Friday, September 27, 2013

Seronok ke ada blog/jadi blogger nih???

aku kerap jugak la org tanya best ke jd blogger?? seronoknya ada blogg... cemana nak buat blog mcm ko??? kalu ada yang tanya aku... aku jawab best sangat2. wehh boleh meroyan gak la kalu tetiba blog kena hack atau tetiba xleh bukak. mmg penah jadi kat blog aku satu masa dulu


 nasib baik jugak seminggu jer dia buat hal, tu pun dah menggelabah beruang aku dibuatnya, mana taknya segala memori & kenangan tersimpan dalam blog. aku pun kekadang belek kat blog sendiri kalu nak cari apa2 ttg anak2 aku. contoh macam suami tanya "bulan brapa ekk rayyan masuk ward ritu?" mula la aku godek2 blog korek cerita rayyan masuk ward dulu....

pastu, melalui blog jugak la aku dapat ramai kawan. dari alam maya jumpa di alam nyata. seronok giler rasa. sblm ni sembang kat alam maya. bila dah jumpa pot pet pot pet non stop borak pasal anak walaupun FIRST TIME jumpa.... ppffttt...

yg best lagi semua diorang ni sporting beb. bila gathering rasa cam tak nak balik wehh.

dalm best berblogging ni ada jugak laa pahitnya bila ada yg tetiba iri ati dgn kita. walaupun blog ikan bilis ko jgn ingat takde org dengki okeh. apatah lagi blog yang fames amos meletop. biasa laaa manusia ni akan mula ada perasaan tu bila dia rasa kedudukan dia tergugat. walhal aku tak buat pape pon kat dia.... bajet blog aku bagus sgt weiii...

kekadang kan bila 2 hari tak tengok blog rindu tau. tapi aku rasa bukan aku sorang mcm ni kot. korang pun mesti rindu jugak kalu sehari tak ngadap blog kannn kannn.... cepat ngaku!!!  kalu tak buka blog sendiri pun mesti nak BW kat blog kengkawan dlm bloglist. nak jugak tau n3 baru diorang.... korang pon sama kann...  hahaha...

bagi aku laa kan ada jugak certain2 cite tu tak sesuai tulis kat blog. macam citer korang lakik bini gaduh ke ke hape ke.... simpan je laa as draft. atau pun ada baiknya minta izin suami dulu.

tu je bebelan aku hari Jemaat  ni....

Thursday, September 26, 2013

rumahku syurgaku: Laundry area..

Bagi yg bertanya kat mana aku sidai kain. Ni  la laundry area aku. Laundry lah sangat padahal tempat sidai kain je weiii... mmg tempat ni tak nampak dari pandangan mata sebab kat tingkat atas. Walaupun berbumbung tp cukup utk mengeringkan baju bajan kami anak beranak sbb tempat ni panas waktu tengahari, lagi satu kalu ujan tempat ni jugak tak kena tempias hujan . kira selamat aarrr kalu tinggalkan mcm tu wak tu kami kuar atau gi keje...

tempat ni terletak antara bilik Rayyan dan bilik tamu. lebar dalam 5 kaki je kot aku rasa...
 
abaikan je la kayu katil dan rangka buai yaya tu... dah tak tau nak letak mana sebab besar dabak, letak je tepi dinding tu...

berhadapan tempat sidai tu la mesin masuh aku. mmg dah lama sgt hayat mesin basuh tu, cik suami beli masa blm kawin lagi. rak kain tu aku guna masa dok bujang dulu, skrg wak tempat letak stok sabun, detergent, ubat gigi dan stok mandian budak2. hanger utk sidai baju & sepit baju pun letak situ jugak. mmg penggunaan rak tu mmg x sepenuhnya. seboleh2nya aku tak nak bagi nampak mcm stor tempat ni. cukup la dengan tangga, rangka buai dan papan katil kat tempat ni...

mmg cukup2 je tempat sidai ni untuk sekali basuhan. kalu kemeja suami aku guna hanger sidai kat penyidai tinggi tu. baju. baju tecit2 sidai IKEA tu. mmg jimat space aarr penyidai IKEA tu.

p/s: cadang nak letak pasu2 tapi takot plak tak terjirus pokok. ataupun nampak lagi semak.
korang ada idea cemana nak mengcomelkan lagi area ni??

Wednesday, September 25, 2013

Dah 36 tahun aku wehhh...

