Tuesday, October 29, 2013

Aidiladha di pantai timur seronok ke?

nak jugak up entry dlm draft ni walaupun raya haji dah berzaman lepas, pertanyaan yang selalu aku terima kalu balik raya haji... "kat pantai timur best kan raya haji..."  "seronok nya raya haji kat kelantan".... aku pun tak tau nak jawab cemana sebab tak penah lagi beraya haji kat tempat lain. miahahaha...  maklum la kami laki bini orang kelantan. kalu yg pasangan berlainan negeri mungkin merasa jugak lah kot.

ok, berbalik pada sambutan raya aidiladha di tempat aku biasanya korban lembu dilakukan secara gotong royong, dan biasanya dikawasan rumah yang ada tanah lapang. mereka yang menjalankan ibadah korban haruslah berada ditempat tersebut untuk niat korban kecuali diwakilkan.

2 gambar di bawah aku cilok dari fb adik aku. yer laaa aku kan balik pagi raya mana la sempat nak snap gambar lembu kena sembelih dan bergotong royong lapah lembu...

lepas dah lapah daging lembu, terus bagi2 daging lembu tu dan selebihnya di buat kenduri bergotong royong. semua menu dari lembu itu.

antar menu yang polular kat kg aku ialah singgang tulang, sup, colek perut, daging goreng. abah aku pulak biasanya tetiap tahun dia mesti buat sup kaki lembu ataupun sup gear box. sup abah mmg terbaik aarrr... tapi masa balik ritu rasa tak puas makan sup kaki  lembu abah buat. huhuhu
2-3 hari tu mmg menu berasaskan daging laaa... sampai aku sakit gusi dok ngunyah daging jek.
kalu gi open house rumah sesapa pun mesti menu daging, sup,singgang,perut.
tradisi ziarah menziarahi masih diteruskan sama mcm raya puasa gak. tp aku hanya gi rumah sedara terdekat je. malas nak usung budak 2 orang tu ke hulu  hilir sebab cuaca adalah sangat panas. dah la diorang jenis mudah nak demam...
semua yang tarik tali lembu tu sedara mara...

 
gotong royong lapah lembu

 

orang dah ready pegang tali lembu, aku baru terhegeh2 nak balik pagi raya, sib baik jalan very the clear tahap bleh joget2 chicken dance atas jalan. pastu singgah lak breakfast di kfc raub. rayyan & yaya buat kfc tu mcm ummi dia yang punya. habis selerak satu kfc. hahaha sapa pedulik dah weols je kastemer pagi raya tuh... dengan tak mandinya lagi...

raya ke4 hari jumaat  sempat kami beraya ke Rantau Panjang. kawan cik suami ada kawan kt sana tp tak la ke rumah dia tp ke kedai menan dia. anak2 pulak naik sawan tengok segala mak nenek menan kat situ..
yaya dah geram tengok patung kecik2 tu... aku pejam mata jer...

rayyan plak dok pegang2 otromen, jenuh gak laa aku mujuk sbb hubby xde masa ni gi solat jumaat.

 
salah satu gerai eskrim yg menarik kat rantau panjang. aku syak kat tempat lain xde mcm ni kot. kt kb pun takde.


korang tengok la kedai kawan suami aku ni, cemana la budak2 tu tak melekat kat situ... mcm2 ada

kalu gi Rantau Panjang bukan anak2 je sawan, aku pun naik sawan jugak tapi sayangnya tempat yang aku nak terjah tu mmg tak sempat nak gi. sobsob.. kalu tak mau melayang 200-300 kot beli pyrex dan corell. aku beli baju anak2 dan dan makanan ringan je. baju2 budak mmg cantik dan murah aarr pada aku, salah satu dress cam zara kat atas tu pun aku beli kat Rantau Panjang rege RM15 jek, rugi tak beli banyak. stendat mcm yg China brand zara semua tuh. baju tido comei2 dalam rege rm12. aku beli sepasang sorang.

