Monday, June 30, 2014

Ya Ramadhan...


hari ke2 berpuasa baru nak ucapkan selamat berpuasa utk uols... thn ke6 kami suami isteri berpuasa bersama dengan hero dan heroin. kenapa aku cakap hero heroin?? sebabnya 2 beradik tu sukaaa sgt gaduh ooii... dok dalam troli kat shopping kompleks pun boleh gaduh. mula2 main sepak2 kaki, pastu mula laa salah sorang nangis..

ok, balik pada citer puasa, semoga puasa tahun ni bertambah2 baik dari tahun sebelumnya. bertambah keimanan, ketakwaan, kesabaran.... dapat pegang rekod tanpa pasar ramadhan juga tahun ni. eehh tahun lps aku berjaya okeh.. gigih masak mlm2 utk buka puasa esoknya. pastu simpan dalam esbok. sebabnya setiap hari 7.30 ptg belum tentu aku dah sampai umah. mmg berbuka dalam keta je laaa sokmo.. mak pasrahh hidup KL mmg camni. Jeles dgn kengkawan yg jadi housewife. kalu ikutkan ciksomi dia suruh aku cuti tanpa gaji je sebulan bulan pose... sabar wahai hati...

tahun ni jugak dengan tekad berbuka dengan seadanya, kerana ramadhan tu sendiri melatih kita untuk insaf. merendah diri dan bukannya melebih2 masa berbuka. menu semalam petola lemak putih dan ikan cencaru sumbat bakar. cukup 2 lauk. lauk sama jugak utk bersahur...

Saturday, June 28, 2014

Hutch & Buffet Cabinet

dalam rumah aku ni kan, ruang antara dining dan living ni mmg bosannn jer...kosong... aku mmg mencari sesuatu nak letak kat tengah2 tu.. opkos laa aku nak cari cabinet ala2 hutch & buffet gitew... cewahhh... nagan aku kan tinggi jer. padahal ruang tu ciputtt jerrr..

nampak sangat dah mak-mak skrg. ier laa orang dulu2 mak2 kita kan suka nau letak kabinet kat ruang tamu kan.... habis nya display pinggan mangkuk kesayangan kat dalam lemari tu. eehh ma aku pun sama daaa.... alaaa bukan ma aku jer mana2 rumah kot ada lemari ni.

jenuh gak aku menggugel cari kabinet yg comel2 je nak letak kat ruang ni.
koranggg... bg cadangan yg pesen mana sesuai letak kat ruang ni...

.
 tengah2 ruang ni laa antara ruang menonton dan ruang makan.

haaa... luas jugak kan, boleh letak kabinet. jom tengaok kabinet hasil google aku kat bawah..

yg ni terlalu open. mmg cantik tp jenuh lak aku nak lap. suka compartment kat bawah dia ada bakul..
yang ni pun cantik tp besar nau. ruang tempat aku nak letak tu ciput je...

cantik jugakkk...

yang ni mcm just nice... hmmmm....

pattern dh kenan tp kalu putih lagi cun kot.

yang ni pun lawa laaa... berkenan yg mcm ni, tp kalu ada cermin kat pintu cermin kat atas lg lawa kot.

Thursday, June 26, 2014

Deco: Kitchen Curtain

dah lama gak aku mencari curtain dapo aku ni. memandangkan rumah aku kurang tingkap, makanya aku mencari curtain yg paling minimum, untuk cahaya masuk. maksud aku dari segi ketebalan kain, panjang curtain tu sendiri. nak tempah2 malas ooii... nak mengukur bagai, pastu opkos laaa rege mesti mahalkann.. amboi nak murahhhh je aku nie kan. bukan kedek tp jimat. kann..kann...

masa jalan2 daiso aku terjumpa lace curtain ni, tapi tak beli lagi sbb tak sure panjang dan berapa keping lak aku nak beli. minggu berikutnya baru laa aku gi terjah lagi skali. nasib baik ada lagi.ni apa ke nama curtain jenis ni ekk??? tab curtain ke hape ntah... ngehh..ngehh...

