Tuesday, October 29, 2013

Aidiladha di pantai timur seronok ke?

nak jugak up entry dlm draft ni walaupun raya haji dah berzaman lepas, pertanyaan yang selalu aku terima kalu balik raya haji... "kat pantai timur best kan raya haji..."  "seronok nya raya haji kat kelantan".... aku pun tak tau nak jawab cemana sebab tak penah lagi beraya haji kat tempat lain. miahahaha...  maklum la kami laki bini orang kelantan. kalu yg pasangan berlainan negeri mungkin merasa jugak lah kot.

ok, berbalik pada sambutan raya aidiladha di tempat aku biasanya korban lembu dilakukan secara gotong royong, dan biasanya dikawasan rumah yang ada tanah lapang. mereka yang menjalankan ibadah korban haruslah berada ditempat tersebut untuk niat korban kecuali diwakilkan.

2 gambar di bawah aku cilok dari fb adik aku. yer laaa aku kan balik pagi raya mana la sempat nak snap gambar lembu kena sembelih dan bergotong royong lapah lembu...

lepas dah lapah daging lembu, terus bagi2 daging lembu tu dan selebihnya di buat kenduri bergotong royong. semua menu dari lembu itu.

antar menu yang polular kat kg aku ialah singgang tulang, sup, colek perut, daging goreng. abah aku pulak biasanya tetiap tahun dia mesti buat sup kaki lembu ataupun sup gear box. sup abah mmg terbaik aarrr... tapi masa balik ritu rasa tak puas makan sup kaki  lembu abah buat. huhuhu
2-3 hari tu mmg menu berasaskan daging laaa... sampai aku sakit gusi dok ngunyah daging jek.
kalu gi open house rumah sesapa pun mesti menu daging, sup,singgang,perut.
tradisi ziarah menziarahi masih diteruskan sama mcm raya puasa gak. tp aku hanya gi rumah sedara terdekat je. malas nak usung budak 2 orang tu ke hulu  hilir sebab cuaca adalah sangat panas. dah la diorang jenis mudah nak demam...
semua yang tarik tali lembu tu sedara mara...

 
gotong royong lapah lembu

 

orang dah ready pegang tali lembu, aku baru terhegeh2 nak balik pagi raya, sib baik jalan very the clear tahap bleh joget2 chicken dance atas jalan. pastu singgah lak breakfast di kfc raub. rayyan & yaya buat kfc tu mcm ummi dia yang punya. habis selerak satu kfc. hahaha sapa pedulik dah weols je kastemer pagi raya tuh... dengan tak mandinya lagi...

raya ke4 hari jumaat  sempat kami beraya ke Rantau Panjang. kawan cik suami ada kawan kt sana tp tak la ke rumah dia tp ke kedai menan dia. anak2 pulak naik sawan tengok segala mak nenek menan kat situ..
yaya dah geram tengok patung kecik2 tu... aku pejam mata jer...

rayyan plak dok pegang2 otromen, jenuh gak laa aku mujuk sbb hubby xde masa ni gi solat jumaat.

 
salah satu gerai eskrim yg menarik kat rantau panjang. aku syak kat tempat lain xde mcm ni kot. kt kb pun takde.


korang tengok la kedai kawan suami aku ni, cemana la budak2 tu tak melekat kat situ... mcm2 ada

kalu gi Rantau Panjang bukan anak2 je sawan, aku pun naik sawan jugak tapi sayangnya tempat yang aku nak terjah tu mmg tak sempat nak gi. sobsob.. kalu tak mau melayang 200-300 kot beli pyrex dan corell. aku beli baju anak2 dan dan makanan ringan je. baju2 budak mmg cantik dan murah aarr pada aku, salah satu dress cam zara kat atas tu pun aku beli kat Rantau Panjang rege RM15 jek, rugi tak beli banyak. stendat mcm yg China brand zara semua tuh. baju tido comei2 dalam rege rm12. aku beli sepasang sorang.

#sambutan raya aidiladha kat tempat korang cemana plak?

7 comments:

♥ ROS ♥ said...

Aiskrim tu susah dpt kan.. Ros 1st time jumpa masa knduri adik.. Ada gmbr kat blog ros...
Jarang balik time raya haji.. Hehhee..
Kat rantau panjang suma brgmurah....memang leh sawan...hehehe

Mimy Hamid said...

rantau panjang ada jual pyrex corelle..!!! best tuuuuuuuu....sy jejak RP ni mau sawan ..balik mengaga...best betul

Umi Qi said...

Lwa yer baju yaya....rantau panjang syok orrr menyoping kak ameris...dari melayang beli corell ju pun suka beli baju kt Qi...hahha corell nanti dulu...ada uit lebih OT baru beli hehehhe

Allene said...

ais krim tu... terus terasa sampai tekak... T__T

Ibnuismaini Ismail said...

Oh, korban buat kt dpn rumah sedara-mara ke camne?

>> BTW, ttg tips utk tangkap gambar kanak-kanak, cuba rendahkan kamera sama level dgn kanak2, melutut/duduk/cangkung dsb...

>> pasal bokeh tu plak tgk komen kt SINI

Hana Soffelia said...

Kak, sama entry kita. org pun duk tanya hana mcm mana meriah beraya kat kelantan.. Owh, akak g Rantau Panjang, hana g Pengkalan Kubor..

epy comel said...

ais krim tu sy pnah jumpa kat kb mall. kat parking blakang tu.tp memg x semeriah rp la..sbb kat rp tu macam2 bahan dia letak dlm ais krim tu. kat wcy pn ada org jual. tp skang dh jarang nmpk pakcik tu :)

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015