#sambutan raya aidiladha kat tempat korang cemana plak?

Monday, October 28, 2013

RESEPI: Ayam Teriyaki

resepi lagi kali ni yer uols.... tp jangan la bimbang nama resepi ala gempak feeling dok kat jepang, padahal kat sri gombak je wooiii... kalu nak ikutkan mmg resepi ni dari jepang tapi dah diubahsuai oleh pemilik asal resepi ni.

 kalu aku buh resepi kat blog ni mmg resepi mudah2 jer untuk mak2 gojer yg bekerja dan masa pun jap je. sambil nyusu anak, sambil basuh pinggan sambil buat home schooling dah siap lauk ayam teriyaki ni cik bedah wehh..

aku pon dah lama sgt tak buat ayam teriyaki ni setahun kot, tup2 semalam cik hubby request.  sblm ni tak penah dia request2 cam ni. korang ayam teriyaki sangat sedap tau mmg jadi faveret anak2.

jom semak resepi.
sumber asal dari FP rinchann


CHICKEN TERIYAKI
Sumber asal :
Japanesefood.com

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
aku suka potong kecik bg cepat masak dan senang si rayyan nak makan...

ayam teriyaki versi aku..... 

semalam aku gandingkan ayam teriyaki ni dgn telur dadar & kacang buncik goreng dgn fishball. dh comot pinggan sebab hubby asyik ratah je...

Friday, October 25, 2013

Tentang penyusuan bayi

tetiba ada entry tentang penyusuan bayi... ko naper amy? ngandung lg ke?
ohh tidakkkk sama sekali.... bukan aku yg mengandung.

aku just nak citer tentang pentingnya penyusuan bayi semasa dalam tempoh 40 hari umur bayi berkenaan. tak kira la ko bagi FM atau pun BF.

apsal aku tetiba bukak citer ni?? sebabnya apa yang berlaku ni adalah dari kalangan keluarga terdekat aku. pertama skali aku nak minta maaf kat adik ipar aku andai dia ada terbaca entry ni dan aku bukan lah nak ceritakan sesuatu yang tak elok tapi untuk kebaikan dan pengajaran untuk semua, sebab aku tau ramai antara pembaca amerislovely ni adalah dari kalangan ibu2, mak2, dan bakal jadi mak2. aku jugak pikir ribu kali untuk buat entry ni.

ok macam ni citer dia. pentingnya penyusuan bayi dalam tempoh 40 hari tu bukan aku yang kata tapi doktor paediatrik.
kenapa?
sebabnya dalam tempoh tersebut bayi hanya bergantung pada susu untuk membesar, menjana otak, saraf, tulang dan sebagainya. iyer laaa mesti la bagi susu takkan nak biarkan bayi tu melalak kelaparan pulak. setiap malam wajib menyusukan bayi sekiranya bayi sedar, dan of kos la bila bayi sedar mesti lah dia nak susu, takkan nak ajak main pulak kan. sekali lagi aku ingatkan, ni dalam tempoh 40 hari yer...

sekiranya tidak ckup menyusu dalam tempoh 40 hari kemungkinan untuk bayi tersebut jadi.... [aku tak tau apa perkataan yang sesuai tp bayi perkembangan bayi akan slow bukan terencat] adalah tinggi.-semua dengan ketentuan ALLAH-

masih terngiang lagi pertanyaan adik ipar aku dulu. [rayyan dan anak buah aku tu beza 3 bulan]

 adik ipar: kak amy, rayyan bangun brapa kali setiap malam menyusu?
 aku: ada la dalam 2-3 kali
 adik ipar: jang[nama panggilan utk dia] tak ajar aqeef bangun malam, kalu dia bangun, tepuk2 bagi dia tido  balik....

ok, ko nampak tak apa yang aku maksudkan.....

so masa aku balik raya ritu, mmg nampak perbezaan rayyan dgn anak buah aku tu even dengan yaya sekali pon..