Diam tak diam rupanya aku dah menganjak ke 36 hari ni. cepatnya masa berlalu...kekadang rasa mcm baru je abis belajar. eeh  rupanya aku dah kawin dan beranak 2 rupanya. bila dah 36 ni rasa mcm dah nak dekat ke 40an... omg...omg... dah makcik-makcik okeh!!! tapi ols jgn la terkojut sebab tengok anak2 aku masih lagi kecik2. yg 1st pun baru nak masuk 3 tahun january 2014. haisshhh... anak2 kawan2 sebaya aku ada yang dah nak amik PMR ko!!! 

abis tu nak buat cemana...dh jodoh dan rezeki aku terlambat skit. tapi aku tetap bersyukur sebab dapat suami yg very the loving, caring. tu kurniaan terbesar dalam hidup aku. rasanya aku akan nyesal seumur hidup kalu aku tak kawin dgn dia... alhamdulillah.... sgt2. wpun aku ni banyak kekurangan tp dia bisa melengkapi hidup aku dan menjadi imam aku dan semoga aku menjadi bidadarinya di Jannah....

rasanya takde apa lagi yang aku nak kecuali menjadi isteri yg solehah, menjadi superrmak utk anak2 aku, dan diberikan kesabaran untuk aku. eehh aku kadang2 hangin jugak dgn budak2 tu tau... dan jugak dikurniakan kesihatan yg baik untuk aku terus dapat menjaga & mendidik anak2 aku... aminnn
SELAMAT HARI JADI UNTUK DIRI SENDIRI

Tuesday, September 24, 2013

lagi-lagi kidzoona











kidzoona tempat favourite aku bawa rayyan & yaya main. kalu dah tak tau nka gi mana..mmg ni lah tempat nya. banyak diorang boleh explore kat sini, aku pun tak risau sgt keselamatan diorang..... rayyan takde lak dalam gambar ni sbb dia dah boleh bawa diri sendiri. aku monitor yaya je sbb takot kena buli, tu sbb byk gambar dia je...

gigih dia dok usung menatang bear besar ni.. kelakar lak aku tgk..


yg ni pun kelakar jugak. dia dok perati je dulu mende alah ni. mampu ke tak nak panjat...

cuba gak panjat... iiyahhh...iyahhh bunyi suara dia... risau gak aku takot dia jatuh je.

last... berjaya jugak panjat. yaya siap tepuk tangan lepas berjaya panjat....

Monday, September 23, 2013

tetiba dapat bergambar dgn Amy Mastura

tetiba bajet glamer dapat bergambar dgn retis wehh... kecil sgt je orangnya si Amy Mastura ni.











Saturday, September 21, 2013

Order Lasagna, Macaroni Cheese, Sheperd Pie dan Mini Muffin


uols yang nak order lasagna, macaroni cheese, sheperd pie dan mini muffin sila bgtau 3 hari sblm yer sebab saya tak simpan stok fresh milk. weekend boleh collect kat rumah, kena bgtau masa nak collect sebab saya buat ngam2 untuk uols collect. jadi semua mmg panas baru kuar dari oven. jika nak penghantaran kena la 5 dulang ke atas. tak larat wehh nak antar kalu oder satu dulang je dan tempat nak antar tu kat shah alam nun sana.... meeting point jugak di Petronas, berhampiran Giant, Batu Caves...

mini muffin dengan pelbagai filling blueberry, strawberry, kiwi & almond.


macaroni cheese sblm bakar.
 uols jugak boleh collect di KWSP Jln Raja Laut dan di area KL Sentral jika hari bekerja...


Friday, September 20, 2013

Pameran Kucing di Putrajaya

ni
minggu lepas punya citer






yaya tak dapat tgk kucing dalam tu dapat tgk banner kucing pun jadi laaaa.... excited diorang ni dapat tgk kucing gemoks2...

Thursday, September 19, 2013

masalah teknikal...

salamm all gojes...
rindu nak update blog tp ada masalah  teknikal, tetiba xleh upload gambar dlm hp. byk sgt  entry beratur nak kuar wehh... tp iols tetap bw blog uols ok.

tu je nak cakap.... miss uols..


p/s: yg nak oder lasagna, macaroni cheese bakar, sheperd pie sila inform 3 hari sblm yer..
kalu last minutes takut xde stok fresh milk.....

Monday, September 9, 2013

Nasi Arab Mandy Lamb & Laksa Asam

dah lama bebenor tak buat entry masak2. tp tak bermakna aku tak buat entry masak2 aku tak masak gantung kuali kat umah makan nasi cap bungkus jer... kadang2 tak sempat nak snap2 gambar. hidang terus makan je, alaa masak biasa takat masak lemak, elam & budu takkan aku nak buh dalam entry kot. buat gelak orang jek. 

kalau aku masak lain dari biasa atau ada menu/ resepi baru yg aku cuba makan gigih la aku wat entry. tp bukan la dasar nak menunjuk2 pun. eehh tp bila ko berjaya masak sesuatu masakan baru dan ianya menjadi haruslah menjadi kepuasan untuk diri sendiri tambah2 lagi bila juri masakan aku cik suami makan bertambah, esoknya tanya lagi eehh bukan nasi arab semalam ada lagi?? apa maksud tu mak jemah ooiiii....

