Thursday, October 8, 2015

homeschooling Rayyan & yaya setiap malam

setiap malam mmg saya luangkan masa khas bersama rayyan dan yaya. 
lps siap dinner, cuci pinggan semua, 
mmg masa tu dgn diorang untuk homeschooling.

tak semestinya bljr akademik tp termasuk jugak
 aktiviti arts, games, dan aktiviti untuk skill motor
 tangan diorang mcm menggunting dan menampal.
 tapi aktiviti ini mmg kena monitor betul2 terutamanya 
yaya sbb dia masih tak pandai guna gunting. 
mcm rayyan slalu jugak amik gunting kat dapo untuk gunting apa2 bungkusan makanan...

selalunya saya luangkan dalam 30-45 minit masa untuk aktiviti diorang ni. 
biasanya saya start kul 9.00 malam.

bila buat aktiviti mcm ni secara berterusan saya boleh tengok kemampuan diorang. 
dan kita juga boleh nampak bila aktiviti arts je diorang mmg suka. 
tapi bila suruh buat ABC @ 123 dalam 10-15 je diorang betul2 boleh fokus.
 lepas tu mula nak capai mainan masing2.
 si abang mula laa merungut dah penat laaa... nak susu laaa...

bila dah start hilang fokus, saya tak nak paksa utk haiskan latihan tersebut.
 biarkan je.. jgn marah2 nnt hilang keseronokkan dan buat mereka rasa stress dan tak seronok. biarkan mereka enjoy dgn childhood mereka...

so sebab tu kena pelbagaikan aktiviti. dan saya tak nak mereka
 hanya melekat dengan tablet dan smart phone sahaja. 
walaupun dalam hp aga jugak application ni, tp skill motor tangan diorang hilang.

selang selikan dengan story telling, mengaji dan jugak buat craft dan origami. 
semalam saya ajar rayyan buat kapal terbang kertas, kemain dia suka,
 sampai pegi umah BS pn nak bawa kapal terbang kertas tu...

sebenarnya tak perlu pun beli mainan mahal2.
 kadang2 brg yg ada kat rumah kita pun boleh jadi mainan...

 belajar menulis dan mewarna



 menggunting dan menampal. sronok betul diorang dgn aktiviti ni. saya biarkan je diorang nak gunting apa2 bentuk kemudian gam kat sketch book. 
sketch book beli sorang satu kat mydin.


ni pulak main plastesin... masa ni boleh tengok kreativiti diorang. rayyan lebih kepada buat binatang mcm ulat, ular, keretapi dan siput. yaya pulak suka buat donat, burger dan hotdog.. dah namanya perempuan kann

5 comments:

Allene typicalmommy said...

rajin akak.... lin pun belum mula homeschooling

nadiah hanum said...

Rasa cam dapat satu kepuasan kan kak amy bila dapat buat aktiviti camni dgn anak2...

Ibu Dilah said...

Best kan dapat homeschooling anak2.. dilah kadang2 je dpt buat.. nak try luangkan masa lebih utk anak2 lps ni.. kalau x asyik tengok tv je budak2 ni tau..

Aeen said...

rajin akak ..ain kadang2 je dpt buat cmni..tu pun time weekend je...hari biasa xsempat..

Me, Myself and I said...

Ada satu website yg school Alma share: activityvillage.co.uk byk ideas utk motor skills.. try lah ek..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015