-nak abiskan 5 oz susu ambil masa 1 jam dan mungkin lebih.
-sukar nak menelan makanan dan anak buah aku tu dok kemam je nasi bubur. kena ulang dengan air baru
 dia telan[tu pun ambik masa]
- air liur masih lagi meleleh sampai basah baju[kena letak towel kecik sentiasa] walaupun dah berumur 3thn++
hanya tahu menyebut mama sahaja.
-lebih suka bermain sendiri.

jadi sekarang ni anak buah aku berulang alik menjalani fisioterapi dengan doktor pakar paediatrik di terengganu.  beberapa hari sebelum balik raya aji ritu sempat aku ber FB dgn adik ipar aku yang doktor mencadangkan dia membuat kad OKU!! terkejut aku dengar sebab dia bukan cacat anggota badan.
mungkin perkembangan dia sedikit lambat. dan aku rasa anak buah aku boleh dibantu dengan cara lain contohnya macam sentiasa menjalankan terapi, luangkan banyak masa dengan mengajar dia bercakap, urutan di kaki, tangan dan badan. dan yang paling penting sentiasa berdoa, bacakan zikir, ayat kursi kat ubun2 dan minum air zamzam.

aku membantah sekerasnya kalu dia ingin buat kad OKU sebab perkataan O.K.U tu akan kekal dalam ic dan sekiranya budak tu dah ok[Insyaallah] mcm budak2 lain apa pula perasaan dia bila dalam ic dia terpampang perkataan tu.

sebab kita tak tahu ketentuan dan perancangan Allah. mungkin keadaan dia mcm tu hanya sementara saja...

korang yang ada cadangan atau pengalaman tolong bagitau aku cemana nak bantu dia...

Thursday, October 24, 2013

kalau lah macam ni selalu...

 aku kan kadang2 hangin tahap gunung mepetup jugak dengan budak 2 orang ni tau. dah laa penat balik keje, berkejar2 aku ngan suami utk gilir2 solat  maghrib. maghrib kan awal skrg. jgn harap la nak tengok Mr Arrogant ke hapebenda yang korang dok gebang kat fb tu sokmo. balik2 je 2 budak ni bergaduh. bukan sekadar cuit2 gitu je apa2 yang ada kat tangan tu jadi alat laaa.

semalam lagi laaa tengah elok jek main sesama boleh lak gaduh siap pukul berbalas2. rayyan guna raket badminton plastik, yaya guna ottomen robot tu. hahhh ko!!! terus aku jadi tarzan laaa maghrib2 pulak tu.ppffftttt....

adeh  laaa anak ooiitt. cian kat ummi tau. yang nangisnya rayyan, yaya dia bantai gelak je kena pukul.
si abang pulak anje2. kena pukul skit terus datang peluk aku tunjuk tempat dia kena pukul. adik rilek je sambung main lagi....

lepas adegan gaduh2 elok pulak 2 beradik tu sambung main cam biasa. main masak2  pastu suap pulak kat upin yang terbaring tu. korang ni kan sajer je nak menguji tahap kesabaran ummi tau.  kalu main elok2 cam ni kan bagus. takde la rah ummi ni naik jek.



tengah leka masak.


2 chef tengah prepare utk upin.

Wednesday, October 23, 2013

OOTH: earth color


outfit of the day [OOTH]. kengkonon nak ber earth color tp naper cam tak kena jek. tp aku belasah jer.. janji ada cekelat & itam...