sebenarnya nak citer sabtu lepas aku berjaya buat nasi arab mandy lamb. takde sampai nak celen restoran nasi arab tu, tp bila tekak suami kata eeh u buat nasi arab? makan menjadi lah nasi arab aku tu.
gigih tau aku study nak buat nasi arab ni ada la dekat seminggu jugak. dok belek resepi sana sini. pastu compare pulak cari yg mana paling mudah nak buat dan paling sedap. baru tau rupanya nasi arab ni ada banyak versi. ada nasi arab maqlubah, versi yemen dan jugak nasi arab syria.

apsal ko gigih sangat wat nasi arab ni cik amy wehh??? hai cik somi kecintaan out station 2 hari (2 hari pun aku dh meroyan kelam kabut nak urus anak) maka harus la sediakan sesuatu yg istimewa walaupun tak tau lagi benda yang aku nak buat tu jadi ke tak??? nampak tak ciri2 isteri solehah kat situ?? (pangggggg sejibik)

ni 1st time aku guna beras basmathi. sblm ni aku belasah guna beras biasa je kalu nak masak nasi minyak, nasi tomato daln lain2. jadi mcm dah terlebih air skit. nasi tu tak terserlah panjangnya mcm dalam iklan tv "panjangggggg". so nest time bole improve....

bagi aku takde la susah sangat pun. tp kalu 1st time buat mmg kena study skit aarrr (tu merujuk pada aku)...kalu dah suka makan sanggup ke ko nak hadap makan kat kedai je dengan rege RM22 henggit sepinggan wehh??   bagi aku nasi arab ni healty food sbb xde kuah bagai. nasi tu sendiri dah cukup berperisa.cukup rasa bagai. tp kalu tekak takleh terima mesti nak buat dalca ke, ayam masak merah ke...

yg penting skali sos salata dia mesti mantop. tu yg buat makan bertambah2....

ahad pula tekak aku terasa nak makan laksa asam. skali lagi gigih buat kuah laksa asam walaupun yang nak makan 2 ketul perut kami laki bini je. dari minum petang ke makan malam, pastu bawa pulak bekal ke opis.
aku guna ikan kembung 1/2kg. ikan tu aku tak blend pun, just tumbuk2 kasar je. baru terasa keikanan laksa.

 nasi arab mandy lamb dengan sos salata. giler ko sedap wehh... 
(tak kira masuk bakul angkat sendiri pun tp mmg sedap)



laksa asam aku. ulam pun nenas & timun je. ikan aku tumbuk kasar sbb tu nampak ikan camtu...kuah laksa makin lama makin sedap kan...


p/s: kalu ada yg request resepi baru aku buh...

Friday, September 6, 2013

masih lagi citer raya :0

eehh korang citer raya aku tak abis lagi daaa... ni masa raya ke3 kalu tak silap aku. rumah sepupu aku kat tepi pantai eehh tak laaa ada dlm 5 km jugak laa nak sampai ke pantai. so dah decide awal2 lepas gi open hose umah dia nak singgah ke pantai Irama di Bachok. aku pulak pakai kasual konon sebab nak gi pantai, skali nyesal sbb blouse kelawar ni jd kembang mcm nak terbang kena tiup angin pastu anak2 pulak dok tarik2 baju ni is..isk...

ops suami tak pegi sbb dia kena bawa MIL aku gi kenduri kat Besut, Terengganu. aku gi dgn Ma dan adik aku je..

 rayyan punya excited sbb layang2 dia naik tinggi... eehh x senonoh aku dok mencangkung gitu.

 yaya pulak mcm geli2 jalan atas pasir. lps tu punya excited, berlari2 kat pantai.

 bagi chance la budak kecik ni pegang tali layang2...

subhanallah... mmg cantik sgt cuaca hari tu. langit membiru... ramai giler orang beraya kat pantai...

Thursday, September 5, 2013

Wujudkan roh Islam dalam rumahtangga

ok, semalam aku ada beli majalah Nur ni sbb tunggu cik somi lambat sgt. ada satu artikel dalam majalah tersebut yang sangat menarik bagi aku. aku rasa semua orang nak yang terbaik untuk anak2 dan keluarga. bila aku baca artikel ni kita boleh muhasabah dan ukur balik level kita.

dalam membina rumahtangga yang ada cita2 Islam, pasangan suami isteri memberi perhatian berat kepada:

1. bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan di dalam diri mahupun kuarga.
2. bagaimana hendak mendidik anak2 secara Islam dgn lebih berkesan lg.
3. melatih anak2 agar pandai mengurus rumahtangga baik lelaki dan perempuan
4. menghiburkan anak2 dan seisi keluarga secara halal agar mereka tidak tension.
5. bagaimana mereka mentaati Allah, Rasul dan ibubapa.....

