Thursday, December 13, 2012

Kuih cek mek molek~ sapa suka makan?

assalamualaikum uols...
 ada tak uols yang suka makan kuih cek mek molek nie?? ok.. bagi yang tak penah dengar, tak penah tengok, haaa ni lah dia kuehnya.  kuih ni mmg glamer kat kelantan. kalu kat gerai2, warung kedai kopi mesti ada kueh ni pepagi. makan nasi belauk sebungkus+ kuih ni 2 ketul kenyang tahap takleh angkat ponggong. eehh tu aku laaa.. 

bagi yang tak tahu, kih ni di buat dengan keledek campur gandul skit bagi senang uli tak tak melekat kat tangan. kalu nak tahu ni first time aku buat kuih ni. sebenonya mudah yg amat tp tak nak amik tau kuihh2 tradisional ni, asik buat kuih moden jek. walaupun aku buat tak comei tp puas ati wehh. susah nak jumpa cek mek ni jual kat KL ok.

aku share resepi cek mek kat sini. resepi aku ni takde sukatan2 pun. semua terpulang kat kita je.

 bahan:
ubi keledek~ rebus dengan 1/2 garam, pastu lenyek2 mcm nk buat kentang putar tu.
tepung gandunm~ agak2 suku dari ubi keledek tadi. jgn terlebih plak nnt cek mek tak ummph. agak2 tak lekat kat tangan masa uli.
gula pasir

cara
  1. Ubi yang dah siap empuk dikupas kulit lalu dilecek2 sampai lumat.
  2. masukkan tepung sebanyak 1/4 dari banyak mana ubi.... agak2 je... Satukan tepung dan ubi biar jadi doh yang tak berapa melekat di jari. Jika masih melekat2 di jari boleh tambah sikit lagi tepung tapi  jangan terlebih...sebab cek mek memang kurang umphh kalu banyak pakai tepung. aku suka buh sikit je tepung walaupun doh masih terlekat2 dekat jari. Dengan bantuan tepung yang boleh kita lumurkan kat jari masa membentuk cek mek, settle masalah...
  3. Bila dah jadi doh, ambil secubit adunan sebesar bola golf, leperkan dan letakkan sesudu teh gula di tengah2nya.
  4. Tutup balik dan bentukkan cek mek sebagaimana cek mek...
  5. Goreng dalam minyak yang penuh, dengan menggunakan api yang sederhana.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
ni gambar cek mek aku google. huduss giler cek mek aku compare dgn cek mek ni. takpe..takpe... yg pentin g rasa tetap ummph..

2 comments:

  1. kak, sy suke mkn je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tina.. ni la first time buat sbb tu rupa dia buruk kahkahkah

      Delete