Friday, July 12, 2013

coretan di bulan puasa...

kat FB, blog, istagram semua pakat dok upload gambar makanan dan citer menu ttg puasa & sahur. giler meleleh tgk korang masak sedap2 semua.  aku??? haii..bulan puasa thn ni tak nampak gaya nak bertarung dengan periuk senduk masak utk berbuka. nak buat cemana, tahun ni bulan puasa jatuh time aku buzy kat opis dengan dokumen annual return dan account. peak period bebbb!!! orang lain best je buka pose dgn family aku bergelumang dengan keje. adehh laaa. minggu depan lak orang lain dah balik terawih aku mungkin masih di opis. rapat sampai nak raya tau. nangess makcik. iskkk...iskkk...

hari pertama berbuka, mencabar minda dan kederat. sampai lagi 5 minit nak azan. budak2 pulak time tu nak nak berdukung la, ajak main bola la... stress mak ooitt... yg sorang tu pulak nangis melalak tak tau nak hape. sudahnya kul 8.45 aku baru dapat makan. huhuhu.... dugaan bulan puasa. sabar...sabar... jadi mak ni mcm ni laaa.

sahur hari kedua. aku dok keletang keletung masak nasi goreng, tetiba diorang dah bangun. sudahnya 4 beranak bersahur bersama. rayyan pulak makan bertambah. dia ingat mcm bekfast kot mkn nasi goreng. padahal pukul 5 pagi wehh... yaya pun makan sama. lalu pulak budak2 ni makan waktu camni. nasib baik aku masak lebih.

hari ke3 baru aku dapat berbuka dengan aman damai. tetiba budak2 tu dok layan upin ipin waktu berbuka. rayyan sampai ketawa terkekek2 sorang-sorang. konpius jap aku. kelakar sangat ke?? aku tak suap pun nasi kat diorang sbb diorang dok makan biskut cream crakers sampai berkeping2. kira kenyang dgn biskut tu laa korang. nampak beno aku pemalas nak suap anak nasi. abis tu kalu dah abis 4-5 keping aku suap nasi mesti dh tak nak...

oohh... walaupun aku tak sempat nak masak semua lauk bukan dari PARAM. aku cater terus dgn pengasuh rayyan & yaya. suh dia masak lebih je. tak kisah telo goreng ke...ikan goreng ke... apa yg diorang berbuka tu jugalah lauk kami.  tak perlu byk2 satu lauk, satu kuah dah cukup.aku bayar kat diorang je acik kata takyah bagi duit, niat sedekah. mana boleh lauk basah mahal skrg wehh... TQ to acik. dia sedekah kat aku, aku sedekah kat dia balik. boleh gitu??

so takyah risau lauk PARAM yg semalam ke, basi ke, hape ke. masa  nk balik semalam aku sempat beli samosa kat area opis ni. seketul 80 sen. konon samosa ayam, samosa daging. bila balik hampeh tak nampak pon ayam ke daging ke, rasa jauh sekali. lipatan2 samosa tu je yg buat samosa tu jadi besar. sedeynya.  cakap lelebih kang kurang lak pahala pose aku ari ni...

bestnya esok lusa cuti. dah plan dalam kepala otak nak masak apa. lalalalala....

sekian....

2 comments:

Ibnuismaini Ismail said...

Saya hari ke-2 tetiba kembang tekak dgn nasi masa sahur.

Mimy Hamid said...

bersabar la ye..takpe weekend ada

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015