Monday, September 9, 2013

Nasi Arab Mandy Lamb & Laksa Asam

dah lama bebenor tak buat entry masak2. tp tak bermakna aku tak buat entry masak2 aku tak masak gantung kuali kat umah makan nasi cap bungkus jer... kadang2 tak sempat nak snap2 gambar. hidang terus makan je, alaa masak biasa takat masak lemak, elam & budu takkan aku nak buh dalam entry kot. buat gelak orang jek. 

kalau aku masak lain dari biasa atau ada menu/ resepi baru yg aku cuba makan gigih la aku wat entry. tp bukan la dasar nak menunjuk2 pun. eehh tp bila ko berjaya masak sesuatu masakan baru dan ianya menjadi haruslah menjadi kepuasan untuk diri sendiri tambah2 lagi bila juri masakan aku cik suami makan bertambah, esoknya tanya lagi eehh bukan nasi arab semalam ada lagi?? apa maksud tu mak jemah ooiiii....

sebenarnya nak citer sabtu lepas aku berjaya buat nasi arab mandy lamb. takde sampai nak celen restoran nasi arab tu, tp bila tekak suami kata eeh u buat nasi arab? makan menjadi lah nasi arab aku tu.
gigih tau aku study nak buat nasi arab ni ada la dekat seminggu jugak. dok belek resepi sana sini. pastu compare pulak cari yg mana paling mudah nak buat dan paling sedap. baru tau rupanya nasi arab ni ada banyak versi. ada nasi arab maqlubah, versi yemen dan jugak nasi arab syria.

apsal ko gigih sangat wat nasi arab ni cik amy wehh??? hai cik somi kecintaan out station 2 hari (2 hari pun aku dh meroyan kelam kabut nak urus anak) maka harus la sediakan sesuatu yg istimewa walaupun tak tau lagi benda yang aku nak buat tu jadi ke tak??? nampak tak ciri2 isteri solehah kat situ?? (pangggggg sejibik)

ni 1st time aku guna beras basmathi. sblm ni aku belasah guna beras biasa je kalu nak masak nasi minyak, nasi tomato daln lain2. jadi mcm dah terlebih air skit. nasi tu tak terserlah panjangnya mcm dalam iklan tv "panjangggggg". so nest time bole improve....

bagi aku takde la susah sangat pun. tp kalu 1st time buat mmg kena study skit aarrr (tu merujuk pada aku)...kalu dah suka makan sanggup ke ko nak hadap makan kat kedai je dengan rege RM22 henggit sepinggan wehh??   bagi aku nasi arab ni healty food sbb xde kuah bagai. nasi tu sendiri dah cukup berperisa.cukup rasa bagai. tp kalu tekak takleh terima mesti nak buat dalca ke, ayam masak merah ke...

yg penting skali sos salata dia mesti mantop. tu yg buat makan bertambah2....

ahad pula tekak aku terasa nak makan laksa asam. skali lagi gigih buat kuah laksa asam walaupun yang nak makan 2 ketul perut kami laki bini je. dari minum petang ke makan malam, pastu bawa pulak bekal ke opis.
aku guna ikan kembung 1/2kg. ikan tu aku tak blend pun, just tumbuk2 kasar je. baru terasa keikanan laksa.

 nasi arab mandy lamb dengan sos salata. giler ko sedap wehh... 
(tak kira masuk bakul angkat sendiri pun tp mmg sedap)



laksa asam aku. ulam pun nenas & timun je. ikan aku tumbuk kasar sbb tu nampak ikan camtu...kuah laksa makin lama makin sedap kan...


p/s: kalu ada yg request resepi baru aku buh...

11 comments:

Kisah Si Dairy said...

sy suka makan laksa..sedap..

Syuhada Nasya said...

laksaa. sedapnyaaa.. klau lagi masam n pedas lg sedap kan hehhe

Shasha Azmar said...

alaaaa...meh la resepi nasi arab...nak buat jugak..

Nadt said...

Nak resepi jugak kak..

Umi Qi said...

Terbukti kak ameris pandai masak...kene berguru nih...hebat tgk menunya

Chekgu Azrine said...

wah..amy pandai masakla..hehehe..nanti next year buat ek..hahaha

Rin Maira said...

fuiooo tererrr betul amy memasak....salutelah kt amy :)

Mimy Hamid said...

tempek resepi please

Cik Puan Rara said...

akk ni saje taw.dh lah saye mmg suka nasi arabbb~ nk sikit~ x kira~

Nory Zoulkefle said...

perghhh nasi arabbb tu menggoda betul...hehe

epy comel said...

blh tak kongsi resipi nasi arab ni..macam best jek tgk.terliur plak. boleh buat untuk raya haji nanti :)

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015