Tuesday, October 6, 2015

Sukarnya memilih tadika/taska/pra-sekolah untuk Rayyan...


sebelum ini saya hanya mendengar keluhan kawan2 yang ingin menghantar anak2 ke tadika/pra sekolah. bila rayyan dah menginjak 5 tahun tahun depan saya mula berdepan dengan masalah tersebut. sebelum ni rasa mudah je hantar 2 beradik tu kat rumah baby sitter (BS). saya selesa di situ sebab pukul 6.30-7.00 malam baru saya dan suami ambil diorang. ada ke taska/tadika yg bukak sampai pukul  7 malam?? lagi pun saya selesa dgn BS skrg sebab dia hanya menjaga anak2 saya sahaja. 

ada jugak beberapa tadika yg saya servey, tapi tidak menepati ciri2 yang saya inginkan, yuran yang terlampau mahal, dan suasana pembelajaran yg tidak selesa bagi saya, selain lokasi yang tidak strategik.

saya nak anak2 saya enjoy their childhood. bukan stress dan trauma setiap kali kejutkan diorang untuk bangun pagi ke sekolah. bagi saya seorang guru tadika mestilah seorang yg lemah lembut, berjiwa pendidik dan tahu psikologi perkembangan kanak-kanak.

Saya tak nak wujud sikap tidak suka sekolah dan belajar ini sebenarnya timbul apabila suasana pembelajaran di sekolah tidak menarik. Guru-guru gagal membentuk suasana yang ceria dan mennyeronokkan bagi kanak-kanak untuk mahu belajar. Guru terlalu mengejar silibus dan exam oriented seawal pra sekolah. Character building bukan objektif utama, tidak seperti di sekolah-sekolah di Eropah dan Amerika Syarikat.

bagi saya pagi penting anak2 diterapkan dengan nilai2 murni, moral dan adab berbanding akademik di usia mereka. saya tidak kata yg akademik itu tidak penting tp bg saya kebanyakan anak2 di usia 3-6 tahun sudah pun mengenali basic ABC, 123, bentuk, dan warna (merujuk pada anak saya dan anak beberapa orang kawan saya) sebab mereka membesar dengan gajet telefon pintar dan sedikit sebanyak itu membantu mereka untuk belajar secara tidak formal.  yg penting  anak2 ada self confident yg diterap di sekolah..

lokasi tadika pun memainkan peranan jugak. tadika di atas rumah kedai pun tidak berkenan di hati saya. kalau boleh biarlah tadika itu ada ruang untuk bermain diluar, bukannya di dalam bangunan. seperti yg kebanyakan kita lihat di kawasan2 perumahan, lot tepi rumah dijadikan tadika, bukannya di atas rumah kedai. suasana juga mestilah selamat, terkawal dan bukan terletak di laluan jalan yg terlalu sibuk seperti highway. 


kebanyakkan tadika yg famous branding ni boleh tahan jugak yuran dia mengalahkan yuran nak nak masuk kolej!! urut dada jugak laa bagi parent yg taraf sederhana tapi mahukan yg terbaik untuk anak2. sebab mak pak work harder pun untuk anak-anak jugak.  kalau 2 orang anak di tadika tu boleh tahan jugak laa kan nak membayar yuran setiap bulan.  walhal silibus pembelajaran tu tak lah berbeza sangat dengan tadika biasa2. mungkin mahal sebab ada cctv, ekon, uniform... tu je kot saya saya.. takde guna jugak bayar yuran mahal tp guru2 gagal menerapkan nilai2 murni, adab dan moral. 

doakan saya untuk jadi WAHM....utk mendidik sendiri anak2 di rumah dgn tangan dan acuan saya sendiri.
 



* gambar seebagai hiasan. selfie bersana anak dara kecik dan anak bujang. hobi anak dara korek hidung

7 comments:

CikNaa said...

inshaaAllah ada yg terbaik tu kak..saya takde pilihan lain selain dalam uia je..sng 1 tempat keje..hihi

Aeen said...

ain pun tgh mencari gak...skang ni tadika byk yang ats kedai...kat area rumah mak ain ni..ada gak taska n tadika..mmg dekat sgt la ngn rumah...lorong rumah mak ain je..sbb dulu ain tadika kat situ..so far mmg ok...anak2 yg mak ain jga pun semua dulu tadika kat situ...dari hari ke hari nak gi tanya..tp x terpergi lagi..huhuh.

Siti Badariah Baharin said...

memang pening nak pilih...yuran tadika sekarang mahal-mahal kan..huhu..

mrs kayrul said...

Kayrul pun pilih tadika yg atas tanah...senang mak pak nak ambik..anak2 pun enjoy nak lari sana sini...hadif pun akan ke tadika haikal gak...senang nanti haikal boleh tengokkan adik...

nini said...

Nini belum lagi lalui pengalaman ni....macam takut plak lepas niiii.....hihihi

Allene typicalmommy said...

insyaallah kak... lin plan nak hntr hafidh g PASTI je next year... biar dia belajar agama dlu... bab abc leh ajar sendiri.. kadang bila xde geng dia tak minat belajar. tp bila ada geng br ok. Lagi pun sekejap je sekolah tu... dah duduk umah leh amik terus... =D

Chekgu Azrine said...

Betul tu amy...bila dh besar cara ke mendidik ms dh besar..tp setuju apa yg amy ckp..yuran tadika skang xmsk akal lgsg...pastu seyes..bdk msk thn 1 xblh baca...huhu

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015