Suami isteri yg tiada cita2 Islam pula akan hanya tertumpu pada duniawi sahaja, makan minum keperluan rumah, melancong, perabot dan duit semata2.

mereka dari golongan ini juga hanya menceritakan hal ehwal jiran, keluarga, masa depan, masa pencen, cerita mengenai pejabat, mengumpat mengata org2 tertentu yg mereka benci/iri hati.

atau juga sering bertegang urat suami isteri dengan masalah cemburu,bersikap kasar dgn anak2, suka berleter,

cerita tentang Islam, ibadah, akhlak,akhirat, pahala, solatatau cerita bagaimana nak mendidik anak2 secara Islam langsung tiada.

akhirnya tujuan asal berumah tangga dah tiada.kasih sayang dah nipis, anak2 tidak hormat ibubapa, maka hubungan antara ahli kearga jadi renggang..

kesimpulannya sesebuah rumahtangga tidak lebih dari satu cara untuk mendekatkan diri dengan tuhan. melalui suami & isteri, ia menjadi satu cara untuk membesarkan Allah. jom muhasabah diri kita di golongan mana..

 dan lain2 lagi. korang boleh beli majalah NUR ni yg September


Wednesday, September 4, 2013

Qaiser ilman 1st birthday merdeka boy!

dalam pada takde air sabtu ritu (merdeka day) sempat lagi kami semua ke McD kepong untuk meraikan bday anak bujang kesayangan Ummi Qi Qaiser Ilman. ingatkan dah takleh join party tu, dah xde takkan nak pegi dgn tak mandi kami anak beranak kann...
 kami antara yang sampai awal hari tu. wpun hari dah mula nak ujan. memula cuak jugak takot jalan jemm maklum laa minggu terakhir semua orang nak buat open house. nasib baik jalan clear jek...

giler meriah birthday party Qaiser, ramai jugak dapat berkenalan dgn mommies gojes yang tak sempat jumpa masa baraan ritu. tambah pulak kat McD tu ada play ground, so cik suami boleh monitor anak sementara aku plak borak2 dgn geng gojes... ngehhh..ngehh... 

rayyan pulak bila ada tempat main, mmg tak kacau aku lagi dahh... aku biarkan aje dia main situ dengan budak2 lain. 

sempat tangkap gambar dengan mak penantin kecik. dapat rasa dia punya nebes buat preparation utk Qaiser Ilman...

 so sweet Ummi Qi ni...

 gelagat yaya asyik nak suap org je...

 minum air beria.... padahal aku dah buh air kosong je dlm tu. hikhikhik...

 blkg yaya cikgu azrine sgt lawa...kitorang borak sampai tak nak balik rasa. topik mak2 dan anak2 laaa...

 cemana budak2 ni tak hepi bila ada game camni...

 ko tengok rayyan bila dapat main. aksi mendebarkan budak tu terlanggar yaya, sib baik xde pape...

 birthday cake Qaiser. aku tak sempat rasa pun huhuhu... mesti sedap ni. besar lak tu...


 rayyan berulang alik ke candy tabble ni...

 yaya kemain tamak. dah ada fries kat tangan amik lagi yang lain....




Tuesday, September 3, 2013

today's outfit: hijau biru yg serasi

skrg suka pakai gini jer gi opis. sebabnya tak payah gigih menggosok baju, terus sarung je... boleh jugak mix n match suar dan skit apa2 kaler skalipun. kan trend color block masih lagi IN.
jutaan tima kasih kat pencetus color block ni, memudahkan para wanita nak berfesyen...

tangan kat perot sbb nak kaber perot yg muncit...


Monday, September 2, 2013

Gara2 tiada air...

sabtu lepas 31/8/13 sangat laa menduga
 kami anak beranak. (Allah bg ujian skit aku dah menggelabah beruang) 31 ogos semua orang dok merdekarama depan tivi tengok perarakan... aku sekeluarga berarak dari satu mesjid ke satu mesjid. dari sri gombak sampai ke sentul. sebabnya 3-4 masjid yg aku singgah ada majlis akad nikah weiii.....
sudahnya dekat kul 11.30 baru settle mandi. punya la comot muka yaya & rayyan. pampers masing2 dah berat berkilo. 

aku pun silap sbb tak allert berita xde air ni. lagipun kami mmg xde simpan air pun . paling lama xde air 1 jam je. bila skali xde air sampai ke petang mmg nazak aarr lebih2 lagi anak anak kecik cam aku nih.

pengajaran: kena beli baldi bertutup tuk simpan air la cenggini....

muka yaya comot giler. sblm mandi.

 akhirnya dapat mandi kat masjid ni kat sentul. lupa lak nama masjid ni..

 
 lepas mandi punya la hepi..berlari2 dalam masjid 2 beradik ni

  sampai la terbaring kepenatan


Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015