Tuesday, October 20, 2015

Kebun seciput: Edible garden kononnya...

sebenarnya saya suka jugak berkebun errkk maksud saya 
berkebun kecik2 tanam cili, serai bak kata orang putih edible garden. 
kebun besar2 berbatas2 tu tak minat pulak.

kalu ikutkan rumah saya dah mg takde tanah jangankan sekangkang kera,
 sekangkang lipas pun takde...
dah nak jugak tanam maka  tanam je laa dalam pasu. 
tu pun dah atas sempadan antara rumah jiran. dapat laa beberapa pasu. 

pokok cili ni first time saya tanam. 
ni gara2 masa cuti maal hijrah hari tu, pegi nursery. 
 memula nak beli pokok daun kesum yang dah siap semai.gile malas,
 nak semai pokok kesom padahal cucuk je atas tanah lembab batang dia tu..
 tak... takk... sebenornya tangan mokcik ni tak menjadi...
dah beberapa kali cuba semai tp laa dok mati situ jer...
 ntah apa yg tak kena..
tangan panas kot ehh..

takde laa banyak pun pokok yg saya tanam.
 semua pokok yg mmg guna utk masakan.
pokok kari, daun pandan, serai, pokok limau purut, daun kunyit, tu je pon.
 pokok serai tu mmg kena slalu trim daun dia kalu tak panjang masuk rumah orang sebelah.
lagi pun risau gak yaya dok main daun dia tu...
pokok2 tu mmg salu guna nak buat mari, nak buat kuih, masak pindang,tomyam..

sebelum ni saya mmg ada tanam pokok limau purut tp abis daun kena makan ulat.
 last2 mati..sayang jugak laaa... 
nak buat tomyam terpaksa beli sepeket rege RM1.20. 
yg nak guna 2 lai je, yg lain kering gitu je. huhuhuhu

 
tengah2 sempadan dgn jiran dah pokok yg saya tanam...tong sampah silver tu jiran punya. nampak tak sempadan tu korang??

 pokok cili. fes time tanam ni. rm15 sepokok. harap menjadi dan subur...

 pokok daun kari saya... dah banyak anak2 pokok tumbuh. 
kalu ada kawasan boleh semai dalam pasu lain ni..


 5 bag pokok kesom yg saya beli.. jangan laaa mati lagi. huhuhu..



 pokok limau purut pun rm15 sepokok. weekend ni nak cari pasu 

geram tgk daun kesom tu... sedapnya kalu buat laksa ehh

 ni laa pokok kesum yg saya semai tapi tak menjadi, sudahnya beli yg dah siap semai..








4 comments:

Amanda Suria said...

sekarang ni apa je ada kat kedai tpi kena la sediakan duit kan..kalau dapat tanam sendiri lagi puas pungut hasilnya...

Alin Marlini said...

Salam perkenalan. Bestnya dpt bercucuk tanam. Saya suka cili padi tu..ngancam sungguh...hehehehe

Chekgu Azrine said...

Betulla amy...klu beli daun kesum pun bkn pkai byk..huhu

Ana_Impian said...

daun kesum tu kena taman kat tempat yg lembab2 berair sikit..isyaAllah subur nanti...

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015