biasanya kalu dah daiso rege rm5 je pon. korang pun suka nau terjah daiso ni kann...
so untuk dapor aku ni aku beli 3keping jadi rege rm15 jer... dah siap ada lubang, aku cucuk2 je mcm cucuk sate tu ngko....

railing tu dah ada tuan rumah dulu tinggalkan, aku guna tu dulu utk sementara waktu. ada masa nnt aku terjah IKEA pulak cari railing bulat kaler putih. bila dah pakai skirt nampak sopan skit tingkap dapo rumah aku, takde laa berbogel je kannn...

sekian, perkongsian jimat kos dari aku...


utk lebar dapor aku kena guna 3 keping lace curtain ni...


dah pakai skirt baru nampak sopan skit tingkap dapo ni.

Friday, June 20, 2014

perkongsian tentang kefardhuan puasa.wajib baca!!

aku copy paste tentang kuliah zohor dari blog kak Azie. bg aku sangat terkesan kat hati aku. yer laa kita berpuasa tp kita kdg2 lupa/tak tahu kefardhuan puasa yang sebenar....
contoh mcm suruh anak umur 7 thn berpuasa, tp solat tak suruh pulak...ygn mana lagi penting???
 semoga korang pun mendapat manafaat. dan puasa kita tahun ni betul2 bererti buat kita semua sekeluarga....
 
saya nak kongsikan sedikit berkenaan kuliah Zohor Ustaz Najhan Syahir hari ini yang sangat terkesan di hati saya di mana dikongsikan berkenaan kefardhuan puasa yang sebenarnya adalah untuk mendidik diri kita supaya sentiasa mempertuhankan Allah. Saya harap pembaca semua dapat membaca sehingga ke akhir dan kongsikan dengan rakan rakan pula. Puasa mengajar kita supaya patuh kepada Allah secara mutlak iaitu kepada apa yang dperintah, juga kepada apa yang dilarang. Kita patut bersyukur kerana masih dipanjangkan umur sehingga akan menyambut Ramadhan beberapa hari lagi kerana mungkin Allah ingin memberikan kita peluang untuk menambah amal soleh. Mungkin kita belum cukup amalan. Sedang ada orang yang alim meninggal di waktu usia yang masih muda. Begitulah rahmat dan kasih sayang Allah yang mengatasi kemurkaan Allah kepada kita. Jadi jangan disia siakan. Ulamak ambil cuti dari urusan dunia di bulan Ramadhan semata mata untuk beribadat. Hatta ada berhenti dari mengajar kerana mahu menfokuskan kepada ibadat. Dikongsikan tentang bagaimana orang yang telah meninggal dunia telah merayu rayu dengan Allah supaya dipulangkan ke dunia sekejap untuk beramal soleh. "Kami dah lihat, kami dah dengar semua janji janji Allah adalah benar. Kembalikan lah kami ke dunia untuk membuat amalan soleh". Orang yang tak berbuat amalan soleh, sangat menyesal dan orang yang berbuat amalan soleh juga menyesal kerana tidak berbuat lagi lagi banyak amalan soleh semasa hidup.

Apa maknanya berpuasa di bulan Ramadhan? Ianya bukan sekadar menahan dari makan dan minum. Maksud matlamat ibadah puasa jauh lebih besar. Iaitu kita sanggup lakukan apa sahaja perintah Allah walau apa jua keadaan, akan kita tunaikan. Kita tak akan makan di siang hari walaupun makanan halal kerana taat pada Allah yang melarang kita makan di siang hari. Kami dengar dan patuh perintah Allah. Kita kena menahan dari apa sahaja yang disukai oleh nafsu syahwat. Nafsu nak makan minum, nafsu nak berharta berkeluarga dsb. Kita sekat nafsu demi menjunjung perintah Allah. Segala hidup kita adalah untuk Allah. Ketaatan yang mutlak sehingga benda halal yang kita buat di siang hari dulu kita tak buat di bulan Ramadhan kerana perintah Allah. Apa yang diperintah Allah adalah manafaat dan apa yang dilarang adalah mendatangkan mudarat. Sebab Allah hendak tarbiah kita di luar dari kebiasaan kita. Kita perlu dibentuk luar dari kebiasaan. Kita ditarbiyah utk melaksanakan apa sahaja perintah Allah dalam apa sahaja keadaan. Mendidik jiwa taat pada Allah dalam apa jua situasi.

