Saturday, July 11, 2015

Resepi: kerabu pucuk paku style kelantan yg sedap

lagi seminggu kita akan berpuasa, semoga ibadat kita pun akan lebih merathon mengejar malam lailatul qada..   saya tidak laa mampu nak buat sepanjang malam. apa yg saya buat ialah bangun sedikit awal, buat solat tahajjud dan sunat taubat bersama suami sebelum kami bersahur... tiada niat riak sekadar berkongsi sahaja....

berbalik kepada resepi .... bulan puasa ni mmg saya rajin ehh buh resepi kat blog.
 sambil bagi idea kat korang utk masak. ngeeee
sebenarnya takde laa rajin benar cuma kadang2 
teringin nak makan sesuau yg jarang ada kat kedai/bazar jadi saya buat lah sendiri.
kerabu pucuk paku ni versi kelantan. mmg sedap sbb banyak ikan, 
rasa masam2 skit, ada kerisik santan pekat... 
adusss boleh buat terliur tau sambil menaip ni..

pastu boleh ratah2 mcm tu jer... serius sedap. 




KERABU PUCUK PAKU
 

BAHAN:
seikat pucuk paku, potong kecil dan celur sekejap. toskan.
2 biji bawang merah
seekor ikan selayang yg direbus, asingkan isi.
santan pekat 1/4 cawan
sedikit lada hitam
jus limau nipis
garam, gula

CARA:
tumbuk bawang merah, isi ikan, lada hitam hingga hancur
masukkan dalam pucuk paku yg telah ditos tadi.
masukkan santan pekat.
perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau.
masukkan dalam peti ais.
sedap dimakan sejuk...

3 comments:

miss cloudy said...

salam singgah

cikcloudy said...

salam singgah

diary_ciknaa said...

alahai kak.. sy kena belajar buat ni sbb suka sangat kerabu pucuk paku.tp versi klate blom mkn lg..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015