Tuesday, October 22, 2013

Bila jangka hayat dah tamat...

nak dijadikan cerita masa game bola Kelantan vs JDT tempoh hari tetiba tibi umah aku rosak. menggelabah cik somi aku sbb dia mmg fan TRW ko... maka tengok bola pada malam kita macam jatuh wajib okeh!! sib baik ada satu lagi tibi kat master bedroom. kalu tak maunya malam tu gak gi beli tibi baru.

esoknya terus gi kedai letrik cari tibi. sebenarnya tibi asal yang ada tu mmg dah lama, masa dia bujang lagi. aku pun tak kenal lagi suami aku tuh.  ko bayangkan tibi kotak dolu2. besar gedabak, kalu orang masuk nak curi pun pikir sejota kali sebab berat wehhhh... aku yang angkat dgn suami masuk dalam bilik belakang pun rasa nak terkentut okeh. ok sayang takyah pikir nak baiki2 lagi, hayat dia sampai situ jek. beli je la yg baru. kang kalu baiki lepas seminggu rosak lagi...

esoknya terus start keta cari tibi. aku x ikot sbb budak2 tu tido lagi pun malas nak layan anak dalam kedai letrik nnt. dah tau apa yg berlaku....
hifi zaman dolu2 jugak tp masih bernyawa. sayang wooo... sentimental tuh...


 lepas dh kuarkan tibi lama tu mcm lapang jek...


tibi baru philips 42".

 ada gak habuan untuk aku. vacuum electrolux. vakum asal pun dah tamat jangka hayat...

dua orang budak yang turut bizi nak nolong apaknya...

hai yaya nih... sapa pulak yg dia tepon ...

punya la dekat dia tengok tibi tuh. risau aku...

layan upin ipin sampai nak masuk dalam tibi tuh...

kat sini la tibi lama berkubur. lagi nampak sesak bilik belakang umah aku. dah jadi mcm stor pulak.

Monday, October 21, 2013

RESEPI: kari ikan masin+nenas

selamat hari raya uols... seminggu bercuti raya aku wehh, pastu mula la agak lemau nak mengadap blog. citer raya nnt aku update kendian yer... sebagai warm up aku tempek resepi kari ikan masin + nenas. sakit gusi dok makan daging jer,  semalam aku masak kari ikan jaket masin. ada nenas aku campak skali.
ni pes time aku masak kari ikan masin. biasanya aku masak gulai kuning tu je... alaaa mcm gulai nasi berlauk tu. oleh kerana pes time maka harus buh dalam blog kesayangan. ngehhh..ngehh... [motip?]

tips dari aku kalu nak masak masakan yg menggunakan ikan masin ni kena la kurangkan garam, sebab nnt masin ikan tu akan turun kat kuah tu kang abis satu family kena darah tinggi...

daging selambak dalam esbok nnt slow2 aku abiskan.... resepi kari ikan masin yg super duper sedap dan senang tahap boleh dukung anak sambil suap nasi sambil potong bawang.[statement giler melampau] 
Aku sukan ikan jaket sbb tulang dia kasar, peratus nak tercekik tulang tu tipis banding ngn ikan lain. ko jgn kompare ngn ikan bilis lak.

BAHAN:
sekor ikan jaket besar[ikan jaket=ikan cencaru] - potong ikut suka
3 biji bawang merah kecik-hiris
2 ulas bawang putih - hiris
rempah 4 sekawan
sepaket rempah kari ikan masin ADABI- jadikan pes
1 pelepah daun kari - korang jgn tertukar dgn pelepah pisang lak...
santan- aku guna setengah biji kelapa
2 potong nenas - optional

CARA:
tumis bawang yg dihirs, masukkan rempah 4 sekawan
goreng agak2 layu dan naik bau.
masukkan pes ADABI.
kacau sampai naik minyak - bukan korang yg naik minyak yer...
masukkan santan dan ikan masin.
bila dah mendidih masukkan nenas.
masukkan garam skit [skit je tau sbb bila ikan masin sebati dengan kuah akan masin]
biarkan seketikan dan tutup api.

#makan dengan nasi panas, ada ulam ada sambal, telur dadar. bertambah2 nasi makan tanpa sedar.