Yang wajib di bulan Ramadhan adalah puasa. Bukan terawih atau yang lain lain. Tapi ada antara kita yang bersungguh sungguh berkenaan terawih sehingga ada yang bertelagah samada 8 atau 20 rakaat. Nabi pernah bersolat terawih sendirian dan ada masa solat terawih secara berjemaah supaya orang tak menyangka terawih adalah fardhu. Jadi jika puasa adalah yang wajib, jadi wajar kita menjaga puasa dengan bersungguh sungguh. Belajar ilmu berkaitan puasa. Semak buku dan hukum hakam berkaitan puasa. Bukan perkara membatalkan puasa sahaja tapi juga cara supaya pahala puasa jangan dikurang. 

Ada beberapa jenis tingkatan puasa. Puasa umum ialah puasa orang awam yang hanya menjaga makan minum, puasa khusus ialah puasa orang istimewa dan puasa tertinggi ialah puasa istimewa dari kalangan istimewa. Dalam puasa tahap khusus, kita jangan melakukan perkara yang Allah larang. Kena upgrade at least ke tahap puasa yang khusus dengan menjaga perkara membatal dan jaga fadilatnya. Manakala puasa khusus dan khusus pula ialah bukan sahaja menjaga yang khusus tapi juga seluruh badan dan hati ditumpu hanya pada Allah. Tidak seperti solat yang hanya menjaga peraturan membatalkan solat dalam 5 minit setiap kali bersolat tapi berpuasa adalah selama 12 jam di mana kita kena menjaga mata, jaga telinga, jaga hati dan semua gerak anggota badan.

Jom lah sama sama mengambil kesempatan ini agar dapat merebut peluang dan jadikan Ramadhan ini yang terbaik dalam hidup kita dan lebih baik dari tahun lepas. Mesti ada peningkatan. Rebutlah pahala dalam segenap aspek siang dan malam. Pahala di bulan Ramadhan yang hebat mengatasi pahala umat lain yang hidup selama 1000 tahun kerana tawaran pahala berganda yang Allah sediakan di bulan ini. Amatlah malang jika kita tidak mengambil peluang yang ada ini...

Tuesday, June 17, 2014

Bila balik kampung...


minggu lps (13-16/6/2014) aku balik kb.kali ni naik Malindo Air sbb balik kejap je pon jengok orang tua sebelum puasa tak lama lagi./ iyer laa last kitorang balik bulan 3 ritu. 
kita last minit jugak beli tiket flight. return ticket masih lagi kira murah wpun last minit RM680 utk 4 beranak.
kalu balik 2-3 ari mmg tak sanggup naiik keta. dengan karenah budak2 lagi. hmmm sedia maklum laa kan kalu ada anak yang tengah lasak ni...
balik kali ni mmg tak gi memana pon. ulang alik umah MIL dengan umah ma abah aku jer... sib baik dekat, sehari boleh 2-3 kali ulang alik....
 anak2 aku mmg sronok aar balik umah tokma sbb banyak tarikan, dah rupa zoo mini kot. 
burung,kambing, kucing, ikan... yg cucu bila rayyan kata kambing tu dog.. haah ko, mmg betul2 org KL dah, tak kenal kambing.
banyak gambar kat umah parent aku je, segan plak nak nak snap2 gambar kat umah MIL. 
memang tak gi memana langsung. tu pun aku ajak asben pusing2 bandar sehari seblm bertolak balik. takdenya nak singgah pasar siti khatijah bagai, singgah baazar tok guru takyah mimpi okeh. sempat jugak aku snap gambar pokok kurma yang tetiba femes kat tengah bulantan Kota Bharu.  
mmg ramai aarr dok amik gambar kat pokok kurma tu. tapi aku takde laa nak turun. bulatan besar ko... dengan anak kecik, tak sanggup aku nak cross jalan yg sibuk tu semata2 nak bergambar. snap dari dalam keta je. tp mmg lebat giler berbuah. bertandan2 jugak laaa...
yang sempat singgah RTC di Tunjong je. kira mcm bandar baru. RTC (rural transformation centre) ala2 utc gitu. singgah sini sbb asben nak makan durian. selesa tp tahap kebersihan masih lagi kategori C kot. tapi maakk ooiii... murah nak mam.. udang besar tapak tangan RM15 sekilo je ooii... sotong besar RM12 sekilo..  kalu boleh hangkut bawa balik KL, maunya aku beli berkilo2...
rumah parents tempat aku dibesarkan

