heyy korang bukan senang tau jadi wanita berkerjaya dan berkeluarga dengan 2 orang anak kecil. (mesti ada yg kata, elehhh baru 2 orang pun dah kecoh, belum lagi 3, 4, 5 orang anak) kadang2 terpikir ohh alangkah heaven nya ada maid boleh tolong kemas dapur lps makan, aku plak boleh goyang kaki lepas makan sambil tgk drama melayu kat tv3 pastu boleh plak jerit "bibik,buatkan kopi"(tetiba imaginasi terlebih2 hahaha), tolong lipat kain yang menimbun(skrg cik suami rajin lipat kain, tq sayang) tolong kemaskan rumah yang huru hara, tolong tu .. tolong ni... arrrghhhh... TAPI tak sanggup ada maid bila baca kisah kengkawan yang ada maid yg buat hal. tambah lagi berita penderaan. oohh tidak sama skali. nyawa anakku bukan taruhan. rela daku berhenti keje kalu takde orang betul2 boleh dipercayai untuk menjaga 2 orang anak2 aku.
jadual aku bermula kul:
5.30 pagi.
kena bangun senyap2, kang nnt terbangun pulak budak2 tu. amik dalam 10-15 minit lipat kain kalau ada kain.kalu baju suami belum iron sila iron dulu.pastu baru siapkan diri aku mandi solat semua. make sure sebelum 5.30 tu budak2 dah hisap susu masing2 supaya nanti diorang tak terjaga kelaparan. biasanya aku bangun kul 4.30 buatkan diorang susu. dan lena semula diulit mimpi upin
ipin...
kalu budak2 tu tak terbangun dapat lah aku bersiap dengan aman, belit2 shawl, boleh pilih2 nak bawa henbag mana..angkat je diorang yang tengah tido tu sumbat dalam keta. kalu tak hentam saja. kelam kabut dengan diorang pulak.nak ikut aku masuk toilet laaa, nak main make up aku laa... memang berpeluh tau. tapi ubat dia senang je, bagi tab, pasang upin ipin leka la diorang.
7am-7.30pm
-antar diorang rumah pengasuh.
-berkejar ke opis pulak. kalu jalan ok, bole breakfast dengan aman. kalu jammed berlarian aku nak punch card. tapi nasib baik cik suami cekap mencilok mmg tersangatt jarang aku lewat ke opis.
-bekerja mcm nak giler kat opis. customer services ni paham2 la korang semua yer....
-berlari lagi time balik keje. kalu masing2 lapar, aku dgn suami singgah makan dulu. kalu singgah makan alamatnya kul 8.30 la baru sampai umah lepas amik anak2. kalu tak kul 7.30 dh sampai umah.
7.30pm -10pm
-berkejar lagi dengan masa untuk solat maghrib, mandi.. masa ni kena bergilir dengan suami salah sorang kena monitor budak2, masak air.kalu baju kotor banyak, sumbat terus dalam washing machine biar dia menjalankan tugas.
- aku dah tak masak lg utk dinner. cik suami kesian kat aku bertungkus lumus masak, pastu nak kemas dapor lagi. utk budak2 tapau siap2 dari rumah pengasuh. biasanya bdk2 tu dh mkn pukul 6. so malam kdg2 diorang dh xnak makan lg. aku bagi makan buah, nugget je.
-kemas dapor.
-tengok tv.
-layan budak2 main, sambil baca buku, bercerita dgn diorang.
-masa ni bateri aku dah 1 bar kot. flat dh rasa.
-angkut diorang masuk bilik. jemur baju yang basuh tadi.
-tido.
rutin akan bersambung esoknya...esoknya....dan esoknya........ tapi weekend lain pulak rutinnya.. next entry aku share yer...