Sunday, July 14, 2013

Restoran Hj Sharin Low- masakan khas cina muslim

takde niat nak wat korang terliur sebenarnya. aku tulis entry ni sehari sblm puasa dan ni adalah schedule entry memandangkan aku mmg sibuk sgt nak buat entry.

ok, isnin tu aku mc demam batuk dan selsema. pakej lengkap untuk jumpa doktor dapat mc. cik suami yang mmg amik cuti untuk servis keta terpaksa melayan aku yang mengidam nak makan masakan cina. wahhh... korang nie... aku sebut mengidam je terus saspek aku pregnen. buat masa skrg masih lagi terkunci rapi.

apa ko merepek ni amy wooiitttt...
restoran ni dekat giler dgn kawasan rumah aku.dan merupakan laluan utama kitorang setiap ari. asal balik keje je mesti penuh aku tengok kat restoren cine ni. konpius gak aku sedap sgt ke???

benornya lepas balik dari Guangzhou kat entry SINI dulu, tekak aku mmg tak lalu nak mkn masakan cine ni. kt GZ dulu mmg tak sedap tau masakan. kebanyakan rebus2 dan stim je jenis masakan masa aku gi GZ dulu. so mmg out pada tekak aku. tp bila tgk restoran ni asyik penuh je nakkk je aku try.

nasib baik demam, ada org melayan tekak aku. kikkiki... tq cik suami.

menu dia giler banyak, bila tgk menu dh tak tau nak oder apa & tak tau mcmana rupa masakan tu... kalu yg biasa2 tu kitorang tau laaa..kalu yg bahase cine tu mmg tak tau laaa.. jadi untuk langkah selamat. kami oder yg biasa2 je. nak test la katakan..






 bapak banyak menu kat restoren hj sharin low ni... pandai2 la korang pilih yea

 udang nestum

 tomyam seafood. giler best. bukan mcm yg korang makan kat kedai siam biasa tu. lagi best yg ni..

 daging kicap blackpepper dgn sos apakebenda ntah... sedap giler. tido malam tu teringat2 rasa dia.
 tak tipu okeh!!

aku oder lai chi kang. suami oder longan+kelapa laut. lei chi kang mmg beza dgn yg korang makan kat kedai siam. mmg betul2 best.


lokasi restoran ni kat sri gombak. dekat bukit antarabangsa, ampang pun ada jugak cawangan. alamat korang google ye...

 
#len kali bole datang lagi. pilih menu lain pulak. puas hati sesangat....

5 comments:

PinKy MoMMa said...

udang nestum nampak sedap..rasa mcm ada nampak masa balik dari umah ari tu..kalau tak silap la..tepi jalan je kan..

Mimy Hamid said...

sedapp mmg shahrin low best...suka..isk nampak nya kena terjah sri gombak la berbuka situ nanti..jom

ameris said...

mimy, nnt kita set date

Anonymous said...

On vаa te dire que ce n'est ppas erroné !

my site; sexe gratuit hardcore

Anonymous said...

Along with the car sales, the Japanese used car sellers
also supply the dismantled parts of the vehicles
in cube containers of size 20ft or 40 ft. Driven aggressively,
the cars will run out of power in about 30 minutes.
Listed here are some interesting facts about Mercedes-Benz.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015