Friday, December 28, 2012

Resepi: Marble Cheese Brownies

belum sempat sejuk dah ngap suku

resepi asal guna loyang 10x10 tp aku guna loyang 9x9 sbb saiz tu je yang ada. mmg enak bangat.

sumber: fotopages RinnChan


Bahan-bahan Brownies :
250g butter ( aku guna hanya 200gram butter)
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B 1 1/2 cwn gula castor (aku guna 1 cawan gula)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 9 x 9 dgn baking paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor ( aku guna 3/4 cawan gula sahaja)
1 biji telur gred B


Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


7 comments:

Mila Ahmad said...

boleh buat ni kak...

ameris said...

bole sangat2 mila.
nmpak cam susah tp mudah jek.
akak buat sambil kuar masuk dapur tgk rayyan main dgn yaya kt hall je.

Nory Zoulkefle said...

nak try buat, tp nory punyer oven tu takleh bakar kek...adehh...akak jelah buatkan utk nory...ehehehehe

ameris said...

eehh apsal oven nory xleh bakar kek plak? abis tu apa yg leh bakar? bole datang umah akak utk mkn kek yer, sila bgtau dulu.

GOLD FINGER said...

tes..tolong hantar seketoi kat umah ai..plsss...terliur2 ni

ameris said...

tes,wkend/cuti tu meh la mkn2 umah aku.

izfanora said...

wah, nmpk sedap.. boleh try ni.. hihi..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015