Monday, October 14, 2013

Sehari di Aquaria KLCC

sabtu lepas aku & suami bawa anak2 gi akuaria KLCC. sebab dah lama tak bawa budak2 tu jalan, ada la dalam 2 minggu asyik terperap je kat umah. iyer la ujung minggu je tukang rumah datang buat pagar kt autogate kat rumah, pastu ada skit2 renovation dan repair sana sini.
cian pulak, ptg2 nampak sangat budak tu mcm bosan dok trperap je kat rumah...
ari sabtu tu pun ada lagi diorang datang buh simen kat depan pagar tu..

tapi weols nekad gak kuar... dah tak tau nak jalan mana, moh kita ke KLCC. nasib baik orang tak berapa ramai. kitorang penah gi dulu, masa tu cuti sekolah. nak beratur beli tiket maikkk aiaihh dah macam umar sawa berlingkar. idok la aku nak menyumbat sama dalam tu. pusing2 dalam klcc pastu balik.

masa kitorang gi last week tak la seramai ari tu. tiket mahal gak laa aku rasa rm38 utk adult. so 2 orang RM76. nasib baik budak2 tu xyah bayar sebab masih bawah umor.. 3-12 tahun kalu tak silap aku RM25. sebelum anak korang cecah 3 taon cepat2 gi aquaria KLCC.

dah lama aku nak bawa rayyan datang sini. dan dah sesuai sgt2 umor dia untuk explore. sblm ni dok tengok ikan kecik2 je. skali bila gi sini boleh nampak dia punya teruja dan kagum dengan ikan2 besar dan segala hidupan air. asyik sebut FISH, FISH, FISH. yaya pulak membuta dalam stroller.

masa lalu terowong lagi laaa shark lalu atas kepala jer.... masa tu boleh pulak aku terpikir kalu la cermin tu pecah abis la kena makan shark. haishhh suka pikir bukan2 aku nih.
rugi plak rasa tak bawa DLSR masa ni, so snap pakai hp je tu pun jenuh nak snap. hp aku kat yaya dok dengar lagu, hp suami plak dengan rayyan. dia pon dok snap2 fish.. tapi hancus semua gambar yg dia amik. mmg tak nampak hape ponn...

sebenarnya ni pun salah satu learning proses untuk anak2. nnt kalau ada masa nak bawa diorang gi zoo pulak.

 ko tengok keterujaan anak aku tengok ikan. tak abis2 dok tunjuk fish2. mula2 dia mmg dok dlm stroller... yaya jalan...

 dah teruja sangat mula nak jalan, yaya lak dok dlm stroller. giler ko tak teruja... gedabak besar punya ikan. aku pn tak tau ikan hape. ada la tulis tp nama saintifik... tak koser nak mengingat plak.


dlm akuarium bulat tu obor2. ko tengok hp asyik dgn rayyan jer... grrrr.... 

aku nak snap gambar dia, dia pulak dok sibuk nak snap gambar aku...
eeehhh yaya tengah membuta masa ni...

kagum lagi... aku panggil 2-3 kali pun tak hirau. statik kat situ.

yang ni aku sempat snap ikan nemo dan segala ikan yg kalerful tu...
 mmg cantik sgt2...

 yang berkumpul ramai2 dalam akuarium silinder tu ikan piranha tau...agaknya kalau terlepas abis manusia dalam tu kena makan...

ni plak kat kedai souvinier. dia pun teruja tgk FM ikan

 gelagat cara usha macam nak beli semua....



sementara tunggu laki solat aku snap2 gambar rayyan dan yaya...

dah keluar dari Akuaria baru si yaya bangun. pastu minta melantak roti sosej giant....