 suka nau laaa bila adik bongsu aku rajin melayan 2 beradik ni... burung nuri yg kalerful, suka yaya dok tgk burung ni..

halaman umah. abah mmg trim pokok2 tu. lps pencen tu je keje dia selain ulang alik ke masjid....

layan ikan pulak..

anak2 aku yg jakun tgk kambing. rayyan dah tak berbaju, tp puting lekat je kat mulut.

tengok rayyan tu ditariknya tali kambing tu..

anak kucing baru beranak. ni satu lagi fav yaya... semangat Malaysia sungguh.


ni laa pasat RTC kt bandar Tunjong. asben & abang ipar aku nak beli durian...

meriah kat pasar ni. pastu murah2 pulak. rasa nak je angkut balik KL segala sayur mayur, ikan, sotong, udang. murah sangat, rasa mcm tak sampai ati dah nak tawar menawar...

beli belok sorang satu leka skit diorang. boleh laa aku tgk2 barang... katu tak tak larat nak kejar 2 beradik tu


mcm2 adaa.. tp tahap kebersihan masih lagi C bagi aku. kalu tgk makanan tempatan rasa mcm semua nak beli. murah bebb murahhh... kalu setakat nak makn bubur jagung, bubur pulut hitam, kuih2 tempatan tu RM1 je sebungkus.

  
pokok kurma kat tgh2 bulatan bandar KB. sku snap dari dalam keta je. yang kuning tu laa pokok kurmanya... pokok lain bertandan2. ni sbb asken aku stop kat pokok yg kurang skit tandan.

besar bulatan ni, tak kuasa aku nak angkut budak2 tu cross jalan sbb nak snap gambar sini.

Monday, June 16, 2014

Resepi: bendi goreng bertelur yang rangup dan sedap

korangggg.... sila jangan muntah hijau tgk aku post resepi berderet2 wehh... ni nak bagi idea kat korang untuk bulan puasa nnt. sebenarnya lepas aku cuba buat bendi bertelur ni 2-3 hari aku buat resepi ni. sedapp wehh... ratah gitu jer krup krap.. kruup krap...  rangup kooo... puas ati buat sendri sbb tak berlendir2 mcm yg slalu mkn kat kedai tu.... ada caranya & tipsnya...

selama ni aku cuma lecur celur je bendi cicah budu atau sambal belacan. bila dah cuba resepi ni mmg akan akan goreng mcm ni laaa...

jom buat resepi express yg sedap dan berkhasiat ni utk bulan puasa nnt. buat utk sahur boleh, utk berbuka pun bole. cepat dan sedap... wahhh gitew...
aku cilok dari blog kak Azie. tapi biasa la kalu tak derhaka mmg tak sah kan. aku tambah sos tiram & kicap masin.

 resepi asal SINI

Bahan bahan:
Kacang bendi - potong nipis menyerong
2 telur - dipukul
Sedikit garam
sos tiram & kicap masin (aku tambah)

Bahan tumbuk:
2 cili merah ( nak pedas skit tambah cili padi 2-3 biji)
2 bawang merah
1 bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk kasar sehingga naik bau.

Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Bila bendi sudah separuh masak, curahkan telur ke atasnya. Biarkan telur setengah masak, baru di kacau. 

Kacau rata dan tutup api supaya bendi kekal rangup.
Siap untuk dihidangkan.

*TIPS agar bendi tak berlendir, potong bendi bila nak masukkan dalam kuali. jgn potong bendi awal. 


serius sedap. peminat bendi mesti try..

tengok gambar ni rasa makn amik makan je bendi tu...

