Friday, August 30, 2013

Kidzoona @ Aeon AU Keramat (J.J)

kidzoona Aeon ni tempat faveret aku bawa anak2 aku. kenapa faveret??? sebabnya bawah satu bumbung ni mcm2 aktiviti boleh buat. bayaran pun tak mahal RM10/pax. maknanya 2 orang aku cuma bayar RM20. duduk la main dalam tu sampai lebam. yg bestnya boleh kuar masuk. lepas main penat2 ko boleh kuar gi food court ke atau restoran2 kat dalam tu. pastu boleh bawa anak2 masuk balik main.  restoren pun byk sgt, kfc ada chicken rice ada kenny rogers,eeiii macam2 laa aku nak list kat sini tak ingat...dan aku pulak boleh membeli belah kat JJ tu., cik suami boleh monitor budak2 tu. yeayyyy... boleh shopping tanpa gangguan...

bagi aku mmg selesa aarr JJ AU keramat tu sbb ada bilik nursery baby. boleh tukar pampers diorang dengan selesa ok. surau dia pun sangat2 luas dan selesa. sebab tu aku kata ni tempat feveret aku bawa anak2 main.
tak yah ko risau hujan ke hape sebab dah tentu tempat ni berbumbung. cuma kena la monitor jugak kan..


 seronok yaya main masak2 kat dapur ni.. yg tertampal kat blkg yaya tu tag masuk kidzoona.

 tak tau apa benda dia tgh nak hidang  kat rayyan tu..

 laaa tetiba tumpah pulakkk..

 tengok rayyan tengah siang ikan..nak jadi chef kot budak ni.

 yaya baca buku sampai naik atas meja. 

 buku yg banyak tu pun diorang bole nak berebut...

 main mende ni pun naik atas meja jugak...

 3 jam main aku buatkan yaya susu. 

 lepas penat main melantak nasik ayam kat chicken rice.. huru hara kat restoren ni. 

kebetulan ada mini konsert masa aku gi ritu. hos linda onn & halim othman. sempat la tgk Najwa latip nyanyi..

7 comments:

Rosmawani♥ said...

Duk kl best ade tempat gini.. :)

ameris said...

Ros, kalu datang KL boleh singgah tempat ni bawa anak2 main.

Qhaifa Nur said...

budak2 suka la ni...

Unknown said...

kalau bawak pengasuh sorang boleh la kita shoping dengan tenang sambil tinggal anak kat situ dengan pengasuh..ehheheh

ameris said...

diana... boleh sesangat. mak pun bole shopping dgn tenang. anak pun x bosan...

ameris said...

Qhaifa, ni mmg faveret diorg laaa...
dok sini sepanjang hari pun xpe. kuar masuk..kuar masuk. janji jgn hilangkan tag kidzoona tu

mrs kayrul said...

alamak macam mana tak perasan nie...dulu rajin gak g jusco AU tue...baru la ye kak amy???

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015