Friday, October 11, 2013

Aku & Diet

salam Jemaat uols... lambat bersiaran hari ni sbb live update bukannya schedule n3.. ngehh..ngehh... bocor rahsia.. ari ni nak gebang pasal diet. bukan general diet tp aku punya diet  entry berjela di tengahari.. tabah lah korang baca yer...

sblm beranak pinak berat badan aku adalah 45kg gitew..lps kawin naik laa jadi 47kg. aku suka time ni sbb dah lama aku idamkan berat cenggini. takde la kurus kering sekeping badan aku. of koz la lepas kawen happy kann...ada sesapa berani menidakkan, kang kena cepuk dgn laki sendiri.

bila pregnen kali pertama, makan tak ingat donia. im pregnen okeh, so makan untuk baby. teori aku yang ternyata salah.... sebab bukan lagi menjadi rezeki kami, aku keguguran. lama lepas tu belum jugak pregnen2. seterusnya proses mendapatkan baby bermula lagi. pelbagai treatment kesuburan, jumpa pakar gynae aku lalui barulah berjaya mendapatkan Rayyan.

rayyan baru 7 bulan tetiba aku pregnen lagi. aku lagi la terkejut sbb nak pregnen dulu punya la susah tup tup senang pulak mengandung mcm mkn kit kat pulak. hukhukhuk...

ooo.. rupa2nya ubat subur yg aku amik dulu masih lagi kuat dan aktif dalam badan. doktor cakap gitu kat aku dulu...

mengandungkan kan yaya lagi mencabar sbb ada kompilasi. -air ketuban lebih-
menurut doktor baby dalam kandungan boleh jadi cacat, sindrom down, dan bermacam2 lagi kemungkinan yang tidak normal. gilak aku tak takot dengar penjelasan doktor. tapi aku pasrah dan alhamdulillah yaya is NORMAL mcm budak2 lain. aku bersyukur sgt2 ya ALLAH...

untuk mengelakkan lagi eksiden aku sepakat dengan suami ambil perancang yang cucuk kat montot tu 3 bulan skali. sambil monitor cyst kat rahimah rahim aku nih supaya tidak membesar bagai johan. cukup takat 5cm tu jek.

menurut doktor gynae aku lagi bila dah ambil perancang ni, selera makan akan bertambah, emosi akan tak menentu dan lain2 simptom lagi. takot tak korang???

ok, ke dua dua aku akui mmg aku alami. selera makan mengalahkan raksasa, emosi yang tak stabil. sila tabah lah wahai suami dengan bini yg beremosi gini. ni bukan sengaja okeh, ni simptom yg doktor pun cakap. [alasan supaya aku bukan punca... ehh betul hape...]

lepas beranak berat aku cecah 52kg. sangat luar biasa, di mana aku mesti buat sesuatu. tak nak lemak makin berkembang maju dalam badan aku. sampai ada yang ingat aku pregnen lagi. SENTAP jiwa tisu aku. berjuta sentap bila ada yang nak bagi seat kat aku dlm lrt sbb ingat aku mengandung. [nangis dalam ati... huhuhu]

amerda, pls positif. maka lepas bulan puasa ritu aku terus tak makan malan sampai sekarang. aku cuma makan tengahari sahaja dengan lauk pauk tanpa sekatan. maksud aku takde la aku hadkan lauk2 jenis rebus2 je, panggang je... semua aku bedal tp skali sehari SAHAJA. bfast pagi pun aku skip sbb waktu rehat aku kat opis 11.30-12.30. kalu aku mkn pagi masih lagi kenyang untuk aku amik lunch time rehat tu.  malam pulak aku cuma abiskan sayur anak2,  biskut sekeping yg anak tak abis atau tak makan langsung. masa mula2 mmg gigil jugak laa sbb perut jenis isi kenyang mcm ular sawa. mkn kul 9, kul 10 tido.

tapi alhamdulillah, dh biasa camtu. takde gigil2 lagi mcm org somalia... berat turun 2kg jd 50kg. tp suami lak kata jgn kurus lagi biar je camni... hmmmm yg penting skrg nak kurangkan buncit perut.

