Thursday, July 4, 2013

Perkembangan Yaya: 1 tahun 3 bulan

 
assalamualaikum uols... 
lamanya tak citer ttg budak kenit ni. tetiba dah setahun 3 bulan . jap je rasa masa berlalu, aku pulak rasa baru je dok kendong dia dalam perot ke hulu ke hilir sampai ke Guangzhou, China thn lepas.

iyer... yaya dah pun setahaun 3 bulan. tak lama lagi dah bole temankan ummi gi shopping. mihmihmih... tak sabar nak tunggu yang ni, sbb aku kan kaki shopping. kui3. hai.. perempuan dan shopping tak leh dipisahkan... semua orang tahu kan. dah lumrah mmg camtu. so jgn salahkan perempuan.alaaa kalu aku shopping pun untuk keluarga, untuk anak2, bukan untuk aku semata2...

wehhh... nak citer pasal shopping ke pasa yaya nih. amboiii... kalu dah buka citer pasal shopping tak leh stop pulak. eehhh tak lama lagi nak pose pastu raya, shopping tu wajibul ghunnah....

ok... dahh melalut2. balik pada citer yaya.
  • pada umor 1 thn 3 bulan yaya dah boleh menyebut nama dia sendiri "YAYA". dah boleh ajuk apa yg kita cakap berulang kali kat dia, contohnya ummi, dia akan sebut "mi...mi.." aku harap bukan mi goreng yg dia maksudkan.
  • suka giler tgk iklan yg ada budak2 mcm iklan susu Dutchlady 123 yang budak pompuan tu sebut Rotiiii...... , suka jugak iklan susu Enfagrow yang abang & adik berlari ketuk benda alah apa nama ntah lalu kuar lagu birthday. berlari laju2 kalu dengar iklan ni kat tv. yang terbaru suka iklan makanan anak kucing wriskies yg comel tu. aku pun suka jugak. 
  • aku syak yaya dgn rayyan species sama pencinta kucing. bila nampak kucing terus miawwww... miawww... adehh laa aku bukan pencinta kucing.
  • skrg ni kalu dengar azan tak kira kat tivi ke live dari masjid kat rumah aku ke terus letak jari kat mulut buat bunyi syyyy... syyyyy... maknanya korang tak leh bercakap. wehhh... kena senyap ok. budak besar tu dah reti tau. ada satu ari tu aku tengah cakap talipon jenuh dia dok syyyy...syyyy kat aku. malu hokkay... kat anak sendiri yang prihatin. huk... huk...hukkk
  • bila sesuatu terjatuh contoh kunci ke hape, terus sebut "hoooooo...."
  • suka belek2 buku animal yang keras tu, tp buku tu dh banyak koyak sbb rayyan. nak beli yg baru takde masa lagi. selalu jadi mangsa buli rayyan. cian yaya...
tu je kot buat masa skrg. kalu ada yang terbaru aku update lagi.... ok babai...

8 comments:

Cik Puan Rara said...

cepat je anak membesar kan.haiii lah anak.

Qhaifa Nur said...

seronoknya bila anak dah makin cerdik...

Nory Zoulkefle said...

yeayyy yaya n rayyan boleh geng ngan nory, sama2 pencinta kucing...meooww2..meoww2..

Mimy Hamid said...

adik yaya sebaya fayel je lebih kurang nyaaaaa....bila dia dh membesar ni rasa best kan...

yUmiE AzuRa said...

anak kte nmpk mcm penchenta kucing,pantang nampak kucing.tp bile dekat die yg terjerit2 takut n kegelian mcm mama die.haha..

izfanora said...

oloh, comel je.. boleh bygkn gelagat dia.. huhu..

Ibnuismaini Ismail said...

Berjalan tu dah laju la tu ek...

Rin Maira said...

leh geng dgn aunty lah...aunty suka kuceng..hehee

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015