Friday, June 13, 2014

Kek Coklat Kukus ala Anis kek coklat moist

eehh tetiba blog aku jadi blog masak2 pulak. pedehal... dah nak pose ni meh kita main masak2..

cubaan kali pertama buat kek coklat kukus ni 
skesahnya bila aku kena duty kat putrajaya, ternampak kek koclat moist Anis yang glamer sgt2 tu. cuba le sebekas RM6.
ohmai aiiii... makan tak benti aku ooii...
giler sedap...giler moist... dengan coklat yg meleleh2 ko...

gigih cari resepi kek ni. hasil google, laju2 save.

bila dah siap aku rasa mcm dodol pulak. mmg sedap dan moist tp terlampau moist kot. sempat bagi kat kawan gojes aku cikna. dia kata sedap giler, minta aku share resepi.

nahh ko... ni resepinya...tp aku ni jenis derhaka je, gula dan susu pekat tu aku kurangkan 2 sudu besar. toping pula aku buat setgh resepi je..
yang senangnya semua sukat pakai cawan, takde setgh, suku... semua 1 cawan jer...
aku kukus dalam bekas buat apam tu. makan comel2 la jadinya. deko la sesuka hati, dah stok coklat smarties banyak. aku letak atas tu... korang boleh letak apa2 je.. nak ngap terus gitu pon boleh...


KEK COKLAT MOIST ANIS
Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )

1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :

Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.

Cara-cara membuat topping :

Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.





Thursday, June 12, 2014

Resepi: Nasi ayam mudah dan sedap

aku kan kalu dah buntu nak masak apa mesti nasi ayam je yang timbul dalam kepala. bagi aku kalu dah masak nasi ayam cenggini mmg dari pagi sampai malam la kami semua melantak nasi ayam. dari breakfast, lunch diner laaa. senang giler hidup mokcik masak skali harung je....

yang buat aku suka jugak masak nasi ayam sebab anak2 aku sukerrrr sangat. hirup sup bertambah-tambah. nasi tambah berkali2.senang hati aku tengok diorang makan. masak pun berbaloi. 
bayangkan lepas solat subuh aku dah start masak. rebus ayam, buat sup, blender cili, buat kicap untuk makan bfast kul 9 pagi. hahhh koo bfast nasi ayam, jangan tergezut laaa menu bfast nasi ayam.

next time nnt aku share nasi ayam hainan versi aku pulak.

jom tengok resepi nasi ayam versi aku yg mudah dan sodappp...


BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras , cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan air 
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 inci halia, ketuk
2 ulas bawang putih, ketuk
1 1/2 camca besar butter. guna minyak biasa pun bole
Garam secukup rasa
kiub ayam *optional

BAHAN SUP AYAM :-)
1 ekor ayam -potong 12, jgn buang kulit
10 cawan air
2 inci halia, hiris kasar
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 pokok daun sup, kerat 2
2 kiub pati ayam *optional
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :-)
5 biji cili merah
5 biji cili kecik- boleh tambah kalu suka pedas
3 ulas bawang putih
2 inci halia,
Gula dan garam secukup rasa, 
3 sudu cuka
1 biji air limau nipis

BAHAN PERAP AYAM :-)
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
2 sudu besar kicap masin*optional



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam , cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup.  masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi .  . Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa.Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK AYAM  :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap  dan perap selama 30 minit. goreng, dlm minyak panas, tak perlu lama sbb ayam dah rebus td. boleh jugak kalu nak bakar.
  4. UNTUK SOS CILI HALIA :- Cili merah,halia, bawang putih dan dikisar halus,tak payah letak air, letak je kuah sup untuk blender. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. masukkan cuka dan jus limau nipis.
  5. UNTUK SOS KICAP: baki kicap perap ayam tadi masukkan dalam mangkuk, tambah kuah sup

 tetiba tengok gambar boleh lapar pulak


Wednesday, June 11, 2014

Thursday, June 5, 2014

Agar-agar roti marble coklat

 lamanya aku tak share resepi kat blog. alaaa masak biasa2 je, kalu ada resepi yg baru aku cuba baru teruja skit nak share kat blog. lagi pun dah tak nyempat2 nak snap gambar bagai. hidang je terus makan...
kalu ikutkankan lama giler dah aku nak buat agar2 roti ni. bila aku kata lama tu ada laaa dalam 2 bulan kot hajat nak buat tu.