Thursday, October 10, 2013

SUSUN ATUR: pakaian rayyan & yaya

sejak terjebak dgn susun atur aku dah mula target area2 yang perlu dibuat diberi perhatian.  kalu nak ikutkan dah dah buat kat dapur since aku dah buat tag2 untuk pelbagai bekas/balang kat dapur.
part ke 2 adalah bilik rayyan iaitu pakaian budak2 since aku pon dah lama tak sorting. biasanya 6 bulan skali mmg aku sorting. yang kecik2 aku masukkan dalam kotak.

 iyer laaa budak2 kan cepat sgt membesar. kejap je baju2 diorang dah tak muat. contoh baju yaya yang umor6-12 bulan aku sorting sesiap letak tepi. kadang2  rasa sayang gak, sbb baju2 masih lagi baru, ada tu pakai tak sampai 5 kali dah senteng tak muat. huhuhu...

pastu pulak baju budak2 tu stok brand baby kiko, poney. bagi aku agak mahal jugak laa walaupon aku beli masa sale. mcm dress yaya brand baby kiko ada yg cecah rm40 jugak aarr... ppfft. baju aku pun murah pada tu okeh...

tu laaa pada muka aku, akibat main lambak2 je baju diorg lepas lipat. sudahnya dok bawah skali bakul baju, tak pakai2. seingat aku ada la dalam 2-3 kali je pakai kot. nak tunggu aku beranak lagi tak tau laaa.

aku rasa simpan dulu la... kot2 adik aku esok2 ada baby. tu pun kalu dia nak yg second hand..... kalu tak nnt aku sedekah pada sesapa....



sebelum susun. mmg berlambak mcm pasar lambak. jaket laki aku pon ada skali. ehh sweater aku pon ada jugak. haisshhhh.....


sebelum susun mmg selambak mcm pasar lambak. jaket suami aku pun ada skali... eehh sweater aku pon ada skali laaarrr... tak senonoh. malas tul ummi rayyan ni...

 aku dah beli sesiap hanger tecit. pink utk yaya, biru utk rayyan...

baju bajan yaya yang dah xleh pakai... banyak wooo...

baju tido, skirt, romper, dress semua ada...

lepas sorting. laaa skit jer pon baju yang leh pakai...

baju rayyan pon sama lepas sorting setengah bakul je pon yg tinggal. aku suka guna bakol gini je letak baju diorg sbb senang bila balik kg aku angkat dgn bakol2 tu. siap sorang satu...

 stok baju rayyan yg dah xleh pakai. suar khakis cekelat tu baru pakai skali brand baby kiko...

selepas sorting nampak lebih kemas[pada mata aku] wpon masih perlu dikemaskan. dress dan baju jalan aku gantung sbb tu bakul dah lapang.rak hanger tu aku letak towel kecik diorang.

so maknanya boleh shopping baju budak2 ni lagi. ngeeeee.... eehh best haper shopping budak2. korang pon sama kannn...

eksesori diorang yang lain nanti aku share next N3.....

Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday: Akhirnya terjebak jua..

eehh... kata wordless... tp nak gak citer skit aarr...
sejak  kat opis aku wat 5S, aku dah terjebak buat menda ni kat umah jugak. tapi godaan tu datang dari blogger2 susun atur dan home organising jugak.thanks yer mommies gojes sume..[tak sempat buh link korang] tapi lepas kemas kabinet dapu rdan buat labelling gini banyak betul makanan dalam kabinet yg expired, yg paling banyak terbeli 2 kali. sebabnya lepas beli main sumbat2 je dalam KC, sudah nya bila nak guna tak jumpa beli jek yg lain contoh mcm kacang ijau, sagu, caca utk bubur tu.....
lega tgk dlm KC dah kemas berlabel. nnt aku tepek gambar yer, tak semapt nak snap pic last week....

semoga aku kental dan tak hangat2 taik ayam dalam menjayakan projek Home Re-organising. tq to hubby sbb banyak tolong aku. ciom skit. muahhh...

