek... yang boleh amik oder tu bila ada potluck kat opis aku atau asben aku kdg2 buat laa muffin ni kalu bahan tu dah ada kat umah...
lama2 ada yg suka dan tempah dengan aku.
resepi ni korang boleh olah sendiri nak letak apa2 filling yang korang suka, coklat cip ke, blueberry ke, badam ke atau apa2 je mengikut selera. ehh nak buh pisang pun boleh...
kebetulan minggu lepas ada customer oder mini muffin ni filling blueberry, so aku buat lebih boleh la buat minum petang, lagi pun dah lama gak tak buat kek untuk rayyan kann...
sebab blueberry ngam2 je dgn yang customer order, aku cuba letak cheese pulak kat atas. mmg sedap.
aku mcm penat "skit" kalu amik oder buat muffin ni sbb 2 beradik tu "rajin" nak nolong.
"abang buat... abang buat..." bila turn nak tabur badam atau masa nak kacau adunan tu..
pastu yaya pulak
"yaya buat... yaya buat...."
mana tak letih kalu cenggini gayanya....
aku dah lupa mana aku dapat resepi ni sbb dah lama nau,
resepi pun aku main tulis dengan pencil atas ketas je dulu.pastu oter skit2 ikut selera... Ampun yer pemilik resepi....
ni base vanilla muffin, so ikut kreatip uols nak buh filling atau letak pape atas tu. boleh la buat weekend nanti ok...
SELAMAT MENCUBA...
Bahan-Bahan:
·
2 cawan
tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
·
3/4 cawan
gula castor
·
1 sudu
kecil baking powder
·
1/2 sudu
kecil garam
·
1 cawan
susu, full cream Dutch Lady
·
1 sudu
kecil esen vanilla
·
1 biji
telur, saiz besar
·
1/2 cawan
butter, cairkan
·
hirisan/nib badam, untuk hiasan
Cara Penyediaan:
1. Panaskan oven kepada 180 degree
celcius
2. Dalam mangkuk, ayak tepung,
baking powder, dan garam.
3. Dalam bekas berasingan, satukan
susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan.
Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di
dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
4. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4
penuh,hiaskan dengan badam dan bakar selama 20 minit.
Tips:
Pastikan
butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa
proses mengadun.
7 comments:
nanti ada masa bole lah cuba nie...:)
nampak senang,tapi tak taulah kan menjadi ke tak..ehehe
em sedapnya.. menggoda..hihi
TQ kak kasi resepi...Qi sgt suka muffin...tp maknya si qi tu pemalas benor2 hahahhahha
ada masa kak mieja nak try resepi amie:)
Cer pos kat mak boyot ni..
mmmm...nampak best sangat dengan taburan cheese kat atas muffin tuuu...nak kena try buat ni!
Post a Comment