Saturday, October 31, 2015

Resepi:sambal bilis tempoyak

assalamualaikum...
saya sebenarnya bukan lah peminat durian,
tapi bila jatuh cinta dengan patin masak tempoyak, 
jadi suka pulak makan masakan bertempoyak ni..
tapi kat KL ni susah betul nak cari tempoyak ori.
biasanya mesti dicampur dgn benda lain mcm pisang dan sebagainya...

sebelum ni dah tanya cikna kalu dia balik kampung saya nak kirim tempoyak.
kebetulan BS anak2 bagi tempoyak skit..
dek teruja ada tempoyak, saya cuba masak ikan bilis tempoyak ni..
 dengan pedas menyengat, mmg terangkat ooii..

jom tgk resepi sambal bilis tempoyak ni
 

bahan:
secawan ikan bilis
1cm kunyit hidup*
1 helai daun kunyit - hiris
cili padi segenggam - ikut suka tahap kepedasan*
1 ulas bwg putih*
1 biji bawang merah kecil.*
2 sudu besar tempoyak - boleh tambah jika suka

cara2:
goreng sekejap ikan bilis.  toskan.
tumbuk/blend bahan yg bertanda*
dalam minyak yg sama goreng bahan bertanda * yg ditumbuk/blend td.
masukkan tempoyak. kacau sebati.
jika kering sgt tambahkan air.
masuk ikan bilis, kacau lagi.
tambah garam dan perasa.
masukkan daun kunyit yg dihiris...

kalu suka boleh masukkan petai..

makan dgn nasi panas2 mmg tak toleh blkg. sediakan tisu jugak
nnt air hidung srot sret... srot sret... kuar..

selamat mencuba...


2 comments:

fathiyah jamaludin said...

sedapnya nampakkkk

CikNaa said...

Wahhh sedap kak! Tempoyak akak xbagi lagi

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015