 

Tuesday, October 8, 2013

Akibat harga petrol naik...



nasi aku beli minggu lepas bayam goreng, ikan bawal sambal rege rm4.70 

rata2 semua dok up n3 ttg kesan kenaikan harga minya petrol.  aku pn terasa gak la sipi2 tu bila harga makanan pun turut naik. bukan 20 sen bukan 30 sen, ada tu naik seringgit terus woooo...
pitammmm...

masa borak2 dgn cik suami dia pun ada gak cakap harga makanan kat kantin opis dah naik. hmm  aku rasa kat area opis dia kira ok lagi kot sbb banyak pilihan. kat area opis aku di kl sentral ni ko jangan terkejut beruk kalu nasi lauk mcm kat gambar atas tu cecah RM10!!! pffftttt....
tu aku beli kat kantin opis aku.sayur bayam goreng, bawal sambal rege rm4.70. kira ok lah kan sbb ikan bawal. kalu kembung, ikan jaket mungkin murah lagi kot.

so untuk langkah penjimatan, aku sekarang dengan misi RM5 sehari. tak tau la berjaya ke tak misi aku ni.  kalu takat nak mkn biasa2 mcm ni sampai cecah rm10 gilo apo???

duit saving leh masuk tabung jalan2. hari jemaat time rehat lama tu leh aarr kalu rasa nak makan lebih skit... janji berbaloi... bukan la aku ni kedekut sangat utk isi perut sendiri. tp biar berpada.

pagi akan sedaya upaya sediakan bekal utk kami lakik bini... Insyallah... home cook lebih berkhasiat dan tak sakit perut... ngeeeee

Monday, October 7, 2013

resepi: butter chicken with cheese

lama betol aku tak share resepi kt blog. bukan la bermakna aku tak masak, tp mmg tak sempat sgt2 nak bersnap2 gambar bagai. dari dapur terus ke meja hidangan.. ceeewahhh gitew... hakikatnya aku dh macam lipas kudung bila kat dapur, baru nak kopek bawang kejap yg kecik merengek nak dukung, kejap si rayyan plak "UMMMIIIII......" adehh laaa... mmg super mak lah aku goreng ayam sambil berdukung yaya, tumbuk bawang sambil kendong yaya....

mommies gojes  semua, kali ni aku nak share "buttered chicken with cheese"  ko... nama kemahennn omputih. nak yang ber cheese  aje.. eehhh tapi kali nie mmg super duper best tawww...

alkisahnya aku kan slalu gak aarr mkn kat restoren cine hj shaarin low kat sri gombak tuh. nak jadikan citer satu ari aku nampak sorang mamat kat kitchen tu pakai salib, pastu tertengok plak staff dia tgh makan masa bulan pose ritu, terus rasa mcm dah tak lalu nak makan restoren cine wpun cine muslim. bila ayam butter ni fav aku, berbulan aku google cari resepi tau.

gigih giler kalu bab makan aku ni. dan paling tak mengecewakan bila rasa ayam butter hampir 99% mcm kat restoren cine muslinm hj sharin low.  dan aku yang baik ati ni share pulak dengan korang semua...

resepi ni aku dapat dari blog kak azie. tq kak, saya share kat sini plak yer...

Ayam Masak Butter & Cheese
Sumber: Azie Kitchen
olahan: AmerisLovely

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang [aku letak cili boh 2 sudu]
2 chili padi - cincang[aku x letak]
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese[aku letak 2 keping]
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai[aku letak 3/4 tin[
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - optional
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur[lupa nak letak]

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.


ni hasil yang aku buat kuah dia aku jilat sampai licinn...
digandingkan dengan ikan cencaru, sup telur+suhun+kentang utk anak, dan sambal bilis+kentang. Jgn kang ada plak yg mintak resepi ikan cencaru goreng, sup telur+suhun. aku siku kangg...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015