Friday, December 28, 2012

Resepi: Marble Cheese Brownies

belum sempat sejuk dah ngap suku

resepi asal guna loyang 10x10 tp aku guna loyang 9x9 sbb saiz tu je yang ada. mmg enak bangat.

sumber: fotopages RinnChan


Bahan-bahan Brownies :
250g butter ( aku guna hanya 200gram butter)
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B 1 1/2 cwn gula castor (aku guna 1 cawan gula)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 9 x 9 dgn baking paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor ( aku guna 3/4 cawan gula sahaja)
1 biji telur gred B


Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Thursday, December 27, 2012

Zara bersunat

assalamualaikum...
ni citer sabtu lps. zara(yaya) dah nak masuk 9 bulan baru la aku terhegeh2 nak sunatkan dia. patutnya bole je sunatkan masa lahir dulu tp aku lupa nak tanya doktor. 2, 3 bulan lepas plak dia asyik tak sihat, demam batuk selsema sebab tu delay sampai sabtu lepas baru sunatkan dia. tinggal jap rayyan kat rumah acik. kalu tak mmg tak terlayan laaa dia lari2 kat hospital.

 sementara tunggu turn yaya main gigit pen kat receptionist. sampai basah kuyup pen tu kena air liur yaya.


 berat yaya skrg 8.6kg



ooohhh... yaya bersunat dengan Doktor Ratna kat Putra Medical Centre.tersangat la lemah lembut doktor ratna.

Wednesday, December 26, 2012

Jalan2 Hari Krismas

assalamualaikum,
hahaha... tajuk gile gempak macam jauuhhh je aku berjalan. hihihi sebeno nya aku, somi dan 2 org dak kecik ke jusco je pongg. tapppiiii sebelum tu kitorang plan nak ke the curve gile kentang jalan nak pasuk parking jem. eehh apsal semua orang nk gi the curve nie, tukar plan gi ikea pulak. humangg aiiihh, lagi skali gile, parking penuh gak, kereta melimpah ruah parking sampai luar. hadoii.. tukar plan lagi, gi One Utama jek... hamboiii nak sampai ke One Utama dah jem!!! apsal semua org KL memenuhi soping kompleks di hari krismas??? konpius jap.

takpelah sayang, kita gi Mid Valley je lah... hadoiii lagi parah!!! pusing2 cari parking hampir sejam. rayyan plak dah excited sbb dah masuk basement parking. budak tu mmg sukaa gi shopping kompleks. siap tepuk tangan lagi. last2 terpaksa kuar jugak parking penuhhhhh.

 dalam banyak2 kenderaan kat situ, skuter pink yang dia pilih. haissshh... tak macho langsung anak bujang ni.

 ayah layan je laa rayyan dengan skuter pink. padahal kat umah dah ada pon motor camtu. aku nak suh dia naik keta. RM3 untuk 5 minit yer mak2 sekelian. lap peluhh kat dahi.... fuhh

sib baik yaya very behave sangat2. senyap je sepanjang kat jusco tuh. mmg ajaib biasanya dia taknak lama2 dlm stroller...

hmmm... sudahnya gi JUSCO AU Keramat je laaa... haa hambek bawa dia kat playland. main situ sampai nak muntah.

Wordless Wednesday: 26/12/2012 Header Baru


header lama. masa ni rayyan 7 bulan 


 header baru edit by IEZA


assalamualaikum...
 header aku dah bertukar. gumbira tau sbb dah lama guna header gambar rayyan sorang. gambar tu since rayyan umo 7 bulan, raya tahun lepas, now yaya dah nak masuk 9 bulan baru terhegeh2 nak tukar header yang ada gambar dia. header baru ni bukan aku yang bikin. tima kasih byk2 kat IEZA sbb dia yang tolong aku edit header tu.  aku mmg tak reti nak buat wehh, yang paling takut dok edit2 tetiba hilang semua... waaaaa.... mmg nangis la. sib baik IEZA membantu. suka sangattttt sebab pree...hihihi

Thursday, December 20, 2012

Resepi: Kari Sotong

tergolek terlentang rupa sotong aku.

assalamuaikum uols,
giler comot gambar, amik gambar laju2 sbb dah sabar nak melantak kekdahnya... hohoho.. eehh ni kan sabtu lepas punya menu laaa, dah jadi bahan kumbahan pon.

minggu ni gigih aku buh resepi kat blog sbb anak2 dah sihat sepenuhnya. hepi sgt2 bila tengok diorg gelak ketawa, tido pun lena. aku dgn suami lagi laaa suka tgk sbb si kecik tu dh pandai bergurau nyakat abang dia.

ni 1st time aku masak kari sotong tau. biasanya kalu sotong aku masak sambal, masak kicap, goreng kunyit+halia. aku cilok resepi ni dari blog QH . banyak gak resepi menarik yg boleh cuba.  tp aku biasa laa.. kalu nak terai2 resepi ni mesti la weekend. kalu weekday masak laju2 macam masuk marathon, janji dalam masa tak lebih 30 minit dah ready utk makan. nak tau camner masak secara marathon, sila klik SINI

aku ni biasa laa, bila masak takdenya nak ikut resepi 100%,  sukatan pun main agak2. kalu bahan takde aku tak la bubuh. tapi kalu sotong yang takde, tak bole la masak kari sotong plak. 

KARI SOTONG
Olahan: Amerislovely

Bahan2
3 camca besar serbuk kari
2 camca besar serbuk cili- tak letak
1/2 camca teh serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
1/4 camca teh rempah campur (jintan putih, biji sawi, halba)
1 biji bawang besar – dihiris (x letak)
2 biji cili hijau – dihiris (xletak)
1 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih
5 cm halia – ditumbuk lumat
800 gm sotong – dicuci dan dipotong (aku kelar2 je sotong sbb ada telor)
1 mangkuk santan- aku guna 1/2 biji kelapa 
Sedikit air
Garam secukupnya
1 biji tomato – dihiris ( xletak)
aku tambah 2 biji kentang.
 
Caranya
1.   Campurkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit bersama sedikit air untuk dijadikan pes.
2.    Panaskan minyak secukupnya dan tumis rempah campur, bawang besar, cili hijau dan daun   
       kari     sehingga naik bau.
3.    Masukkan bawang putih yang ditumbuk bersama halia ke dalam tumisan.
4.   Kemudian masukkan sotong dan kentang. Gaul rata dan tutup periuk empat minit.
5.   Bubuh pes kari dan gaul sebati. Masak lima minit.
6.   Masukkan santan, air dan garam secukup rasa.
7.    Biarkan kari mendidih beberapa minit lagi sebelum memasukkan tomato.
8.    Apabila mendidih beberapa kali, tutup api. Kari enak dihidangkan panas-panas.
 
*tips: jgn masak lama2 sgt nanti sotong liat ye puan2. jangan lupa diri masak kari sotong mcm masak kari ikan reneh lama2.
















Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015