mmg mcm tu laa slalunya. kalu nak masak pape tu mesti 2-3 bulan lepas tu baru buat. ada skali tu nak buat benoffe banana, sampai skrg tak terbuat lagi. nak buat tiramisu, sampai skrg tak terbuat lagi. dok laa beli kat gloria jeans tiramisu rege11.++ satu slice. adehhh laaa...

bila aku godek2 resepi, rata2 blogger amik resepi dari kak hana. buka blog tu guna resepi dia jugak, blog sinun pun resepi tu jugak... mesti sedap kot resepi kak hana ni...akhirnya jadi jugak aku buat agar2 roti ni minggu lepas. buat satu loyang siap boleh bagi kat jiran dan pengasuh budak2 tu... next time bole buat lagi, sbb rayyan suka wehh makn agar2 ni.


 tak senonoh rupa loyang aku..

PUDING ROTI MARBLE COKLAT resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat- aku kurangkan 2 sudu besar
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - aku kurangkan 2 sudu besar
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)- aku tak cairkan pun terus masukkan 2 sudu
31/2 cawan air = guna cawan biasa
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- aku guna koko van housten

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.


hasil lepas potong rupa mcm zebra je, sedap ooi sejuk2 masuk tekak..

Wednesday, June 4, 2014

WORDLESS WEDNESDAY~my hero, my heart, my soul~

THROWBACK LAGI, PHOTOSHOOT 2012


Tuesday, June 3, 2014

#throwback1990 dlm kenangan

godek-godek pc terjumpa gambar lama. ni masa aku form 1. remaja uols.
aku ni jenis petite. hahhh... yang tak tau petite tu ialah jenis kecik molek, comel2 gite. bukan laa pendek ketot tau. marah kalau kata aku pendek . miahahaha.....

pastu kan, kalu perhimpuanan ke, amik gambar kelas ke spesis aku ni mesti laa dok depannnnn skali. jangan berangan nak dok blkg borak2 dgn kawan hokeh... pasrah!!

eeh  kalu tak silap gambar ni tahun 1990.  ada yang masih berhubung antara satu sama lain, ada jugak yg dah lost contact. kalu tengok muka semua suci murni je masa ni. ada kawan aku yg dah 6 anak ko...
eehh.. tu cikgu kelas aku, cikgu Wan Esah kot nama dia. ingat2 lupa pulak. dia ngajar sains. masa Form 1 aku sesi petang. kiri kanan cikgu tu ketua dengan penolong kelas aku.

wahh.. tetiba teringat zaman skolah best jugak... kalu boleh putar masa nakk ju aku kembali ke zaman sekolah. beshh sgt, takde pikir pape. main, bljr, gosip artis, masa tu ada laa minat beberapa artis. tu pun terikut2 dengan kawan. padahal aku tak minat mana ponn..




Monday, June 2, 2014

Produk Bunga Tanjung: TQ Puan Ilyani bagi token free

eerr... korang ingat tak aku akan ada citer tentang bedak bunga tanjung... tak ingat ekk?
nahh baca SINI . tak sangka2 rupanya pengeluar produk bunga tanjung tu contact aku setelah dia baca review kat blog aku ni. terima kasih sangat kat Puan Ilyani. rupanya dia google2 dan jumpa testimoni aku tentang produk beliau. Puan Ilyani pm aku kat FB dan minta alamat aku untuk pos token penghargaan produk terbaru dari Syarikat beliau. Insyaallah aku akan guna dan bagi feedback kat blog ni. tak sabar nak guna sbb bau dia beshh sgt2.

korang pun try laa guna produk Bunga Tanjung ni. gerenti best sgt2 sbb skrg suami aku pun guna jugak. dan kami suami isteri sama2 guna.kalu tak takde laa aku setia guna produk ni dari zaman skolah, anak dara lagi uols...harga pun mampu milik.takyah pikir 3-456 kali nak beli lagi kalu abis.


Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015