Friday, October 23, 2015

Resepi: Nasi goreng kampung terlajak sedapp

resepi nasi goreng ni saya dapat masa makan di sebuah kedai makan di Golok, Thailand dulu.
kat Thailand, tempat masak diorang kat kaki lima. 
so saya sempat laa berbual dgn tukang masak tersebut
 cara masak nasi goreng kampung yang sedap.
kata beliau nasi goreng kampung wajib ada kangkung & ikan bilis.
lauk2 lain tu optional.
lagi satu PALING penting kena ada sambal belacan sebagai rencah. 
bukan cili boh atau cili padi katanya...



Bahan2 utk nasi goreng: 

3 cawan nasi semalam
kangkung secukupnya ~ dipotong
  1 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
isi ayam,udang- sukahati byk mana
2 sudu sambal belacan- nk pedas boleh tambah lg.
 4 ulas bawang putih
  2 biji bawang merah
  1 biji telur
garam
sos tiram
sos ikan
minyak

Cara2:
Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur bersama bwg merah & bwg putih.
Panaskan minyak dan masukkan bahan yg ditumbuk, 
masukkan sambal belacan.tumis garing.
masukkan lauk pauk.
Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
masuk kangkung, nasi. kacau lagi
perasakan dgn garam, sos ikan.

SELAMAT MENCUBA!!!





5 comments:

safurara said...

nasi semalam tu yg mahal tu kan kak.hehehe

nadiah hanum said...

buat nasi goreng guna sambal belacan baru la ada ummppphhh..kan kak amy? kalau guna cili boh tu kureng sikit kick nya tu..:)

Ibnuismaini Ismail said...

Mesti nasi semalam ke, sis? Kalau nasi pagi tadi sama tak hasil dia? (ini soalan serius)


Hahaha.

tiga lalat said...

nasi goreng kampong dan ikan bilis dipisah tiada ., ;p

iduraz said...

nampak pon sedap..mmg dh terasa rasa nasi goreng dorang buh sambal belacan..nanti bleh try..hehe

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015