Monday, December 17, 2012

Resepi: Siakap stim Lemon+Asam Boi

assalamualikum uols...
pejam celik pejam celik tak sampai lagi 2 minggu kita akan melangkah ke tahun baru maka akan bertambah lagi la setahun umur kita. heyyy korangg.. age is just a number, eehh betul ke peribahasa omputih nie. ke aku yang silap. apa2 je laaa. janji korang paham kannn...

ok, Ahad lepas aku masak ikan siakap stim  lemon+asam boi. korang jangan terpedaya dengan tajuk resepi yang ala2 gempak tu yer. bila aku masak dan bagi resepi kat blog aku ni, resepi tu mestilah mudah, senang, dan semestinya  rasanya muahhhh ala-ala kat restoran tomyam Thai gitew... kenapa aku mudah?? sebab semua main lebur je. aku teramat paham mak2, ibu2, mama2 yang bekerja ada pulak anak kecik mcm aku mmg sangat2 menghargai masa. kadang2 dalam masa yang ciput mcm2 benda terpikir kat kepala otak nak buat. huhuhu...

siakap stim lemon+asam boi style ni aku combine dari beberapa resepi yang ada mengikut anak tekak aku. iyer la kalu kita google mmg mcm2 style nak masak siakap stim ni. yang penting suami  thumb up kat ikan stim aku. ngehh...ngehh... 

apsal plak siakap aku ni posing dari ekor plakk. oops... halia lg banyak lg bagus.


Bahan:
sekor ikan siakap (kalu nak guna bawal ke, kerapu ke pon bole jgn ikan bilis sudah)
halia seinci-hiris
serai 3 batang-hiris
air asam jawa 1/4 cawan
bawang putih 4 ulas-hiris
bawang merah besar sebiji-hiris
cili api 5 biji- hiris (bole tambah kalu nak pedas)
lemon(4-5 hiris)
asam boi yang masam 2-3 biji
suhun-optional
brocoli/carrot- optional
daun sup
garam,perasa, sos ikan sesedap rasa.

CARA:
1. Panaskan pengukus.
2. selepas ikan dicuci, letak atas pinggan yg sesuai.
3. campak semua bahan yang dihiris atas atas ikan, letak skali suhun, asam boi garam, perasa dan sos ikan.
4. kukus selama 10-15 minit atau hingga ikan masak.letak brocoli beberapa minit sblm keluarkan ikan   
    dari pengukus.


*tips: pastikan ikan siakap ni hidangan yg terakhir korang siapkan. afdhal di makan panas sebaik diangkat dari pengukus.bila sejuk dah tak kick wehh..

6 comments:

Lynn Hamzah said...

dah lama betul tak masak siakap stim nie...huhuhuhu...

::EIDA:: said...

Senang aje?? Nak try nanti!!!! ;)

ameris said...

Lynn, bole try masak ptg ni...

ameris said...

eida; nnt cuba laa, sure setanding kedai tomyam...

MizzTina said...

sy suke siakap, tp xsuke stim..hehe

ameris said...

tina ni mesti suka siakap 3 rasa or sweet sour kann..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015